10 kebajikan
Setiap umat islam jika membuat kebajikan akan Allah balas dengan ganjaran 10 kebajikan.
Bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang sudah berlalu dan kini masuk pada bulan Shawal adalah baik jika disambung dengan puasa 6 hari lagi. Hari ini sudah 11 Shawal 1427 jadi bagi mereka yang sudah menyambung puasa dari 2 Shawal bermakna selesailah 6 hari tadi.
Perlu diingat bulan Ramadhan yang lepas kita telah mendapat 30 kali 10 iaitu seumpama berpuasa 300 hari. Ditambah pula dengan 6 hari dibulan Shawal itu seumpama bersamaan dengan 60 hari. Jadi dikira kesemuanya ia akan menjadi seumpama 360 hari. Bukankah itu seumpama setahun?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan enam hari bulan Syawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa. (Riwayat jemaah ahli hadis kecuali Bukhari dan Nasa’i).
Masalah:
Bagaimanakah rupa kebajikan itu?
Untuk memudahkan fahaman bayangkan seorang kanak yang baru diajar berpuasa. Setiap hari puasanya lengkap ibubapanya memberi seringgit. Kalau seringgit itu nilai satu kebajikan, bermakna kebajikan yang diberi Allah lebih 10 kali ganda -- tidakkah ia seumpama sepuluh ringgit!
Tetapi ganjaran kebajikan sebenar Allah itu akan kita ketahui kemudiannya...
Wallahu alam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home