Kursus Haji 2 [10]
Aturan sembahyang jama' dan qasar
Dalam perjalanan melebihi 2 marhalah kita diharuskan sembahyang jama' dan qasar.
Sembahyang yang terlibat ialah:
Zohor [2 rakaat] dengan Asar [2 rakaat]
Maghrib [3 rakaat] dengan Isya'[2 rakaat]
Cara sembahyang qasar [pendek]
1. Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor 2 rakaat qasar [menjadi imam/ma'mum] kerana allah taala.
2. Terus lakukan sembahyang seperti biasa sebanyak 2 rakaat sahaja.
Tetapi biasanya elok lakukan sembahyang jama' dan qasar.
Contoh jama' dan qasar sembahyang zohor dan asar:
1. Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor 2 rakaat qasar dan dijama'kan asar kepadanya kerana allah taala.
2. Buat sembahyang zohor hanya 2 rakaat sahaja dan salam
3. Berdiri dan niat sembahyang asar:
Niat: Sahaja aku sembahyang asar qasar 2 rakaat [menjadi imam/ma'mum] kerana allah taala
4. Kerjakan sembahyang asar 2 rakaat sahaja dan salam.
5. Untuk maghrib dan isya' seperti itu juga tetapi maghrib tidak ada qasar. Lakukan maghrib penuh.
Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib 3 rakaat dan dijama'kan isya' kepadanya kerana allah taala.
6. Kemudian sembahyang isya' 2 rakaat
Niat: Sahaja aku sembahyang isya' qasar 2 rakaat [menjadi imam/ma'mum] kerana allah taala
7. Untuk sembahyang jama' dan qasar ta'khir. Sembahyang jama' itu dilakukan dalam waktu kedua iaitu seperti asar atau isya'.
8. Niat adalah sama seperti diatas hanya tukarkan mengikut waktunya tetapi dengan syarat apabila masuk sahaja waktu yang pertama [zohor atau maghrib] dikehendaki berniat dalam hati seperti dikata:
aku akan sembahyang fardhu ini [gantikan - zohor/maghrib] dalam waktu kedua[gantikan asar/isya']

Labels: kursus haji
0 Comments:
Post a Comment
<< Home