Saturday, April 27, 2019

Bahasa arab asas - 3

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Bahasa arab asas - 3 - اِسْم
 
اِسْمٌ - ism[un]/isim [kata nama/noun]
Ia adalah kata yang tidak terlibat dengan masa. Ia boleh dikenali dengan beberapa petunjuk:
 
1. dengan tanwin - baris 2 diakhir kalimah
 
ــًـ ــٍـ ــٌـ
 
contoh:
 
اُسْتَاذٌ - ustaaz[un]/ustaaz [guru]
- akhir kalimah berbaris tanwin
 
2. ada "alif-lam" dihadapannya 
 
اَلاُسْتَاذُ
- al-ustaaz[u]/al-ustaaz [the teacher]
- akhir kalimah tinggal "dammah" 1 baris hadapan sahaja
 
Perhatian:
Apabila perkataan itu ada "alif-lam" dihadapannya.
- Perkataan yang dahulunya bertanwin diakhir perkataannya,
- apabila timbul "alim-lam" perkataan itu akan bertukar jadi "baris satu" sahaja
 
والله اعلم بالصواب

0 Comments:

Post a Comment

<< Home