Tuesday, November 07, 2006

Kisah seorang insan (Bahagian 1)

Berikut ini adalah petikan tulisan seorang hamba Allah yang berhati mulia. Ia ditulis sebelum beliau meninggal dunia tidak berapa lama daripada itu. Naskhah asal adalah didalam tulisan jawi. Bahasa adalah mengikut gaya bahasa beliau sendiri dengan sedikit pengaruh arab. Tulisan ini dimulai dari mukasurat 9 disebabkan mukasurat sebelumnya sudah hilang dimakan hari.

Dalam bahagian 1 ini penulis memperkenalkan dirinya disertai dengan beberapa nasihat untuk anak cucunya yang ada hingga kehari ini.

Dan lagi adalah saya Hj Hashin bin Haji Sidek sememang suka membuat segala pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil. Dan kebajikan seumpama berniaga. Dan bercucuk tanam diatas muka bumi Allah yaitu daripada kecil hingga berumur 60 tahun.

Tanaman tersebut ialah seperti durian, manggis, duku, langsat, kuini, pulas dan lain2nya. Hingga tebu dan pinang pun tidak tertinggal dimana2 pun saya tinggal.

Hingga bolehlah disaksikan dengan mata kepala segala anak2 cucuku yang ada menaruh insaf dan fikiran.

Dan masing2 itu tentulah ada berangan2 berumah tangga sendiri.

Daripada ibubapa dan mentua mentuai janganlah sentiasa diangan2 hendak makan gaji semata2. Bahkan terlebih maklum sahaja tiap2 orang yang makan gaji itu sekalipun ia besar pangkatnya dan gajinya tetapi ia senantiasa diperhatikan orang dan dijagai orang.

Atau pun ia sendiri boleh berfikir - aku ini kuli selama2 hidup. Daritu bilakah aku boleh menggaji orang pula?

Jadi tak patut anak2 cucu tak dapat meniru bagaimana yang telah diperbuat oleh ibubapa, datuk nenek yang telah mati.

Dan janganlah pula dipadakan(1) dengan harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh ibubapa selama2 hidup.

Istilah
dipadakan dengan = bergantung pada ~ atau berharap hanya pada ~

.....bersambung

1 Comments:

Blogger Unknown said...

Apa kah sambungan cerita ni ??? Mohon share saya nk tahu

11:36 AM  

Post a Comment

<< Home