Sunday, June 10, 2007

Kursus Haji [12] Rukun ke - 5

Rukun Ke-5

Bercukur atau bergunting

Syaratnya

Menghilangkan 3 helai rambut kepala sekalipun hujung rambut. Memadai dihilangkan dengan dicabut atau dibakar atau digunting atau dicukur.

Orang yang berihram yang telah selesai mengerjakan tawaf dan saie dibolehkan bercukur/bergunting dengan sendirinya

Adapun pada mazhab Hanafi yang wajib pada bercukur itu ialah 1/4 daripada rambut kepala

Dan pada bergunting itu iaitu sekadar mengunting hujung rambut kepala jua


Sunat2nya

1. Bergunting pada perempuan dan bercukur pada lelaki

2. Suci daripada hadath kecil dan besar dan daripada najis

3. Mengadap kiblat

4. Memegang rambut apabila hendak digunting atau dicukur dan membaca takbir dan doa, lihat buku doa

5. Selesai bergunting atau bercukur bacalah doa seperti dalam buku doa

6. Menanam rambut

7. Membayar upah pada qadar yang diredahi oleh yang mengunting atau yang mencukur


Adapun perkara yang dituntut bagi yang mencukur itu:

1. Keadaan muslim dan adil
2. Suci dari hadath besar, kecil dan daripada najis

Bermula cara yang afdal pada bercukur iaitu:

1. Dimulai dari sebelah kanan pada hadapan kepala sehingga habis kebelakang kepala
2. Kemudian barulah mulai disebelah kiri pula

Bermula cara yang afdal pada bergunting ialah:

1. Digunting segala tepi rambut yang telah dihimpunkan sekadar panjang hujung jari


Perhatian
Adab bercukur tersebut disunatkan juga bagi sesiapa yang hendak bercukur sekalipun tidak didalam ihram, hanya membaca takbir tidak sunat

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home