Tuesday, June 05, 2007

Kursus Haji [9] - Rukun ke-2

Rukun ke-2

Wukuf diArafah

Syaratnya 2 perkara:

1. Hadir ia pada bumi Arafah hal keadaannya ia muslim.

2. Bahawa hadir ia pada waktunya, iaitu
a. diantara sesudah masuk waktu zohor pada 9 Zulhijjah dan terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah, sekalipun sekejap.

Perhatian:
Bermula Masjid Ibrahim yang terkenal dengan nama Masjid Arafah bahawa hadapannya yang mengiringi Mekah adalah bukan daripada Arafah. Maka jika wukuf padanya nescaya tiada sah wukupnya. Adapun bahagian terkebelakang darinya ia adalah dalam kawasan Arafah.

Sunat2nya

1. Mandi kerana hendak wukuf diArafah dan masuk waktu mandi ini ialah terbit fajar, tetapi yang afdalnya sebelum gelincir matahari supaya jangan luput sunat bersegera wukuf selepas sembahyang zohor.

2. Masuk keArafah sesudah gelincir matahari pada 9 Zulhijjah dan bersembahyang zohor diMasjid Namirah.

3. Menghimpunkan akan malam dan siang

4.Membaca tahlil, takbir, talbiah, tasbih, qur'an dan selawat. Rujuk buku haji yang berkenaan.

5.Membaca surah ikhlas 1000 kali.










Kerana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radiallahuanhuma:
Sesesiapa yang membaca Qulhuwallah .. 1000 kali pada hari Arafah maka akan diberi akan apa yang dimintanya.

6. Berwudu' dan menghadap kiblat ketika berdoa dan lainnya.

7. Wukuf ditempat mana Nabi s.a.w berwukuf, iaitu disisi batu2 yang besar dibawah Jabal Rahmah bagi lelaki, dan ditepi batu2 bagi perempuan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home