Wednesday, July 25, 2007

Kursus Haji 2 [11]

Dari Juddah ke Madinah

1. Beg2 akan dinaikkan kebas menuju Madinah.
2. Ikut arahan dan naik bas dengan tertib
3. Jika perlu belilah sedikit makanan yang perlu dalam perjalanan. Tetapi biasanya bas akan berhenti direstoran dipertengahan perjalanan untuk memberi ruang jemaah makan dan minum.
4. Perjalanan akan mengambil masa antara 6 - 8 jam lagi
5. Penuhi masa jaga dengan amalan doa seperti semasa dalam kapal terbang.
6. Sampai dipenginap Madinah wakil Tabung sudah sedia menunggu. Kumpulkan beg dan terus tuju bilik masing2.
7. Lelaki ditempatkan dalam bilik berasingan dengan perempuan. Oleh itu buatlah perancangan sesuai untuk suami isteri.
8. Masa menetap diMadinah diberi selama cukup mengerjakan sembahyang 40 waktu berjemaah diMasjid Nabawi. Iaitu lebih kurang 8 - 9 hari sahaja.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home