Kursus Haji [39] - Khatimah 19
Penerima Wang Dam
Adapun wang dam yang diterima oleh syeikh dan orang2 mukim dengan tiada sifat wakilah maka setengah daripada bahagiannya diizinkan untuk disempurnakan dan sebahagian dipulangkan kepada tuannya.
Jadi wajib atas syeikh dan orang mukim menggunakan wang dam untuk membeli dan menyembelih atas nama orang yang punya. Kemudian disedekahkan daging itu mentah2 pada fakir miskin.
Dan jika disembelihkan dam itu dan tiada disedekahkan daging itu mentah2 tetapi dimasak dan bibuatkan khenduri maka jatuhlah dam itu daripada tuan yang empunya. Dan wajib atas syeikh itu menggantikan daging itu dengan yang lain untuk fakir miskin.
Oleh itu jika mengetahui tuan empunya dam akan tidak diperbuat oleh syeikh itu akan apa yang wajib atasnya, maka tidak harus diberikan kepadanya untuk menyempurnakan dam.
Dan tiada harus bagi syeikh mengurangkan harga yang diberi oleh jemaah haji kepadanya melainkan diketahui akan redha tuan punya dengan seperti bahawa zahir qasadnya untuk menyempurnakan dam sahaja, nescaya bolehlah dikurangkan harga ketika itu.
Dan wajib atas syeikh membeli kambing yang sempurna umurnya. Dan jika disembelih yang tiada sempurna umurnya nescaya tiadalah jatuh ia daripada dam.
Adapun segala dam itu hanya tertentu disembelihkannya ditanah haram sahaja, dan demikian juga pada menyedekahkannya.
Berlainan pula dengan dam ihsar. Maka wajib ia disembelih pada tempat ihsar dan disitu juga disedekahkan.

Labels: kursus haji
0 Comments:
Post a Comment
<< Home