Monday, July 02, 2007

Kursus Haji [30] - Khatimah 10

Beberapa perkara makruh dalam Haji dan Umrah

1. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang bertalbiah. Kerana hukumnya makruh bagi memutuskan membaca talbiah oleh itu tiada wajib pembaca talbiah menjawab salam
2. Makruh meninggikan suara semasa mengucup hajar aswad
3. Makruh meninggalkan ramal [lari2 anak] ketika tawaf
4. Makruh meninggalkan istiba' ketika tawaf dan saie. Sedangkan didalam solah adalah makruh mengerjakan istiba'
5. Makruh meninggalkan tawaf dan saie fardu kerana solah jenazah atau solah rawatib
6. makruh menahan kentut, kencing dan berak semasa tawaf
7. makruh berhenti membeli-belah semasa saie
8. makruh meninggikan suara ketika berdoa dan berzikir semasa wukuf dipadang Arfah
9. makruh mengudur kebelakang seperti yang dibuat kebanyakan orang apabila meninggalkan masjidil haram selepas tawaf wada'
10. makruh melambatkan bercukur dan tawaf rukun dihari nahar tanpa uzur
11. Makruh berkelahi
12. Makruh menggaru rambut dengan kuku atau seumpamanya jika perlu menggaru hendaklah dengan perut telunjuk dan dengan perlahan
13. makruh memandang dengan syahwat akan isteri atau seumpamanya
14. makruh menyikat rambut dan janggut kerana takut tercabut
15. makruh disisi kaul aulia melaku segala yang makruh didalam sembahyang dn dilakukan semasa ihram seperti bercekak pinggang, berjalan dengan satu kaki dan seumpama keduanya.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home