Sunday, July 24, 2016

Mungkar

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Saya nak tanya wak sikit ni....

Wak: Tanya-le kalo aku boleh jawab!

Man: Mula2. Apa makna "mungkar"...

Wak: Oooo itu asalnya bahasa arab. Tapi kita dah melayukan jadi-le makna mudahnya iaitu "sesuatu kerja yang tak baik. Yang jadi kemarahan Allah". Misalnya. Engko mencuri! Hah itu kerja mungkar tu.... Allah pun tak suruh kita mencuri. Kalau hendakkan sesuatu usahalah dengan cara yang baik...

Man: Ok! "Mungkar" itu maknanya "kerja yang dilakukan oleh seseorang yang natijahnya tak baik. Dan kemudian mendatangkan kemarahan pada hak pemunyanya". Misalnya pulak macam wak kata. "Mencuri". Bila kita mencuri maka orang yang punya barang itu akan marah pada kita. Macam...kita larikan anak dara orang. Maka mak-bapaknya mesti akan naik marah. Mula-le mak-bapaknya keluar kata2 kesat. Bertambah satu lagi "mungkar". Makan akan menularlak kerja2 mungku dari satu source tadi.. Hmmmmm......

Wak: Hai! Aku cuma cakap pasal curi barang orang. Yang engko ni pulak merewang jadi "larikan anak dara orang". Eh eh eh... Engko ni dah teringat nak kawin ni! Kalo gitu cepat2 cari pasangan. Kemudian pergi risik. Ada rezeki pinang-le anak dara orang tu. Kemudian cepat2le nikah... Terhindar-le dari kerja2 mungkar...

Man: Ok! Maka apa pula cara nak menghalang kerja mungkar tu pulak wak?

Wak: Aku pendekkan cerita je-le... Iman itu berkait rapat dengan mungkar pun... Maka nabi dah kata! Ada 3 peringkat iman. Apabila nampak kemungkaran hendaklah:
- gunakan tangan
- gunakan mulut
- simpan dalam hati aje-le. Maka yang ke-3 ini adalah selemah2 iman. Tak guna jadi manusia....

Man: Kena jadi binatang je-le. Atau jadi iblis setan aje-le... Oh teruknya wak...!

Wak: Hmmmmm.....

Man: Ok. Maknanya bila kita tahu ada orang larikan anak dara orang. Maka kita terus tangkap dia.

Kalo tak berani. Panggil ramai2. Buat mesyuarat. Maka kita tadi jatuh kepringkat ke-2. Pasal bukan kita yang buat!

Tapi bila kita habis-je mesyuarat. Satu habuk pun kerja tak jalan! Maka tinggal-le cakap2 je yang melekat dikepala. Maka jatuh-le kita tadi keperingkat ke-3. Kerana tak langsung ada reaction pada action mungkar tadi...

Wak: Maka bila hanya tinggal cakap2 aje maka kita kategorikan bangsa kita tadi bangsa yang tak beradab.

Man: Maka runtuhlah kemuliaan ugama islam kita tu nanti. Dengan itu maka kita pun tahulah yang kita ini memang tak guna sesen pun. Tak ada kekuatan pun. Tak guna jadi mengaku islam.....

Wak: Ok! Bijak pun engko meng-elaborate-kannya.... Jadi marilah kita berdoalah

Ya Allah jadikan kami ini bangsa yang kuat menjaga ugama islam. Kuat mengawal kemungkaran dan menegakkan kebajikan. Dan jadikan kami ini penegak kepada semua kebajikan. Maka jadikan juga kami ini satu kaum yang bermaruah. Tinggi budi pekerti.

Ya Allah janganlah biarkan kami ini hanyut dalam kemungkaran. Yang akan mengembirakan iblis dan syaitan. Dan yang akan mengakibatkan porak-peranda. Sesungguhnya kami ini tak akan tertanggung akan azab api nerakamu ya Allah....

الله اعلم بالصواب

Wednesday, July 13, 2016

Atap.......

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Satu hari saya ternaik-le keatas atap rumah.

Wak: Engko merepair atap-ke?

Man: Mula2 saja2 nak tengok mana2 atap yang nak kena ganti. Nak siapkan duit nak beli mana2 yang patut..

Wak: Memang-le atap lama. Engko kena buat sesuatu. Tukor-ke. Atau water-proof-kan-ke. Kalo tak, bocor nanti. Bukan-le bocor sangat. Tapi air boleh menyerap kebawahnya walaupun tak bocor sebenarnya....

Man: Ye-le wak. Saya rasa dah belas-tahun juga-le umur tiles tu... Dah nampak macam dah nak peroi. Dah nampak pasir pun...

Wak: Kalo gitu tuko je-le senang hati....

Man: Tak senang hati juga le wak....

Wak: Apasal?

Man: Leh kan atap tu dah bertahun lamanya. Maka mana-le ada lagi pattern semacam tu dikedai!

Wak: Ini kerja banyak le....

Man: Pasal?

Wak: Kalo nak ganti, engko kena ganti sederet tu:
- dari tengah bumbung sampai kecucur atap
- kedua kena engkao letakkan tiles baru tu diakhir line. Sebab mungkin kalo letak ditempat asal, tak sama pula pattern-nya! Mungkin tak ngam nanti!

Man: hmmm... baik pun wak cakap! Kalo tak terkial2 juga le saya ni wak....

Wak:

Ya Allah berikanlah kami ini idea yang mudah untuk menyelesaikan segala masalah yang engkau timbulkan. Maha suci engkau ya Allah. Sesungguhnya kau berikan satu masalah dengan harapan kami ini berfikir dan cuba sedaya upaya menyelesaikan dengan bermacam kaedah. Sungguh luas ilmumu ya Allah...

الله اعلم بالصواب

Selesai-ke....

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]

Wak: وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Saya rasa baru2 ini ada setengah tempat baru aje dapat kemudahan LRT!

Wak: Ok le tu... memudahkan pengguna...

Man: Tapi... saya nampak keadaan jam disitu 'gitu2 juga. Tak nampak ada kesannya!

Contoh yang saya nampak ialah:
- saya nampak ada londang dikawasan rumah saya bila hujan. Maka cepat2-le saya buatkan dari londang keparit. Itu untuk mengalirkan keparit.
- Keduanya: saya akan tambak tempat londang supaya jangan lekok dan boleh air bertakong! Memang secepat itu-le kesannya saya nampak! Tapi ini...

Wak: Ada pihak yang tak sama2 menjayakan konsep hendak mengurangkan jam tu!

Man: Mungkin le tu! Masing2 berfikiran yang tak synchronised le tu...

Wak: Aku rasa ada pada satu pihak, iaitu pihak LRT
- fikirnya cuma nak dapat untung aje! Bukan niat hendak menyelesaikan masalah. Fikir masuk perutnya dulu tak....?

Man: Yang pihak majlis tempatan pula dah pun nampak LRT tengah buat dulu berbulan2 tu
- tak pula fikirkan amacam orang ramai nak berduyun2 nak naik LRT tu nanti. Jadi:
-- kena-le siapkan kemudahan:
--- parking untuk kereta-ke...
--- atau feeder bus-ke atau seumpamanya...
--- atau kemudahan pergi-balik pejalanan kaki-ke dengan mudah...

Wak: Yang masih jam lagi tu kena tengok juga-le:
- dari arah mana datangnya
- dan hala mana pula mereka tuju tu

Man: Amacam:
- tanggok aje kereta yang berdunyun2 tu sebelum nak masuk jam.
- kemudian, siapkan satu lagi "line" ke LRT!

Saya rasa-le wak! Masing2 tu bukannya ada pun segelumit dalam hati mereka yang berniat hendak menolong manusia ni...

Wak: Hmm... Kena-le ada seorang-dua yang patut ambik berat tentang hal ini secara sukaela....

Ya Allah jadikan ada diantara kami yang sama2 memikirkan kesenangan bagi setengah yang lain. Jadikankan kami ini sentiasa memikirkan untuk memudahkan sesama anak Adam ini Ya Allah. Ini semua dengan niat untuk mengikut perintahmu Ya Allah. Dan kami mohon kesejahteraan bersama kita. Maka ganjarkan pada mereka yang membuat kebajikan ganjaran yang nampak jelas supaya menjadi ikutan bagi yang lain ya Allah... Pada engkaulah kami bermohon pahala dan pada engkaulah kami minta dibersihkan hati2 yang berkarat kami ini ya Allah....

الله اعلم بالصواب