Meniaga - 9 dari 10 rezki
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Kata le saya ni nak mula meniaga. Apa le agaknya pesan wak ye?
Wak: Wah! Baik tu. Sebab: 9 dari 10 rezki tu datangnya dari perniagaan.
Man: Hohoho... Orang sekarang kata 90% wak! Bukan lagi pakai 9 dari 10 wak! Tapi... Dah wak tercakap pasal 9 dari 10! Boleh tak wak listkan apa2 ke yang 9 tu?
Wak: Hah! Terkincit aku kalo nak listkan 9 tu. Sebab aku sendiri pun tak tahu? Nak cakap apa?
Man: Haah. Ye! saya pun dengo ungkapan tu. Katanya itu hadis ni. Tapi saya tak ambil peduli beno wak. Sebab nabi berdakwah. Mana ada minta duit ke pun. Malah. Dia dakwah free of charge sepanjang hayatnya. Entah2 terbalik pula. Dia yang bersedakah lebih dari orang yang menerima.
Wak: Hmmm... Baik pun engko ambik keputusan begitu. Sebab. Pada aku. Bila kita dah tak boleh nak prufkan sesuatu. Maka. Kita ambik gitu2 aje. Tak sampai serious bebeno. Cuma ambik tahu je. Atau macam: masuk teliga kanan keluo telinga kiri.
Man: Tapi kalo itu hadis sahih. Habis kita wak. Rasa2 tak le. Tapi kadang2 wak. Saya rasa. Mungkin juga kita boleh buat generalization begitu. Sebab. Nak ikutkan time sekarang ni. Asyik2 meniaga yang utama. Duit tu.
Wak: Apa maksud ko!
Man: Hah! Kadang2 bila kita tolong orang. Ada kalanya. Bukan kerana لله تعالى
Tapi... hehehe hulur le. Macam sesetengah tu. Time corona ni. Ada yang dah putus rezki. Tapi sempat juga kata. Kalo nakkan saham akhirat. Hulur2 le ye! Ganjarannya beso. Nah ini account banknya. Hahaha...
Wak: Ok ok ok... Berbalik pada meniaga.
Aku cuma nak pesan pada engko. Sikit je:
- Modal kena ada.
- Untung pun kena cari.
- Pelanggan pun kena cari.
- Pastikan juga pelanggan setia pada ko.
Tapi celah2 tu.
- Hadiahkan sikit apa yang engko dapat tu pada sesiapa yang engko berminat.
- Bukan ambil keuntungan je.
Man: Baik wak.
Wak: Cuba ingat:
- Berniaga itu juga maknanya menolong orang.
- Berniaga tu kasih sayang.
Kalo kita ada lebih kongsikan pada orang lain. Orang pun nak hidup juga.
Kita ambil kira sifat Allah
- kasih
- sayang
- memberi bonus berlebih2an
dan banyak lagi. Tak perlu aku listkan. Aku rasa engko pun arif.
Mak: Baik wak. Meniaga mesti:
- ada modal
- ada pembantu
- menolong orang
- tidak menipu
Wak: Wah! Aku rasa engko sendiri pun dah nampak ciri2 dalam pernigaan ye!
استغفر الله العظيم
- aku berlindung pada Allah yang agung
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
- tiada sekeliling dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah yang besar
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
Ya tuhan kami berilah kami didunia kebaikan dan di akhirat kebaikan dan simpangkanlah kami dari azab api neraka
والله أعلم
Allah yang paling mengetahui
في امان الله
- Dalam jagaan Allah
إلى اللقاء
- selamat bertemu lagi
0 Comments:
Post a Comment
<< Home