Ada ghaib dalam nyata
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Kita ni anak cucu-cicit Adam alaihis salam kan wak?
Wak: Ia. Allah dah ciptakankan Adam dari tanah.
Man: Hmmm... Dari unsur tanah le wak. Pasal dalam tanah tu ada bermacam mineral, logam dan entah apa2 le. Scientist aje yang tahu. Dan scientist pun kata kita ini berunsur bermacam2 yang ada dalam tanah tu.
Wak: Baik. Maka scientist2 tu dapat pula menyelidik tentang diri kita. Maka bermacam2 perkara le yang mereka dapat jumpa. Diluar kita pun dapat mereka dikaji. Walaupun masih banyak lagi ilmu yang akan ditemui hari demi hari.
Man: Sampai yang paling halus pun. Seperti corona ni pula mereka boleh kesan dan nampak.
Wak: Itu le kekuatan dan kebesaran Allah. Tapi itu semua apa yang mata kita boleh pandang. Atau alat yang manusia buat untuk membantu kita melihat.
Man: Ye! Tapi malikat dan jin kan ada wak?
Wak: Memang Allah dah ceritakan malaikat dan jin pun ada. Tapi kedua2nya itu, mata kita tak boleh nampak. Tak tahu frequency apa mereka tu. Dan tak ada lagi alat yang boleh menolong kita melihat mereka.
Man: Pelik bin ajaib. Benda yang Allah kata ada. Tapi sampai sekarang tak ada lagi pun alat yang boleh kita gunakan nak tengok mereka tu.
Wak: Entah le. Mungkin Allah ta'ala tak nak bagi lagi kita tengok pakai alat. Atau mungkin ilmu manusia belum diberi Allah sampai advance mana untuk melihat malaikat dan jin.
Man: Setakat zaman wak dan saya ni, mungkin tak dapat kita nak tengok.
Wak: Tapi ada juga orang yang claim boleh tengok jin.
Man: Ilmu apa yang mereka pakai ye. Kadang2 musykil juga kita dibuatnya. Entah ia entah tidak. Entah saja berangan2.
Wak: Ye. Kita percaya je le seperti apa yang tersebut dalam Rukun Iman. Rupa bentuk cuma kita sebut gitu2 aje le. Tak payah le nak gambar begini begitu. Mengkhayal yang tak pun penting mana.
Man: Maknanya kita cuma disuruh ambil tahu aje. Macam mana rupa malaikat tu. Beso. Banyak kepak. Dan entah apa2 lagi.
Wak: Ye ambil setakat yang dicakapkan aje. Macam kita kata. Kita ada roh. Macam mana rupa roh? Kita ada perasaan baik dan jahat. Bagaimana rupa makhluk tu semua. Bio kan je le. Cuma percaya je le makhluk tu ada. Menenggek. Melelak dimana? Bio je le.
Man: Haah. Macam orang kata dari sini ke sana tu jauhnya 1 kilometer. Kalau kita nampak tandanya pada jalan. Kita boleh anggarkan jauhnya. Tapi bagi pada orang yang tak tahu tentang ukuran kilometer. Tak ada makna apa2 pada tanda2 tu pada dirinya.
Wak: Ye. Kalo kita cakap pakai minit pulak. Naik le kenderaan. Kalo laju sekian2. Boleh sampai sekian2 minit. Tapi kalo hati atau ilmu tak ada dala dirinya. Kalis juga otak masing2.
Man: Hmmm... Ada benda ghaib dalam benda nyata.
Wak: Ye. Itu le sebabnya. Kita disuruh bertasbih dan memuji Allah bila memandang apa2 yang ada disekeliling.
سبحان الله. والحمد لله. ولا اله الله. والله أكبر
استغفر الله العظيم
- aku berlindung pada Allah yang agung
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
- tiada sekeliling dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah yang besar
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
Ya tuhan kami berilah kami didunia kebaikan dan di akhirat kebaikan dan simpangkanlah kami dari azab api neraka
والله أعلم
Allah yang paling mengetahui
في امان الله
- Dalam jagaan Allah
إلى اللقاء
- selamat bertemu lagi
0 Comments:
Post a Comment
<< Home