Sunday, January 22, 2017

Musibah...

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Nak dengar satu cerita tak?

Man: Cerita je-ler wak. Bio saya dengo! Mungkin saya akan dapat iktibar darinya!

Wak: Ceritanya gini.

Selepas siap siporeh getah ni menoreh. Dia selalu akan ke kedai kopi untuk minum secawan kopi. Dan makan sepotong roti kaya. Sambil tu sempat juga dia membaca surat khabar jawi.

Man: Oh! Ini zaman semasa utusan masih bertulisan jawi dulu-ker?

Wak: Gitu-ler. Ok!

Lepas tu dia mengayuh basikalnya. Dan dia berhenti diatas jembatan yang bersebelahan dengan masjid. Dari poketnya dikeluarkannya baki2 roti tadi dan dia lemparkan kesungai. Suka dia memerhatikan ikan2 tu dapat makan. Lepas zohor nanti baru-ler dia balik ke rumahnya.

Man: Bagaimana keadaan dia tu wak.

Wak: Kalo engko tengok dia ni. Memang-ler dia ni serupa-jer macam orang kampung biasa. Pakaiannya lusoh. Gitu juga dengan songkoknya. Nampak dah season sangat. Mukanya senang hati kalo kita pandang. Senyum memanjang.

Man: Semoga Allah memberikannya berkat dah rahmat padanya.

Wak: Lama kemudian aku bertemu lagi dengannya...

Man: Eh! Bukan-ker wak ni sekampung dengan dia? Amacam boleh kata ... lama kemudian?

Wak: Biasa-ler. Aku tak menetap selama2nya dikampung....

Semasa aku terserempak dia di kubur. Yang kebeteluan jambatan, masjid dan kubur sememangnya berdekatan sangat. Dia memeluk aku. Sambil bercucuran air matanya. Dia kata rumah dia habis terbakar. Selepas reda. Aku selitkan duit dalam poketnya. Sayangnya ketika itu aku hanya ada setakat itu jer yang boleh aku kuberikan padanya.

Man: Masyaallah.... Orang baik macam itu pun ditimpa musibat juga!

Wak: انا لله وانا اليه راجعون
Ye! Itulah yang dikatakan Allah itu besar. Dan dia mengetahui apa yang kita tak tahu....

Man: Jadi. Kita kena-ler berdoa selalu. Minta dielakkan daripada segala mala petaka.

Wak: Ye. Qada qadar Allah. Siapa yang dapat meneka. Cuma! Kita digalakkan menerima apa sahaja yang datang pada kita. Sama-ler seperti Nabi Ayub. Nabi yang sungguh sabar. Betapa beratnya tanggungngannya. Tapi dia tetap bersabar hingga keakhirnya. Ini manusia yang betul2 kuat tingkat kesabaranya...

Ya Allah kuatkanlah kami ini dalam menjalani kehidupan seharian. Kuatkanlah kesabaran kami supaya tidak lemah semangat hingga melampau2i batas sama seperti orang yang tak beriman. Begitu juga. Jadikan kami ini dari golongan anak Adam yang suka bertolongan antara satu sama lain. Ya Allah tinggikanlah hemah kami. Dan pandulah kami pada jalan yang lurus...

الله اعلم بالصواب

0 Comments:

Post a Comment

<< Home