Thursday, April 13, 2017

Jaga-jaga!

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: 
وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Man: Wak! Saya rasa musykil-ler wak!
 
Wak: Dah pulak. Apasal?
 
Man: Handphone saya ada file quran. Maka ada yang kata. Amacam quran pun bawak dalam jamban! Mushkil...mushkil...
 
Wak: Susah juga nak cakap ye. Hmmmm.... Ok aku ada satu idea. Sekarang ni ramai juga yang hafiz quran. Habis dia tak boleh masuk jamban-ker? Kalo tak boleh tak berak kencing-ler manusia ni?
 
Man: Amacam trick-nya ni wak!
 
Wak: Hafiz simpan quran dalam memorinya. Tak baca kuat2 bila dalam jamban....
 
Man: Hah kalo gitu lega-ler. Memory oh memory....
 
Wak: Tapi quran yang bertulis memang langsung ditegah! Mesti hormat.
 
Man: Hah maknanya. Handphone jangan sekali displaykan pages alquran dalam jamban!
 
Wak: Jadi beringat dan berpada2-ler. Semoga Allah mengampunkan kita semua atas segala kesilapan yang kita tak sedari...
 
 
ربّنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
 
الله اعلم بالصواب

Pekak! Bisu! Buta!

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]

Wak: 
وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man! Hari itu. Kita sudah tahu amacam nak menundukkan binatang. Kali ini aku nak share satu lagi ayat. Digunakan untuk membisukan anjing.

Man: Membisukan!

Wak: Bukan sepanjang2nya. Tapi kalo semasa engko jalan2. Tiba2 muncul anjing menyalak2.
Cuba baca ayat ini. ان شاء الله diam-ler anjing tu.

Man: Wak dapat dari mana ni?

Wak: Atok aku ajo semasa aku kecil dulu. Dia buat jadi. Tapi aku sendiri pun tak test-kan.

Man: Ok

Wak: Ayatnya dari surah Albaqarah ayat 171. Ambil bahagian yang akhir sekali








Cara harfiyahnya:










Tafsirnya:








maknanya: pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

Tapi kena buat. Baca "summumb bukmun 3umyum f" genggam tangan kuat2 sebelum habiskan ayat tu.

Man: Boleh test ni wak.

Wak: Tapi seperti juga yang aku cakap dulu. Kena-ler engko bersihkan diri engko. Dan mohon-ler pada Allah supaya engko diberikan pertolongannya. Seperti kita sesama manusia. Kalo nak minta tolong kena-ler kau ni baik.


ربّنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

الله اعلم بالصواب

Tuesday, April 11, 2017

Menjinak binatang

Man:  
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]

Wak:   
وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man! kali ini aku nak share-kan pada engko satu ayat.

Man: Untuk kebaikan-ker wak?

Wak: Aku sendiri pun dengo dari orang lain. Dan belum-ler lagi aku mencubanya. Tapi aku ingatkan engko. Apa2 ayat yang engko nak amalkan. Engko kena jaga diri engko. Maknanya. 
- Jaga percakapan. 
- Jaga tingkah laku
- sentiasa mengingat Allah sepanjang masa
- tak tinggal sembahyang
Malah jaga-ler segala2 perintah Allah. Bukan ambil satu ayat. Mati2an hafal. Baca. Tapi ingat. Hanya dengan izin Allah
 ان شاء الله  akan jadi.

Man: Wah berat juga ni wak!

Wak: Habis satu2 pelajaran tu kan payah untuk kita nak hazamkan.

Man: Ok

Wak: Ayat ini digunakan untuk menjinakkan binatang:







secara harfiyah









tafsirnya:
72. dan Kami jinakkan Dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.[يس]

Man:  ان شاء الله
Saya cuba-ler wak. Rasa2nya ini baik juga bagi tukang sembelih korban ni!

Wak: Ye. Aku doakan mudah2an. Sambil2 engkau hafal perbaikilah diri ye!

ربّنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

الله اعلم بالصواب

Tuesday, April 04, 2017

Hasil daripada.......

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]

Wak:
وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Satu hari tersangkut-ler saya dalam jam.

Wak: Itu biasa-ler kalo hidup diKL dan bandar2 yang seumpamanya.

Man: Pulak tu hujan lebat.

Wak: Kalo gitu memang bertambah jam-ler. Boleh makan masa berjam2 tu tersekat!

Man: Yang menjadi soalan saya tu ialah: kenapa pihak bandaran tak ambil kesah. Mesti kejadian itu dah selalu berlaku. Tutup mata-ker?

Wak: Manusia Man....

Man: Pada hal jam tu memang boleh diatasai. Sebab dah ramai pun orang pandai dan engineer. Ada yang dah jadi professor pun. Jadi. Takkan tak ada cara untuk mengatasi:
- bila hujan lebah, air bertakung
- cara nak beri warning banjir dan traffic jam!

Wak: Aku rasa sekarang ni kan dah ada "Waze". Kita dah boleh pakai dia untuk mengelakkan jam.

Man: "Waze" tu siapa buat. Orang kita yang berlambak yang dah pandai tu. Pergi kemana?

Wak: Kemudian. Nak buatkan solution. Kan banyak pakai duit!

Man: Hmmm...

Wak: Tapi sebeno-nya. Orang yang bertanggung-jawab tu dah kena tenggek iblis dan setan. Kalo bukan iblis dan setan lama dah kita ni tak banyak komplen.

Man: Kos yang beso2 tu mungkin kalo dielakkan dari tenggekan iblis setan. Mungkin boleh juga selesai dengan kos yang murah.

Wak: Ye-ler. Aku fikir. Kalo kita offer kerja pada orang2 yang melarat. Mungkin boleh jalan. Sebab orang susah cuma nak isi perut jer. Jadi. Buat kerja. Isikan perut mereka.

Contoh:
- Kalo ada banjir dimana2.
-- Suruh-ler pekerja murahan tadi buat parit beso-ker
-- buat takungan beso ker. Asal air boleh mengalir dari tempat tumpuan ketempat lain dengan cepat
atau apa2-ler cara yang boleh difikirkan oleh bijak pandai tu...

Man: Leh! Dan satu lagi. Kalo-ler sesuatu tu difikirkan baik2. Memang boleh juga datang cara mengatasi sesuatu!

Wak: Yer. Sedih juga-ler kita ni. Selalunya orang atas tu rasa fikiran orang lain semuanya low class. Kan itu-ler penyakit yang dihasilkan oleh tenggekan iblis seta!


ربّنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

الله اعلم بالصواب

Saturday, April 01, 2017

Hendak-ker tak nak...

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: 
وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Man: Wak! Kita dah pun masuk bulan Rejab ni. Lepas Rejab Sha'ban pulak. Kemudian Ramadhan.
 
Wak: Aku rasa kita banyakkanlah puasa dalam 2 bulan ini sebagai latihan untuk ke bulan Ramadhan. Kemudian mulai sekarang bacalah doa:
 
اَللَّهُمَّ بَارِك لَنَا فِى رَجَب وشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
 
Man: Ok... 
 
Wak: Engko reti makna doa tadi?
 
Man: Fahamlah sikit2...
 
Wak: Ye lebih kurang
 
Ya Allah berkatilah bagi kami Rejab dan Sha'ban. Dan sampaikanlah Ramadhan.
 
Gitu-ler agak2nya.
 
Man: Yang menjadikan saya terkilan tu wak....
 
Wak: Leh...
 
Man: Bila saya puasa bulan ini. Ada yang bercakap mana hadis?
 
Wak: Eleh. Itu cakap orang yang tak nak puasa.
 
Man: Ye-ler wak!
 
Wak: Aku rasa orang yang tak nak puasa tu patut diam jer-ler. Sebab orang yang berpuasa tu kan buat baik. Bukan buat perkara jahat. Bersangka baik-le pada orang yang berpuasa tu.  
 
Man: Hmmm...sebaiknya.
 
Wak: Sangkakan-ler orang itu qadha'kan puasanya-ker. Tunaikan nazar-ker. Ada niat sesuatu-ker...
 
Man: Hmmm...
 
Wak: Gitu-ler kita. Kena-ler kita jaga pendirian orang yang sedang mengerjakan kebajikan....
 
ربّنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
 
الله اعلم بالصواب