Tuesday, December 12, 2006

Menutup aurat

Apabila bercakap tentang menutup aurat, pastinya ini ditujukan kepada kaum wanita. Tetapi peliknya ramai wanita zaman moden hari ini bersuara dengan mempertahankan kesombongan yang tidak berasas. Alasan yang diberi bermacam2. Semuanya itu menjurus secara tidak langsung kepada menunjukkan kelemahan diri sendiri yang lebih dikuasai oleh hasutan iblis dan syaitan. Malangnya kalau makhluk iblis dan syaitan itu diperkatakan - tahu pula mahu kaum ini naik berang.

Walau apapun tindakan kaum yang sombong ini alhamdulilah masih ada lagi kaum ini yang mahu mengikut perintah Allah. Mereka diberi hidayat Allah. Yang sedar itu sanggup dalam apa keadaan pun senantiasa menjaga auratnya dan meninggikan maruahnya. Bagaimana? Dengan adanya pujian dan sanjungan bukan dari mereka yang seugama malah dari yang berlainan ugama.

Untuk itu Allah juga sekali sekala menunjukkan kaum yang bersopan ini mendapat penghormatan.

Dalam berita yang disiarkan oleh Harakahdaily terbitan 12 dis 2006 yang dilaporkan oleh Saidah Hairan dibawah tajuk 'Kejayaan, penampilan Ruqaya wajar dicontohi atlet muslimah' melaporkan kejayaan pelari pecut Bahrain dalam acara 100 meter (gangsa) dan 200 meter (emas) di Sukan Asia Doha masa kini.



Apakah yang hendak dibuktikan oleh Ruqaya ini ialah Islam tidak melarang wanita menceburi sukan. Tetapi sebagai umat Islam mereka wajib memakai pakaian yang sesuai menjaga tatasusila sekalipun ketika bersukan.

Sesungguhnya menyahut seruan ugama itu satu kewajipan bagi segala insan wanita mahupun lelaki. Ganjarannya bukan sedikit. Salah satunya berita tersebut.

Bahawasanya Allah itu sungguh besar kuasanya - Subhanallah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home