Ragam anak2 makan
Tidakkah pernah diperhatikan bagaimana kanak2 makan? Ada yang lucu - tetapi jika difikirkan dalam2 ia boleh menghibakan. Suasana ini boleh dilihat dalam keluarga yang mempunyai ramai anak. Sementelah pula kalau ibu-bapa itu berpendapatan ala-kadar.
Satu perkara yang agak positif ialah waktu makan - mereka akan berkumpul serta merta apabila dipanggil untuk makan. Masing2 berlari2. Tinggallah apa yang mereka buat. Tangkas dan cepat repons mereka. Jika tidak! - lauk tidak akan menunggu mereka yang
lambat.
Pada kebiasaanya untuk ibu dan bapa sering ada hidangan asing dari anak2 mereka. Tetapi Lauk pauk sama sahaja - dibuat begitu hanyalah untuk menunjukkan kepada anak2 supaya mengutamakan ibu-bapa. Ibu-bapa mesti diberikan penghormatan. Sedangkan anak2 pula - dari besar hinggalah sampai kekecil akan duduk membulat pada satu hidangan lain antara mereka bersama. Tetapi jika diamat2i - biasanya lauk-pauk pada ibu dan bapa biasanya agak sedikit bahagiannya. Ini bersesuaian dengan naluri - manakan ada ibu-bapa yang tidak mementingkan anak2 lebih dari diri mereka. Perasaan semulajadi itu akan datang dengan sendirinya pada ibu-bapa. Tidak pernah diajar. Tidak pernah disebut oleh sesiapa.
Sebelum bermula ibu akan membahagi2kan lauk kepada setiap anak2 bergilir2. Pembahagian selalunya sekata. Tetapi jika yang besar dapat lebih mungkin hanya pada nasi sahaja. Tetapi lauk biasanya sama rata. Setiap anak diuntukkan sedikit seorang. Perhatikanlah masa ini.
Semasa pembahagian dilakukan mata anak2 tertumpu pada ibu yang mencatu lauk. Lihatlah pada setiap pasang mata2 - bersinar2 mengikuti lauk masuk kepinggan setiap anak. Anak pertama yang dapat rasa gembira. Yang lain memerhati. Apabila giliran anak yang ke-2 - anak pertama memandang lauk bahagian anak ke-2. Begitu juga yang belum mendapat bahagian.
Mulalah kata2; "..ala - dia dapat besar mak! Tukar mak!"
"Eh kan sama tu! Macam mana ni. Janganlah asyik nampak orang punya aje. Tak habis2 nampak orang lain punya lebih. Belajarlah bersyukur pada apa yang ada. Kata alhamdulilah..."
Begitulah kata2 yang berterusan sehinggalah keakhir anak yang duduk berkeliling tu.
Antara banyak2 perkara ada pula Satu kegelian akan berlaku. Katakanlah seorang anak
ternampak salah seorang daripada adik beraik terdapat bahagian yang terleblih sedikit. Katakanlah lauk itu ayam. Sebenarnya jika terbesar sedikit pun sudah tentu ibu itu tahu. Yang melebihkan bahagian berkenaan hanyalah tulang. Isinya - insyaalah sekata.
"Mak! Abang dapat besar mak! Tukar le. Eleh mak bagi dia lebih..." kata yang kecil.
"Eh eh eh ... puh puh puh" nyanyi yang siabang sambil meludah2 lauk atau ayam bahagiannya.
"Eeee gelinya" sampuk siadik.
"Ambik .. ambik .. siapa yang nak makan kuman lekas.." cepat siabang menyambut dengan lagak hendak memberikan pada adiknya. Tetapi sempat juga sambil itu dia berpura2 pula hendak meludah pada lauk siadik yang membuat bising tadi pada awalnya.
"Mak! Tengok abang.... ee gelinya abang mak dia nak ludah makan adik. Dia nak bagi kuman
mak.. Tolong."
"Leh leh leh. Leh leh leh" nyanyi lagi siabang yang tadi kegembiraan.
---
Begitulah suasana makan dirumah keluarga yang ramai. Jika difikirka banyak iktibar boleh dikutip
Antara iktibar yang boleh dikutip daripada banyak2 adalah;
1. Dalama segala hal - apa sekali pun, ibu-bapa perlu dilebihkan dan dihormati oleh anak2. Perasaan itu perlulah ditanah sehinggalah akhir hayat
2. Ibu-bapa secara nalurinya akan mengutamakan anak merasa rezeki yang dikurniakan Allah. Oleh itu setiap ahli keluarga perlu juga menanamkan perasaan yang sama dan menarut ikhsan kepada sesama ahli. Berlebih kuranglah antara satu sama lain. Fikirkan mereka itu semuanya saudara - sedarah sedaging.
3. Didalam suasana kekeluargaan lagi tak kira masa kecil atau dewasa - biasakanlah menjamu selera pada satu masa dan berhimpun ramai2. Ini boleh menguatkan silaturrahim antara keluarga.
4. Perasaan iri hati - orang lain dapat lebih, perlu dikekang dalam sanubari setiap insan. Ia akan menaikkan mertabat adab sopan insan kepada yang lebih terpuji.
Akhir kata - perhatikanlah sekeliling - sesungguh kekuasaan Allah itu jelas dan nyata. Subhanallah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home