Syafaat membaca alquran
KELEBIHAN membaca al-Quran, diberi pahala amat besar oleh Allah SWT. Setiap huruf ada pahalanya. Dan setiap satu ayat ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu sama lain.
“Barang siapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Hadis daripada Ibn Masud)
“Siapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan lalai.”
Selalu membaca al-Quran semata-mata kerana Allah juga diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza ketika masih hidup dan sesudah mati.
Kemuliaan dan kelebihan dikurniakan kepada pembaca al-Quran juga melimpah sampai kepada kedua ibubapanya.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.”
Tetapi kepada orang yang tidak membaca alquran - Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikit pun daripada al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.”

0 Comments:
Post a Comment
<< Home