Sunday, June 10, 2007

Kursus Haji [14] Perbincangan

Beberapa Perbincangan

Pertama

Tawaf qudum itu tertentu bagi:
1. Orang halal [Makkah] yang tiada berihram masuk keMakkah
2. Bagi Ifrad dan Qiran yang masuk keMakkah sebelum wukuf atau sesudahnya dan sebelum tengah malam ke-10. Kerana tawaf rukun masuk waktunya ialah selepas tengah malam ke-10. Dan jika masuk Makkah selepas itu tiadalah lagi dituntut tawaf qudum

Ke-2

Bagi sesiapa yang mengkehendaki akan nasak tiada harus melalui salah satu daripada miqat2 seperti dibawah dengan ketidaan berihram. Maka sesungguhnya berihram dengannya adalah afdal.

Tetapi adalah diharuskan bagi mentakhirkan ihram daripada tempat yang jauh daripada Makkah bersamaan dengan miqat2 yang tersebut. Yang dimaksudkan dengan miqat yang tertentu itu ialah untuk memuliakan Kaabah dengan memakai ihram dalam perjalanan. Inilah nas yang tersebut dalam kitab2 munasik haji.

Tempat Miqat

Qarnul manazil - 2 marhalah dari Makkah
Yalamlam - 2 marhalah
Juhfah - 4.5 marhalah
Zulhulaifah - 10 marhalah
Zat Iraq - 2 marhalah

Ke-3

Telah berkata Ibnu Yunus bahawa segala miqat yang tersebut memang mengelilingi Kaabah.

Pendapat pengarang risalah ini:
Dengan nas diatas, harus bagi jemaah haji Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan sebagainya yang turun sementara waktu dilapangan terbang Riyad bolehlah mentakhirkan ihram sehingga sampai dilapangan terbang King Abdul Aziz Jeddah kerana tidak melalui miqat2 yang ditetapkan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home