Saturday, June 16, 2007

Kursus Haji [25] - Khatimah 5

Khatimah 5

Tempat memakai ihram

Soalan. Dimanakah jemaah haji Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dll [semua negara dari sebelah sini] yang terbang keMakkah dengan pesawat udara dimanakah mereka memakai ihram?

Jika dilihat pada peta dunia, pesawat udara dari sebelah sini keJeddah biasanya melalui Riyad. Jadi miqatnya boleh diambil jaraknya berbetulan jauhnya dengan Qarnul Manazil atau pun boleh dianggap tidak berbetulan dengan mana2 miqat. Jika tiada berbetulan dengan mana2 miqat, maka bolehlah mereka itu boleh mengambil pada qadar 2 marhalah dari Makkah. Dari itu mereka ini boleh berihram di lapangan terbang Jeddah baru iaitu King Abdul Aziz Airport yang dibina pada 1401 hijrah kerana jauhnya dari sempadan negeri Makkah ialah 104 Km sedangkan 2 marhalah itu ialah 89 km.

Tetapi bersalahan jika pesawat terbang mendarat dilapangan terbang lama, jemaah haji mesti berihram didalam pesawat terbang kerana jarak lapangan lama cuma 75 km dari Makkah dan tidak sampai pun 2 marhalah.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home