Thursday, June 14, 2007

Kursus Haji [21] Khatimah 1

Khatimah 1

1. Haji Mabrur

Adapun haji mabrur - iaitu tiada mencampuri akan ia oleh dosa sekalipun dosa kecil daripada mulai berihram sehingga selesai tahlul ke-2.

Ada satu kaul pula mengatakan haji mabrur itu - adalah haji makbul dan setengah daripada tandanya iaitu apabila sudah berhaji maka bertambah baik amal ibadatnya serta menjauhi ma'siat.

Berkata pula al-Hassan al-Basri haji mabrur - iaitu bilamana sudah selesai haji maka ia benci pada dunia dan gemar kepada akhirat.

Daritu disyaratkan pada haji mabrur itu:

1. menjauhi daripada segala ma'siat sama ada perkataan atau perbuatan, dosa kecil atau besar.

Jadi sesiapa yang tidak berhasil daripadanya maka rosaklah haji mabrurnya.

2. Maka haji mabrur itu menghapuskan segala dosa yang telah lalu serta dosa yang akan datang dan menjamin ia bagi mendapatnya dengan menyampaikan kepada syurga.

Bersalahan lagi bagi haji yang menghapuskan dosa:

1. ia menjadikan seseorang itu seperti baru dilahirkan oleh ibunya.

2. ia menghapuskan segala dosa yang telah lalu sahaja

Syaratnya bahawa:

a. jangan bersetubuh atau megerjakan pendahuluannya.

b. jangan mengerjakan dosa besar atau berkekalan atas dosa kecil setengahnya ialah berbantah2 dan bertengkar

Dari perbincangan diatas dapat disimpulkan bahawa haji mabrur itu berlainan daripada haji yang menghapuskan dosa.

Ada hadis mengatakan:

Sesiapa mengerjakan haji sekali maka ia telah menunaikan fardunya. Dan siapa mengerjakan haji 2 kali maka memahkotai ia oleh Tuhan. Dan siapa mengerjakan haji 3 kali maka telah
mengharamkan oleh Allah Subhanahu wataala akan badannya atas api neraka.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home