Friday, February 13, 2015

اِنَّا للهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُون

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu semua]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu semua jua keselamatan]

اِنَّا للهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
- in-na- lilla-hi wa in-na- ilaihi ra-ji'u-n

Man: Siapa yang mati wak!

Wak: Hari2 ada orang mati. Tapi sebetulnya
اِنَّا للهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُون

boleh disebut bila2 sahaja apabila kita mendapat tahu atau mendengo saja apa2 musibat telah menimpa.

Man: oooo

Wak: Jadi hari ini aku nak berkongsi dengan engko apa yang aku dah jumpa tentang bahasa arab. OK?

Man: OK!

Wak:

اِنَّا
- inna: dari dua perkataan, maknanya, sesungguhnya kami

للهِ
lila-hi: 2 perkataan juga, maknanya, bagi atau kepunyaan Allah

وَاِنَّا
- wa in-nna- : 3 perkataan pula. maknanya: dan sesungguhnya kami

اِلَيْهِ
- ilaihi: 2 perkataan. keatas-nya

رَاجِعُون
- ra- ji3u-n: kembali beramai2.

Man: Itu kan kalau makna perkataan sebiji2? Dan kalu dicantum2kan macam rasa2 tak kena je dalam bahasa melayu.

Wak: Memang le. Bahasa lain, lain le cara susunan perkataan. Tapi mungkin kita boleh buat susunan seperti ini:

اِنَّا للهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Sesungguhnya kami ini kepunyaan [dari] Allah, dan kepadanyalah kami semua kembali...

Man: mmm

Wak: Dan ingat kata2 ini boleh disebut bila kita ditimpa atau mendengar musibat, seperti
1. dengar kematian dalam kalangan kita atau asal dengar seseorang muslim meninggal
2. apabila kita ditimpa musibah. Tak kira apa jenis. Kena je lekas2lah sebut

اِنَّا للهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُون

Man: Jadi sebagai contoh, tiba2 saya terjatuh tangga sebab tergelincir. Maka saya pun kata:

اِنَّا للهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُون

OK?

Wak: kira boleh le tu.

Ya Allah perkara2 musibah akan tetap berlaku pada seseorang, maka jadikan lidah dan hati kami sentiasa ingat dan pantas menyebut:

اِنَّا للهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُون

Ya Allah kami bermohon kepada mu untuk menjadikan kata2 itu sebagai salah satu sebutan lazim bagi kami ....


الله اعلم بالصواب

Wednesday, February 04, 2015

Mohonlah husnul khatamah .....

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu semua]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu semua jua keselamatan]

Man: Satu hari saya bersua dengan seorang ustaz. Dia kata dia nak share satu cerita benar.

Wak: Kasi share!

Man: Ceritanya begini.

Ustaz ni ada seorang kawan. Dia ustaz yang mengajar mengaji quran.

Wak: Wah! Bagus le ni! Memang kita pun disuruh mengajar orang lain mengaji sampai pandai. Satu penghormatan Nabi dan Allah yang cukup bagus.

Man: Ya!

Satu hari ustaz yang mengajar mengaji tu didatangi oleh seorang mak cik tua. Mak cik tu minta diajarkan dia membaca quran......

Wak: Teruskan!

Man: Lepas murid2nya yang lain dah balik, ustaz tu pun mengadap le pada mak cik tua tu.

Mak cik tu sempat berkata: "Engko ajo kan le quran ni ya nak. Dulu aku tak sempat nak belajo. Itu yang aku benak ni. Ajo le pada aku sampai aku khatam ya!"

Wak: mmmm

Man: Dipendekkan cerita, minggu depannya ustaz tu perasan mak cik tu tak datang.

Bila ditanya dapat le dia tahu bahawa mak cik tu dah meninggal.

Wak: Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun ....

Man: Tapi yang buat sebak tu ...

Wak: Apa dia?

Man: Katanya, dia meninggal dalam sujud.

Wak: Subhanallah ...

Man: Maka teringat le ustaz tu. Semasa dia dengar je ustaz tu hendak melayan dia mengajar mengaji tanpa apa2 bayaran.  Dia buka quran buruknya, sehelai demi sehelai. Diciumya dan dia menanggis. Habis satu quran diciumnya dan sampai ada kesan air matanya disetiap helai.

Yang ustaz tu tertanya2, apalah tanda yang Allah nak tunjukkan padanya. Puas dicarinya tak dapat2 sedangkan mak cik tu dah dapat mati dalam husnul khatimah, pengabisan yang baik. Yang dia, boleh dapat ke?

Wak: mmm.

Tapi tak dengar ke engko kisah yang di Segamat dulu semasa orang menggali kubur sebab hendak dipindahkan kubur tu kerana nak buat highway? Mereka terjumpa mayat yang tak reput. Rupanya yang tak reput tu adalah mayat ustaz yang mengajar mengaji. Dengarnya dia tu seorang yang jujur. Mengajar quran pun dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah sahaja. Maka itu apa? Kalu ko boleh jawab!

Man: Mana2 ustaz yang mengajar mengaji pun akan dapat mati dalam keadaan husnul khatimah juga.

Wak: Termasuklah orang2 yang hidupnya sentiasa dapat keredhaan Allah sampailah ke hari kiamat nani.

Ya Allah sesungguhnya janjimu itu benar. Sehingga kiamat engkau tetap memberi pada sesisapa sahaja yang engkau redhai dan akan mati dalam husnul khatimah. Maka jadikanlah kami ini dalam gulungan ini. Ya Allah tunjukkanlah kami jalanmu yang benar dan makbulkanlah permohonan kami ini ..........
 
الله اعلم بالصواب

Sunday, February 01, 2015

Sadarkanlah diri sendiri ....

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu semua]

Wak: وعليكم السلام
[Dan keatas kamu semua jua keselamatan]

Man: Ada sekali tu, betul2 le tuhan hendak tunjukkan pada saya apa le sebenarnya saya ni.

Wak: Maksud engko?

Man: Satu hari saya tengah buat kerja didepan rumah.

Wak: Ya

Man: Saya terdengar orang beri salam. Saya diamkan je.

Wak: Sebab?

Man: Mana le tau orang nak jual barang ke. Lagi pun dia tak nampak saya sebab saya dibalik2 barang2

yang saya tengah kerjakan. Dan orang tu pun takkan nampak saya pun.

Wak: Kalo ia pun, jawab le. Pahala.

Man: Lepas orang tu beri salam sekali lagi dia sempat pula cakap, "Saya ada bawa barang ni. Tak mau beli pun tak apa. Tengok je le dulu..."

Baru le saya jawab salamnya dan sempat pula jawab, "Tak pe le. Saya tak hendak beli. saya tak minat." Lagi pun dalam hati saya pun kata, saya tak ada budget untuk beli barang2 peniaga jalanan ni.

Dia jawab lagi, "Ala... tengok je le dulu. Tak beli pun tak apa.."

Tup2 saya terperasan. Eh! suara ni semacam suara yang saya kenal. Aduh bila saya keluar dan lihat rupanya betul le kawan saya yang datang tu.

Maka terlintaslah dalam hati, "ya Allah! ini le agaknya rupa hati saya sebenar!" Astaghfirullah.

Wak: Jadi apa kesimpulan apa yang kau buat tentang diri engko sendiri?

Man: Pendekkannya. Saya sadar, rupanya saya ini kowlon juga.

Wak: Aduh!

Man: Nyata le bahawa saya ni bukan jenis orang yang suka tolong-menolong dan juga, rupannya tak ada budi pekerti dan berkhemah pun.

Wak: mmm

Ya Allah. Sesungguhnya engkau ini sungguh pengasih lagi penyayang. Jika engkau menghendaki maka engkau akan buat apa sahaja untuk memberi peringatan pada makhluknya. Cuma, sama ada kami hendak berfikir atau tidak, itulah kebebasan yang kau berikan pada kami makhlukmu yang sombong ini. Ya Allah gantikanlah perangai buruk kami ini kepada perangai yamg lebih mulia. Ya Allah engkaulah yang mampu mengubahkan hati2 kami ini. Ya Allah ubahkanlah. Kami tak tahu caranya maka tunjukkanlah pada kami cara2 mengatasinya ....

الله اعلم بالصواب

Taik hidung masin....

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteaan keatas kamu semua]

Wak: وعليكم السلام
[Dan keatas kamu semua jua keselamatan]

Man: Ada sekali tu saya pergi le ke rumah emak saya.

Wak: Ya. Bagus tu. Amalkan le selalu2 bertandang ke rumah ibu-bapa.

Man: Semasa saya singgah tu sempat juga saya bawakan rojak kesukaannya. Saya beli di kedai mamak yang saya rasa memang sedap. Saya tahu sebab tekak saya tu macam tekak emak saya. Kalau saya kata sedap, memang le dia pun sedap.

Wak: Ini le yang baiknya. Dapat pahala dan rahmat dari Allah.

Man: Tapi masa tu, saya nampak emak saya tak makan terus. Tapi disimpannya. Saya ada kata pada emak saya, "Ala makan je le sekarang. Karang sejuk. Tak sedap bila dah sejuk.

Wak: Mmmm. Ada benda yang dia nak hide tu.

Man: Memang le. Dirumah emak saya tu ada abang saya duduk sekali dengannya. Kebetulan anak2nya meremut. Masa saya sampai pun masing2 macam dayak, lu lu lu lu ... mengerumun saya.

Wak: Engko tak bawa apa2 untuk anak2 sedara engko tu ke?

Man: Eleh mak bapa mereka tu kaya. Malah abang saya ni pun tak pernah nak bagi apa2 pada saya. Saya memang terasa juga pada abang saya tu. Sebab abang saya tu .... entah macam saya ni orang lain je. Jadi dalam hati selalu berkata, saya nak bagi emak saya makan seorang. Padan dia. Sebab, apa ke halnya saya nak tanggung anak2 dia. Tanggung jawab dia. Lagi pun emak bapanya ada. Lain le kalo tak ada ....

Wak: ooo... Jangan ko buat macam tu. Tak baik. Kan budak2 tu pun anak sedara ko juga. Tak baik engko inyaya anak2 tu. Mereka bukannya tahu apa.

Man: Saya tahu le abang saya tu. Memang taik hidung masin.....

Wak: Sesungguhnya kalo engko buat baik hari ini, esok lusa mana le ko tahu tuhan akan membalas baik engko. Engko tak tahu apa balasan baik Allah tu. Kalo tak di dunia pun, entah2 di akhirat! Kalo di akhirat lagi le engko pula terkilan tak buat baik sebanyak2nya pada kaum keluarga engko.....

Ya Allah jadikanlah hati aku ini tidak terpengaruh dan mengikut bisikan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu sejahat2 makhluk yang mahukan kami ini masuk neraka bersamanya. Maka lidungilah kami ini. Dan tunjukkanlah kami ini ke jalan yang lurus dan benar ....

الله اعلم بالصواب