Saturday, November 18, 2006

Kisah Seorang Insan (Bahagian 7)

Dalam bahagian terakhir ini disambung semula dengan memuatkan lagi nama anak2 Tn Hj Hashim dengan isteri2 seterusnya. Diakhir manuscript sepanjang 22 mukasurat ini disudahi dengan sedikit peringatan tentang pembuatan rumah untuk isteri2 beliau. Tidak lupa juga beliau mendoakan keselamatan bagi seluruh keluarga serta semua muslimin dan muslimat mudah2an berhimpun semuanya diakhirat dalam keselamatan

[Isteri ke-4]


21. Hamidah binti Hj Hashim
--- Pukul 1 siang Sabtu 14 Ramadan 1342 diKampung Terus, Panchor, Muar

22. Khamisah binti Hj Hashim
--- Malam Khamis pukul 3 malam 4 Shawal sunnah 1345 diKampung Terus, Panchor, Muar

23. Abdul Rahman bin Hj Hashim
--- Malam Khamis pukul 9 malam 11 Jamadil awal sunnah 1347 diKampung Terus, Panchor, Muar

24. Khalid bin Hj Hashim
--- Pukul 1 malam Jumaat 11 Rabiul awal sunnah 1351 diKampung Terus, Panchor, Muar

25. Yusuf atau Ilyias bin Hj Hashim
--- 19.12.34 diKampung Terus, Panchor, Muar

26. Hasimah binti Hj Hashim
--- Pukul 1 malam Thalatha 19.4.38 diKampung Terus, Panchor, Muar

Bondanya Sofiah binti Hj Muhamad Zain - Olak Sepam, Pagoh, Muar.
Tarikh nikah: 28 Zulhijjah hari Ahad 1337

[Isteri ke-5]
27. Muhamad Nafie bin Hj Hashim
--- Kampong Panchor, Muar

28. Salma binti Hj Hashim
--- Kampung Panchor, Muar

Bondanya: Lengah binti Ali Muruddin. Bangsa - Jawa - Panchor, Muar.
Tarikh nikah: Malam Thalatha pukul 10.30 - 22 Shaaban sunnah 1354 bersamaan dengan 18 November 1935

Peringatan:
Membuat rumah yang ada diKampung Terus lebih kurang belanjanya $2,200 tahun sunnah 1327

Peringatan
Membuat rumah sebelah Jalan Terus itu lebih kurang $500 pada tahun sunnah 1330

Peringatan
Saya membuat rumah diPanchor - Kampung Jawa. Atap zinc, dinding papan kayu cengal dan punak. Belanjanya $4,300 lebih kurang pada 3.1.45

Peringatan
Membuat rumah diPanchor dekat Masjid Panchor Atap zinc, dinding papan kayu cengal dan punak. Belanjanya $2,464 lebih kurang pada tahun masihi 22.5.1937

Peringatan
Ini saya perbaharui pula pada tahun 1358 bersamaan tahun 1939

Supaya dilihat dan didengar segala anak2 cucu dan saudaraku yang ada berfikir. Dan mengambil tauladan. Dan mengambil insaf.

Mudah2an saya berdoa kepada Allah supaya saya selamat. Dan segala anak2 dan isteri2 dan ibubapa, datuk nenek dan segala jiran2 sekampung dan sekelian muslimin dan muslimat mintalah Allah kumpulkan didalam negeri yang kesenangan - iaitu negeri yang baka' kelak. Mengikut bernaung dibawah panji2 Nabi Muhammad s.a.w amin, amin, amin yaAllah ya rubulalamin

yang benar....

Selesai

Wednesday, November 15, 2006

Kisah Seorang Insan (Bahagian 6)

Dalam bahagian 6 ini pula dipaparkan nama anak2 Tuan Haji Hashim dari isteri beliau yang kedua dan ketiga. Nombor anak2 beliau disambung daripada nombor anak2 isteri pertama dan begitulah selanjutnya. Daritu jumlah anak2 Tuan Hj Hashim ini boleh dikenalpasti dengan jelas.

[Isteri ke-2]

8. Hashim bin Hj Hashim
--- telah kembali kerahmatullah

Bondanya: Pilah binti Ludin

[Isteri ke-3]
9. Harun bin Hj Hashim
--- telah kembali kerahmatullah. Bondanya Nisom binti Kekal. [Lahir] diKampung Terus, Panchor, Muar

10. Abdul Hamid bin Hj Hashim
--- Hari Sabtu. Pukul 2 siang 16 Jamadil akhir sunnah 1338 diKampong Terus, Panchor, Muar

11. Ummi Kalthum atau Bedah Binti Hj Hashim
--- Hari Khamis. 11 siang 4 safar sunnah 1340 diKampong Terus, Panchor, Muar

12. Maryam binti Hj Hashim
--- Hari Sabtu. Pukul 1 siang 14 Rejab sunnah 1341 diKampong Terus, Panchor, Muar

13. Jamilah binti Hj Hashim
--- Malam Jumaat. Pukul 2 malam 30 Zulhijjah sunnah 1342 diKampong Terus, Panchor, Muar

14. Yah atau Zaliha binti Hj Hashim
--- Malam Thalatha. Pukul 4 malam 6 bulan Zulqaedah sunnah 1344 diKampong Terus, Panchor, Muar

15. Jazizrah atau Khadijah binti Hj Hashim
--- Hari Thalatha. Pukul 5 pagi 30 Muharram sunnah 1346 diKampong Terus, Panchor, Muar

16. Abdul Wahab atau Umar
---Malam Isnin. Pukul 11 malam 30 Zulhijjah sunnah 1346 diKampong Terus, Panchor, Muar

17. Abdul Aziz bin Hj Hashim
--- Pagi Ithnin 16.3.1933 diKampong Terus, Panchor, Muar

18. Abdul Majid bin Hj Hashim
--- Malam Khamis. Pukul 8 malam 11 Muharram sunnah 1353 diKampong Terus, Panchor, Muar

19. Besah binti Hj Hashim
--- Pukul 7 pagi Rabu 25.3.36 sunnah 1355 Kampong Panchor, Muar

20. Fatimah atau Hajar binti Hj Hashim
--- 7.6.39 Pukul 2 hari Ahad 8 Rabiul awal 1357 diKampong Terus, Panchor, Muar

Bondanya: Nisom binti Kekal. Melayu Kampung Panchor, Muar. Tarikh nikah 14.3.1833 bersamaan 21.1.1915

Penerangan
Bermula dengan anak no 17 Abdul Aziz tarih masihi telah digunakan.

Bersambung ........





Tuesday, November 14, 2006

Kisah Seorang Insan (Bahagian 5)

Bermula dengan bahagian 5 ini diperturunkan nama anak2 Tuan Hj Hashim. Menurut manuskrip asal ia ditulis dengan gaya column. Nama anak sebelah dan sebelah lagi adalah tarikh diperanakan dan kampung dimana tiap seorang dilahirkan. Dalam bahagian ini dipaparkan anak2 dari isteri pertama.

Dan lagi saya menyatakan dibawah ini nama anak2 saya dan bonda2nya. dan tarikh diperanakan:

1. Hajjah Zainab binti Hj Hashim
--- Hari thalatha pukul 11 siang. 11 Rabiulakhir sunnah 1326 diKampung Terus, Panchor, Muar

2. Haji Ahmad bin Hj Hashim
--- Malam Jumaat pukul 9 malam. 21 Jamadilakhir sunnah 1327 diKampung Terus, Panchor, Muar

3. Yunus bin Hj Hashim
--- Telahkembali kerahmatullah pada tahun 1329

4. Hj Muhammad Makkiah bin Hj Hashim
--- Malam Sabtu pukul 12 malam. 8 Sha'aban sunnah 1331 diBihara Makkah

5. Ismail bin Hj Hashim
--- Malam Rabu pukul 7 malam. 27 Jamadil akhir sunnah 1333 diKampung Terus, Panchor, Muar

6. Jebah binti Hj Hashim
--- Telah kembali kerahmatullah

7. Abdul Rahim bin Hj Hashim
--- Telah kembali kerahmatullah pada 4 Rabiul awal 1328 diKampung Terus, Panchor, Muar

Bonda - Hajjah Limah binti Yusuf bin Pungkah. Bondanya [pula ber]nama Mai binti Kubu

Penerangan

Inilah barisan anak2 Tuan Hj Hashim dengan isterinya yang pertama. Jumalah kesemuanya 7 orang tetapi meninggak pada masa kecil sebanyak 3 orang. Beliau mengerjakan Haji pada 1331 Hijarah dimana melahirkan Hj Muhammad disana.

Bersambung ..........


Sunday, November 12, 2006

Kisah seorang insan (Bahagian 4)

Dalam bahagian 4 ini Tuan Haji Hashim ini menceritakan amal jariahnya dalam membangunkan kawasan setempat. Mari ikuti selanjutnya.

[1333]
Dan lagi saya pada 10 Jamadilakhir sunnah 1333 ada berbuat tanah waqaf perkuburan diKampung Terus dengan orang ramai. Kira2 jumlah wangnya $418.56

[1335]
Dan pada Hijrah 1335 membuat tanah waqaf kerana membuat tempat masjid. Tiga orang kongsi $120 lebih kurang.

Dan membuat masjid diKampung Terus dengan orang2 ramai dengan belanjannya lebih kurang $2,800

Dan membuat jalan dari parit Panchor hingga keSungai (Lembang) lebarnya 30 kaki. Belanjanya lebih kurang $6,200.

[1336]
Dan pada taun 1336 saya membuat kedai dihadapan Sekolah Melayu Panchor sebanyak lima pintu. Yaitu atapnya genting dindingnya papan.

[1337]
Dan pada tahun 1337 saya membuat kedai yang ada dihadapan Pasar Panchor sebanyak enam pintu. Belanjanya $2567.55

[1342]
Pada tahun 1342 saya membuat kedai diJalan prebet Kampung Jawa Panchor sebanyak tiga belas pintu. Belanjanya lebih kurang $2,400

Alhamdulillah dengan berkat doa daripada ibubapa dengan saya sendiri lagi isteri. Dengan kebetulannya alhamdulillah ada lagi pada masa ini.

Mudahmudahan bertambah2 lagi dan berkat daulat yang mulia sultan kami dibawah naungan kerajaan Johor.

Bukan pula niat saya membesar kendiri. Atau minta puji pada sekelian makhluk, hanyalah mengikut firman Allah ta'ala:




(1)


Dan sebagai lagi memperigatkan kepada anak2 cucuku. Supaya jangan selalu malas membuat segala pekerjaan. Panjang pendek selagi kamu ada berakal dan fikiran yang sempurna. Tetapi kiranya telah menjadi gila. Hingga tak dapat diubat tak daya upayalah kita. Melainkan baharulah boleh kita berserah sahaja kepada Allah. Bagaimana kata kita melayu - sudah tulisan pada luh mahfudz. Pada hal kemalasan dengan tidak berkira2.

Lihatlah air yang jatuh dari atas bukit itu. Lama kelamaan boleh jadi bukit tinggi sebelahnya hingga batu pun pecah2 belah kerana air itu lama kelamaannya.

Dan membuat ibadat daripada Allah kepada Allah pun demikian juga.

Penerangan:
(1) Maksud ayat ad dhuha - Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya
[11].

Bersambung .....

Saturday, November 11, 2006

Kisah seorang insan (bahagian 3)

Kisah seorang insan mulia ini disambung lagi dengan bebrapa nasihat beliau. Ikutilah sambungan tulisan beliau dalam bahaian 3 ini.

Nama(1) anak laki2 atau perempuan itu empat perkara:
1. Jangan suka buat bohong
2. Jangan suka berjudi akhirnya mencuri
3. Jangan kerja lekas beralih. Sekurang2 sebelum cukup tiga tahun
4. Jangan membuat pekerjaan yang dilarang oleh syarak.

Akhirnya kamu menyesal. Dan sebab itu kamu akan menjadi bermacam2 bala yang menimpa keatas kamu. Hingga boleh jadi maut dan tubuh kamu pun uzur. Hendak hidup kembali pun tiada boleh.

Tambahan pula tak pernah didengar melainkan nabi Allah Idris sahaja yang hidup selama2nya. Dan demikian juga nabi Allah Hidhir iaitu Balya dan nabi Allah Isa.

Ataupun tiada pernah orang tua bebalik muda.

Demikianlah nasihat saya kepada anak2 cucu dan ikhwanulmuslimin walmuslimat yang patut diambil tauladan supaya kamu ber(hidupan) dalam keselamatan. dan beroleh bahgia dunia dan akhirat.

Dan jangan disengaja kamu berpegang kepada firman Allah taala -- ertinya untung baik dan untung jahat daripada Allah.

Pada hal Allah taala menjadikan manusia itu ialah se elok2 kejadian daripada yang kita lihat pada hari ini dengan mata kita sendiri.

Dan juga Allah taala menjadikan manusia itu ialah supaya menyembah dan mengenal akan Dia. Bukanlah kerana perhiasan dan faedah bagiNya Allah.

Dan dijadikan mata kamu itu supaya memandang kepada segala kejadian2Nya yang telah kamu lihat dengan mata kamu.

Dan dijadikan mulut itu kerana berkata2 akan segala perkataan yang benar. Dan membaca quran. Dan mengucap tasbih bagiNya Allah dan lain2 lagi.

Dan dijadikan teliga itu kerana mendengar apa2 perkataan guru dan ibubapa kamu. Dan ajaran2 mereka itu.

Dan dijadikan sekelian tubuh badan kamu itu ialah kerana supaya kamu bekerja mencari kehidupan diatas muka bumi ini.

Dan membuat ibadat kepada Allah dan rasulNya supaya kamu mendapat kesenangan dan balasanNya diakhirat kelak.

Dan cubalah kamu turut dan telek kepada pokok.

Dan buah padi yang menjadi makanan bagi kamu pada setiap2 hari itu. Iaitu daripada kecilnya sangatlah tiada disukai orang. Tetapi apabila besar dan berisi ia tunduk. Tatkala itu sekelian manusia berharap kepadanya. Hingga burung sekalipun berguna kepadanya.

Tatkala itu disitulah kamu akan mendapat fikiran.

Dan bukan pula manusia sahaja yang wajib mengenal Allah taala bahkan segala binatang dan kayu2an dan sekelian jin dan syaitan. Dan malaikat dan nabi dan sekelian makhluk Allah taala.

Lihatlah dalil --


(2)

 -- bagaimanakah maknanya

Penerangan:

(1) Nama = ia boleh dimaksudkan seperti: Bilamana seorang itu dari kalangan atau (Ber)nama seorang ~
(2) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat

bersambung .....

Thursday, November 09, 2006

Kisah seorang insan (Bahagian 2)

Ikutilah sambungan kisah Tn Hj Hashim bin Hj Sidek seterusnya. Dalam bahagian ini beliau menambah lagi nasihat untuk panduan anak cucunya. Ikutilah tulisan beliau seterusnya.

Bukankah kita ini sama juga seperti ibu kita juga. Ada berakal, kepala, kaki, tangan, tubuh dan perhiasan mata dikurniakan Allah.

Kemudian jika ada berakal seperti barang dijauhkan Allah dan rasul segala anak2 cucuku, carilah ilmu yang boleh memberi manfaat diri sendiri. Dan menolong orang yang bebal dan jahil. Supaya jangan terkeliru kepada bangsa dan ugama lain.

Serta diamalkan bersungguh2 hati. Dan minta lindungkan kepada Allah daripada segala perdaya syaitan didalam dunia ini. Kiranya ia mati kelak tidak menjadi rakyat dan tentera syaitan. Yang demikian tak dapatlah berkumpul bersekedudukan dengan ibubapa kemudian hari. Alangkah ruginya.

Kiranya saudara kita membuat khenduri didalam dunia ini kemudian kita tidak bersama hadir. Tidakkah menjadi malu disisi saudara2 kita yang lain.

Daritu barangkali diakhirat kelak pun tentulah demikian akan adanya. Apakah harapan kita didunia tak senang diakhirat lepas?

Akhirnya neraka itu akan dipenuhi oleh mereka yang tidak beriman dan kafir.

Inilah bidalan dan perumpamaan orang tua2. Jika tidak berduit tidak meruit(1). Jika tidak berberas sebarang pekerjaan tidak deras. Jika tidak ada pada (diri) sendiri anak, mati terdiri.

Barang yang ada jangan dikira. Barang yang tiada itu dicari. Mencari harta itu jangan difikirkan badan sudah tua.

Atau mencari ilmu pun begitu.

Jika ringgit banyak segala anak buah dan orang lain suka kepada kita. Kerana itulah dunia ini berpandu kepada wang ringgit.

Tak patut air itu pasang sahaja. Tentulah ada surutnya.

Tak patut anak2 cucuku tidak berfikir dan bodoh semuanya. Tentulah tidak.

Ayuhai anak2 cucuku, tiap2 apa yang diperbuat itu mestilah difikirkan dahulu sehabis2nya. Dan tiap2 perkataan itu janganlah lekas dikeluarkan. Akhirnya menyesal kemudian.

Kita ini ibarat burung merpati. Jikalau belum cukup bulu jangan terbang nanti jatuh dimakan kucing.

Istilah:
(1) meruit = menguit =
gerakan yang kecil atau lemah. Spt: Cacing kerawit itu bergerak cara menguit2.

bersambung .....

Tuesday, November 07, 2006

Kisah seorang insan (Bahagian 1)

Berikut ini adalah petikan tulisan seorang hamba Allah yang berhati mulia. Ia ditulis sebelum beliau meninggal dunia tidak berapa lama daripada itu. Naskhah asal adalah didalam tulisan jawi. Bahasa adalah mengikut gaya bahasa beliau sendiri dengan sedikit pengaruh arab. Tulisan ini dimulai dari mukasurat 9 disebabkan mukasurat sebelumnya sudah hilang dimakan hari.

Dalam bahagian 1 ini penulis memperkenalkan dirinya disertai dengan beberapa nasihat untuk anak cucunya yang ada hingga kehari ini.

Dan lagi adalah saya Hj Hashin bin Haji Sidek sememang suka membuat segala pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil. Dan kebajikan seumpama berniaga. Dan bercucuk tanam diatas muka bumi Allah yaitu daripada kecil hingga berumur 60 tahun.

Tanaman tersebut ialah seperti durian, manggis, duku, langsat, kuini, pulas dan lain2nya. Hingga tebu dan pinang pun tidak tertinggal dimana2 pun saya tinggal.

Hingga bolehlah disaksikan dengan mata kepala segala anak2 cucuku yang ada menaruh insaf dan fikiran.

Dan masing2 itu tentulah ada berangan2 berumah tangga sendiri.

Daripada ibubapa dan mentua mentuai janganlah sentiasa diangan2 hendak makan gaji semata2. Bahkan terlebih maklum sahaja tiap2 orang yang makan gaji itu sekalipun ia besar pangkatnya dan gajinya tetapi ia senantiasa diperhatikan orang dan dijagai orang.

Atau pun ia sendiri boleh berfikir - aku ini kuli selama2 hidup. Daritu bilakah aku boleh menggaji orang pula?

Jadi tak patut anak2 cucu tak dapat meniru bagaimana yang telah diperbuat oleh ibubapa, datuk nenek yang telah mati.

Dan janganlah pula dipadakan(1) dengan harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh ibubapa selama2 hidup.

Istilah
dipadakan dengan = bergantung pada ~ atau berharap hanya pada ~

.....bersambung

Monday, November 06, 2006

Perempuan dan ..... ketawa

Sememangnya dari dulu lagi aku terasa kurang senang apabila terlihat telatah perempuan apabila dalam kumpulan mereka bersama2 perempuan apabila berbual dan ketawa suka meninggikan suara. Terutama sekali kalau ketawa. Dengan nada yang aku rasa tidak terkawal dan janggal.

Aku rasa eloklah mereka menjaga diri jangan sampai ketawa terbahak2 atau melampaui batas. Takkanlah itu pun mereka tidak perasan.

Bersopanlah sedikit. Agaknya mereka yang berbuat begini rasa kalau lelaki boleh buat mereka pun boleh!

Mungkinkah mereka menganggap perbuatan itu menunjukkan keserataan taraf. Maksudnya tiada beza taraf antara lelaki dan perempuan. Semua sama rata. Sementelah dunia sekarang ini
sudah maju. Sudah moden. Zaman teknologi!

Cuba perhatikan dalil berikut:

Allah SWT berfirman bermaksud: “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” – (Surah at-Taubah, ayat 82)


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Menjaga diri daripada suka atau ketawa melampaui batas mengingatkan kita supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Wallahualam

Friday, November 03, 2006

Jumaat - kemuliannya

JUMAAT adalah penghulu bagi segala hari.

Hari ini Nabi Adam dicipta, dimasukkannya kesyurga, dikeluarkan darinya.

Malah pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku.

Asalnya, umat terdahulu digesa untuk melakukan ibadah kepada Allah pada hari Jumaat. Namun, mereka memilih kesesatan. Maka orang Yahudi memilih Sabtu. Sedangkan orang Nasrani pula memilih hari Ahad.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kita adalah orang terakhir yang paling utama di hari kiamat kelak, meskipun mereka diberi kitab sebelum kita. Sesungguhnya hari ini (Jumaat) adalah hari Allah memberikan kewajipan kepada mereka, lalu mereka berbeza pendapat mengenainya. Maka Allah memberikan petunjuk kepada kita mengenai hari itu. Pada hari itu, orang akan mengikuti kita, Yahudi hari selepasnya, sedangkan Nasrani hari selepasnya lagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Firman Allah bermaksud:” Wahai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual beli.” (Surah al-Jumuah, ayat 9).

Wallahu alam

10 kebajikan

Setiap umat islam jika membuat kebajikan akan Allah balas dengan ganjaran 10 kebajikan.

Bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang sudah berlalu dan kini masuk pada bulan Shawal adalah baik jika disambung dengan puasa 6 hari lagi.  Hari ini sudah 11 Shawal 1427 jadi bagi mereka yang sudah menyambung puasa dari 2 Shawal bermakna selesailah 6 hari tadi.

Perlu diingat bulan Ramadhan yang lepas kita telah mendapat 30 kali 10 iaitu seumpama berpuasa 300 hari. Ditambah  pula dengan 6 hari dibulan Shawal itu seumpama bersamaan dengan 60 hari. Jadi dikira kesemuanya ia akan menjadi seumpama 360 hari. Bukankah itu seumpama setahun?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan enam hari bulan Syawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa. (Riwayat jemaah ahli hadis kecuali Bukhari dan Nasa’i).

Masalah:
Bagaimanakah rupa kebajikan itu?

Untuk memudahkan fahaman bayangkan seorang kanak yang baru diajar berpuasa. Setiap hari puasanya lengkap ibubapanya memberi seringgit. Kalau seringgit itu nilai satu kebajikan, bermakna kebajikan yang diberi Allah lebih 10 kali ganda -- tidakkah ia seumpama sepuluh ringgit!

Tetapi ganjaran kebajikan sebenar Allah itu akan kita ketahui kemudiannya...

Wallahu alam