Kasih Sayang
Kasih sayang ibubapa - kebanyakannya menjurus kepada kebaikan dan kebajikan anak2.
Mulai daripada lahirnya anak, ibu terutama secara azalinya akan memberikan tumpuannya terhadap anaknya tanpa sebarang paksaan. Perasaan kasih dan sayang akan timbul dengan sendirinya. Apa yang dirasai perlu akan diberikan kepada anak dengan rela hati. Kemahuan anak sering dipenuhi walaupun banyak rintangan pada dirinya akan dihadapi. Segala susah payah tidak akan dikira sangat. Tetapi apabila bergaul sesama rakan2 - kegembiraannya sering terlihat terutama apabila rakan2 memuji akan sesuatu kepandaian dan kecerdikan yang ada pada anaknya. Pada hal kadangkala pujian itu hanya penyedap telinga.
Begitulah yang terjadi dari zaman ke zaman hingga mungkin keakhir zaman.
Seringkali pula, kebanyakan anak2 kini - tidak pula mahu memikir hal sekeliling sejak daripada berakal. Ketika sudah boleh membuat sesuatu pekerjaan dengan baik. Sudah tahu membezakan baik dan buruk.
Biasanya jika perangai ini berterusan - ini bermakna anak2 itu tidak dapat berfungsi sebagai penerus genarasi. Penegak kebaijikan. Pembela diri. Tetapi - hal begini ada ramai pula yang menyangkal.
Sebagai contoh, sering diperhatikan - sekira ibubapanya sedang membuat sesuatu pekerjaan - tinggallah ibubapa itu berseorangan membuatnya. Anak yang tiada perasaaan ini akan lekas mengelakkan diri dari memberi bantuan atau setidak2nya sama menemankan ibubapa itu hingga habis kerja yang dibuatnya.
Daripada situasi demikian dapat disimpulkan - sesungguhnya tidakkah terfikir didalam hati anak itu - apakah perasaannya sekiranya ia pula dibuat begitu oleh kawan atau apabila sudah berpangkat ditinggalkan atau tidak dipedulikan oleh kakitangan bawahannya. Menanggunglah sakit didalam hati - dendam dan rasa geram.
Daritu fikirlah anak2 semua!
Anak mempunyai ibubapa. Apabila tiba giliran anak menjadi ibubapa mempunyai anak pula. Perkara seperti tersebut tadi akan dihadapinya pula. Ujian Allah akan sampai kepada anak untuk menjadi peringatan kepada yang berfikir. Pada yang tidak mahu mencari iktibar perkara itu berlaku sebagai satu kejadian sahaja.
Tetapi ingatlah - semuanya berlaku adalah dengan kehendak Allah. Kepaya yang hendak berfikir ia sebagai iktibar dan pelajaran sepanjang hayat.
Wallahu alam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home