Monday, April 30, 2007

Further Expansion of Grand Mosque Planned

Monday, 30, April, 2007 (12, Rabi` al-Thani, 1428)

P.K. Abdul Ghafour & Badea Abu Al-Naja, Arab News

JEDDAH, 30 April 2007 — Plans have been made to increase the capacity of the Grand Mosque in Makkah by 35 percent in order to accommodate the growing numbers of pilgrims and worshippers especially during the peak Haj and Umrah seasons, sources close to the project said.

The sources said that the Makkah Development Authority, the Makkah Municipality and the Presidency of the Two Holy Mosques’ Affairs are currently conducting intensive studies concerning the expansion project to be completed by 2020.

The Makkah Development Authority has approved the master plan for the development of the city’s central region. The plan aims at accommodating three million residents and eight million pilgrims. The Saudi Binladin Group has begun work on the expansion of the running area (masaa) between Safa and Marwa. The project aims at reducing overcrowding and will be completed before the next Haj season. Plans are under way to air-condition the entire built-up area of the mosque.

The Saudi government has spent more than SR70 billion on the expansion of the Two Holy Mosques in recent years. Each mosque can now hold more than a million worshippers at a time.

As part of efforts to develop Makkah’s central region, in 2005 Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah launched six major projects, including the SR12 billion Jabal Omar Residential Towers. Spread over 230,000 square meters, the Jabal Omar project includes five-star hotels, commercial centers and prayer facilities.

According to Habib Zain Al-Abidine, undersecretary at the Ministry of Municipal and Rural Affairs, some 25 new real estate projects are being carried out in the center of Makkah. The total cost will exceed SR100 billion.

Sami Barhameen, secretary-general of the Makkah Development Authority, said the development projects to be implemented around the Grand Mosque were designed to enable worshippers to follow the imam at the Grand Mosque during prayers. The projects will not affect the underground flow of Zamzam water.

Faek Ibrahim, a trader in Makkah, welcomed the government’s move to expand the central area. “This project will benefit everybody,” he told Arab News. Ibrahim has been doing business in the Muddai area located close to the Haram for several years.

He and many other Saudi traders were asked to vacate the area at the time of the last expansion project 15 years ago. “All traders who vacated the area were given substantial amounts in compensation,” he said. The expansion created more housing and prayer areas for pilgrims and worshippers.

Muhammad Alauddin, a resident of the Shamiya neighborhood, believes that the new projects in the central area will change the face of Makkah, removing disorganized neighborhoods and dilapidated buildings. However, he complained that expatriate workers have benefited most froom the expansion work. “As a result, many Saudi traders in the area have lost their businesses,” he pointed out. This has happened not only in Shamiya but also in other areas such as Harrat Al-Bab, Al-Hijrah, Shabaka and Gaza. Architect Mohammed Bazaid expressed his satisfaction over the continuous development of the central region. He said the new projects would transform Makkah into a world-class city. He also complained that non-Saudi workers have occupied most shops in areas surrounding the mosque.

Labels:

Friday, April 27, 2007

Makkah penempatan pertama manusia

Oleh Rosli Othman

Umat Islam dijanjikan pahala berlipat ganda bagi setiap ibadah di Tanah Haram

TANAH Haram bermaksud bumi yang dimuliakan. Haram di sini bermaksud haramnya melakukan sesuatu yang dibolehkan di Tanah Halal seperti memburu, mencabut dan memotong tumbuhan.

Di dalam Islam hanya ada dua tanah haram iaitu Makkah al-Mukaramah dan Madinah al-Munawarah. Mengunjungi kedua-dua tanah suci ini adalah impian hidup setiap Muslim.

Ia membenarkan doa Nabi Ibrahim seperti difirmankan dalam al-Quran: “Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah rezeki mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim, ayat 37)

Makkah adalah salah satu dari dua tanah haram. Diriwayatkan, Nabi Adam dan Hawa hidup di Makkah apabila dipertemukan semula selepas turun ke bumi dari syurga. Justeru, ia adalah penempatan pertama manusia di dunia ini.

Keluasannya seluas 550 kilometer persegi. Sempadan tanah haram dapat dilihat jelas. Ia diletakkan sejak zaman Nabi Ibrahim, diperbaharui oleh Rasulullah (SAW), Umar, Othman, Muawiyah dan pemerintah Islam sepanjang zaman.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya negeri ini telah dijadikan Allah sebagai tanah haram semasa ia menciptakan langit dan bumi lagi. Maka ia adalah sebagai tanah haram sehinggalah hari kiamat.”

Pegangan Mazhab Syafie dan jumhur ulama berpendapat, Makkah adalah bumi Allah paling mulia. Imam Malik dan sebahagian ulama pula berpendapat Madinah adalah bumi yang paling mulia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Demi Allah sesungguhnya engkaulah (wahai Makkah) sebaik-baik bumi Allah, bumi yang paling Allah kasihi, jika tidak kerana aku dikeluarkan darimu sekali-kali aku tidak akan keluar. (Riwayat al-Tirmizi dan an-Nasai)

Bumi Makkah amat istimewa, ia menjanjikan pahala berlipat ganda dan ganjaran bagi setiap kebajikan yang ditunaikan. Oleh itu, setiap jemaah mesti mengambil peluang ketika berada di sana menunjukkan rasa insaf dan bersyukur kerana terpilih sebagai tetamu Allah.

Ulama Hasan al-Basri menyatakan, “Sembahyang di Masjidil Haram lebih baik daripada 100,000 sembahyang, puasa di Makkah lebih baik daripada 100,000 puasa di tempat lain dan sedekah satu dirham lebih baik daripada 100,000 dirham dan setiap kebajikan digandakan sebanyak 100,000 kali.”

Berbanding dengan tanah halal, ada hukum khusus bagi Tanah Haram Makkah seperti dinyatakan Imam al-Nawawi:

  • Hendaklah berihram ketika memasuki Makkah. Sama ada ihram haji atau umrah. Ia adalah pandangan jumhur ulama. Namun, di dalam Mazhab al-Syafie hanya disunatkan berihram untuk memasuki Makkah jika kunjungan itu bukan bagi tujuan haji atau umrah.

    Bagi orang yang mengunjungi Makkah dengan niat menunaikan haji atau umrah, diwajibkan berihram sebelum melepasi miqat yang ditetapkan syarak iaitu sama ada di Yalamlam, Zatu Irqin, Juhfah, Zul Hulaifah atau Qarnul Manazil.

  • Diharamkan memburu binatang buruan di dalamnya sama ada menangkap, menghalau, membunuh atau membantu menangkapnya. Larangan ini terhadap semua manusia termasuk penduduk Makkah, miqat dan kawasan di antara miqat dan Makkah.

  • Diharamkan memotong, mematahkan dan mencabut pokok yang ada di Tanah Haram melainkan untuk tujuan diizinkan syarak.

  • Dilarang memindahkan batu dan tanah tanih dari Tanah Haram ke tanah halal fuqaha Mazhab Syafie berselisih pandangan adakah ia haram atau makruh. Namun Imam Nawawi menyatakan ia adalah haram di dalam Manasiknya.

  • Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Mazhab Jumhur, orang kafir diharamkan memasuki Makkah walaupun untuk sekadar lalu.

  • Tidak boleh memungut barang ciciran yang dijumpai di Tanah Haram melainkan jika dapat dikembalikan kepada empunya.

  • Dilipatgandakan diat (ganti rugi) bagi kesalahan membunuh yang dilakukan di Tanah Haram.

  • Diharamkan mengebumikan mayat orang musyrik di Tanah Haram

  • Dam hanya boleh dilaksanakan di Tanah Suci Makkah

  • Penduduk Makkah tidak dikenakan dam Tamattuk dan dam Qiran

  • Tiada waktu larangan solat di Makkah dan seluruh Tanah Haram.

  • Wajib menunaikan nazar untuk mengunjungi Makkah sama ada dengan ihram haji atau umrah. Manakala bernazar hendak mengunjungi tempat lain adalah tidak harus kecuali bernazar ke Makkah, Madinah dan Masjidil Aqsa.

  • Wajib menunaikan nazar untuk berkorban di Makkah, manakala bernazar untuk berkorban di tempat lain boleh dilaksanakan di mana-mana saja.

    Masjidil Haram adalah tumpuan utama jemaah untuk beribadah ketika di Makkah. Kawasannya meliputi Kaabah, dataran Kaabah yang menjadi medan tawaf dan ruang solat di sekitar Kaabah. Masjidil Haram adalah masjid pertama dibina di atas muka bumi.

    Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dari Abi Zar kata beliau: Aku bertanyakan Rasulullah SAW berkenaan masjid yang pertama dibina di atas muka bumi, Sabda Baginda SAW: Masjidil Haram, kemudian aku bertanya lagi: Selepas itu masjid mana? Sabda Baginda: Masjidil Aqsa, aku bertanya lagi: Berapakah tempoh antara keduanya. Sabda Baginda SAW: Empat puluh tahun. (Diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim)

    Perkataan Masjidil Haram disebut 15 kali dalam al-Quran. Ia menunjukkan kemuliaan dan keagungannya. Masjidil Haram dimuliakan sejak zaman sebelum Islam lagi.

    Orang Quraisy tidak akan memasukinya kecuali dengan menanggalkan kasut, dan tawaf dilakukan tanpa pakaian kerana mereka mempercayai pakaian mereka dikotori dosa. Orang lelaki melakukan tawaf pada siang hari, manakala wanita sebelah malam.

    Pada zaman Nabi Ibrahim hingga zaman Qusai, Masjidil Haram hanyalah sebuah kawasan tanah lapang tanpa sebarang bangunan.

    Ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 17 Hijrah, kawasan Masjid Haram buat pertama kalinya diperluaskan.

    Umar membeli kawasan sekitarnya dan menjadikannya kawasan masjid serta dibina pagar di sekelilingnya.

    Umar turut memerintahkan supaya lampu dipasang di dindingnya.

    Pada zaman Khalifah Uthman Affan pada tahun 26 Hijrah, sekali lagi Masjidil Haram ditambah menjangkau 2,040 meter persegi dan anjungnya pula dipasangkan bumbung untuk melindungi orang yang solat daripada kepanasan matahari.

    Seterusnya, proses pembesaran Masjidil Haram dilakukan dari semasa ke semasa oleh khulafa dan pemerintah Islam.

    Mereka adalah Abdullah ibn Zubir pada tahun 65 Hijrah, Abd Malik ibn Marwan (75 Hijrah), Al Walib ibn Abd Malik (91 Hijrah), Abu Jaafar Al Mansur pada tahun 137, Muhammad Al Mahdi pada tahun 160H dan 164H, Al Mu`tadhid (284 Hijah), Al Muqtadir Billah (306 Hijrah), pemerintahan Mamalik (802 Hijrah), pemerintah Uthmaniah (979-984 Hijrah), Kerajaan Saudi (1375 Hijrah) dan kali kedua oleh Al Marhum Khadimul Haramain Raja Fahd ibn Abdul Aziz (Safar 1409 H/1988 Masihi – Zulkaedah 1413 Hijrah/1993 Masihi), yang menjadikan kawasan Masjidil Haram seluas 278,OOO meter persegi dan mampu menampung seramai 694,000 jemaah pada satu satu masa. Lapangan sekitarnya pula adalah seluas 366,000 meter persegi yang mampu menampung sejumlah 220,000 jemaah pada satu-satu masa.

  • Penulis ialah Pengkursus Ibadat Haji Lembaga Tabung Haji
  • Labels:

    Saturday, April 21, 2007

    Menderhaka termasuk antara dosa besar


    SABDA Rasulullah SAW yang maksudnya: “Reda Allah bergantung pada reda dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat al-Hakim)

    Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab ketika mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

    Ketika kedua-dua ibu bapa masih hidup, anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak.

    Di antara adab yang mesti dipraktikkan, sentiasa berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaiknya.

    Apabila kedua-duanya meninggal dunia, menjadi tanggungjawab anak mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menziarahi pusara, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, menggantikan puasa yang terhutang, menunaikan haji jika mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai ketika hayat mereka.

    Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun sudah mempunyai keluarga sendiri, wajib mentaati dan menghormati ibu bapa. Anak yang tidak mentaati ibu bapa dianggap anak derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa besar.

    Anak perlu insaf, kelahiran mereka di dunia ini adalah hasil perjuangan ayah dan ibunya.

    Anak yang derhaka melupakan segala sumbangan orang tuanya sebelum ini. Sikap tersebut boleh melukakan hati ayah dan ibu, sehingga boleh dianggap sebagai derhaka.

    Setiap anak yang derhaka akan dilaknat Allah, amalan dan ibadat mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik dilakukan sepanjang hayatnya menjadi sia-sia.

    Oleh itu, Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

    Jangan sampai kita dianggap sebagai golongan yang bakal terseksa di akhirat kelak.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Monday, April 16, 2007

    Bertangguh buat amal punca hati ‘menganggur’


    HATI yang menganggur lebih berbahaya daripada tubuh badan yang sakit. Seseorang yang memiliki hati pasif, diam dan tiada gerakan ibadat sebenarnya sudah mati sebelum dicabut nyawanya. Kekosongan hati timbul akibat lemahnya semangat manusia untuk bangkit dan melawan keinginan hawa nafsu.

    Kita perlukan semangat melupakan kesedihan, bangkit dan berjuang melawan musuh yang nyata iaitu syaitan. Tiada seorang manusia yang tetap tinggi kedudukan imannya. Ada kala dia terjatuh dan tersungkur, kemudian menyesali kelalaian dan kembali bertaubat. Ini digambarkan dalam al-Quran bermaksud:“Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” Surah Ali Imran: Ayat 135

    Hati menganggur, malas dan berputus asa ada ciri-ciri sebagai berikut:

    Berlebih-lebihan melakukan perkara mubah. Terlalu banyak berehat, santai dan mengisi kekosongan masa dengan hiburan, makanan, tidur yang panjang, bermain dan bergurau, banyak tertawa, panjang angan-angan dan semua itu berbahaya jika diteruskan dalam kegiatan seharian. Kehidupan serba senang tanpa cabaran dan tekanan membuat manusia lupa diri dan lemah semangat bila ditimpa susah. Berhati-hati jika terus berada dalam zon selesa. Orang mukmin hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan paling teruk yang menghalangnya.

    Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan RA yang hidup sebagai Khalifah paling berkuasa selama berpuluh-puluh tahun pernah berkata: “Aku memakai pakaian daripada semua jenis kain, tetapi tidak pernah menemui sehelai pakaian terbaik setanding pakaian takwa. Aku juga sudah merasai semua jenis makanan, tetapi tidak pernah menemui kelazatan seperti kelazatan sabar. Aku memiliki segala jenis kenikmatan, tetapi tiada kenikmatan mampu menandingi kenikmatan duduk mendekatkan diriku kepada Allah SWT.”

    Anggota badannya menolak hidayah Allah SWT. Pernahkah anda berasakan suara hati anda menyuruh berbuat baik, melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat? Sebenarnya dalam jasad manusia ada yang mempengaruhi hati dan perasaannya, adakah ia unsur malaikat atau unsur syaitan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia diiringi temannya daripada bangsa jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Sahabat bertanya: “Pada dirimu juga ya Rasulullah? Sabda baginda: Padaku juga begitu, tetapi Allah Taala menolongku terhadapnya sehingga ia tiada menyuruhku melainkan kebaikan saja.” (Hadis riwayat Muslim)

    Hati yang suka menganggur menjadikan syaitan sebagai teman karibnya. Sementara hati yang aktif dan positif gerakannya dipengaruhi hidayah Allah SWT. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu menggerakkan kita berbuat baik. Hidayah-Nya saja menunjuk kita ke arah jalan selamat. Namun, ramai manusia menolak hidayah Allah SWT. Mereka lahir sebagai orang Islam, tetapi tidak mahu belajar agama Islam. Mereka dipilih Allah SWT sebagai hamba-Nya yang beriman, tetapi membiarkan dirinya kecundang oleh bisikan nafsu dan syaitan. Mengapa kita menolak hidayah Allah SWT yang berada di dalam hati kita? Allah Taala berfirman bermaksud: “Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai. (Surah Al-A'raf ayat: 179).

    Biasanya masa membuat mereka bertangguh menerima hidayah Allah SWT. Sampai bila harus menunggu? Jika tulang rapuh dan mata menjadi rabun, fikiran bercelaru, mengapa menunggu kematian menjemput, padahal setiap hari hidayah Allah SWT itu turun ke hati kita. Suka bergaul dengan ahli kelab penganggur. Persekitaran mempengaruhi keperibadian kita. Jika suka duduk bersama dan mendengar perbualan ahli perniagaan berjaya atau pakar motivasi hebat, kita semestinya terpengaruh dengan kata rangsangan dan galakan untuk lebih berjaya. Namun, jika melepak bersama orang bermentaliti lemah dan kualiti kehidupannya juga rendah, sedikit sebanyak ada pengaruh ditinggalkan dalam karakter diri kita. Lebih baik rajin di dunia dan menganggur di akhirat selama-lamanya daripada memanjangkan angan-angan di sini, namun sengsara tiada penghujungnya di akhirat.

    Penulis bertugas di Pejabat Mufti Negeri Sarawak

    Hormati ibu bapa amalan berterusan

    Oleh Mohd Shukri Hanapi

    Rasulullah anggap menderhaka kepada orang tua dosa besar selepas syirik

    ISLAM mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai.

    Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.

    Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).

    FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).

    Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)

    Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.

    Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT.

    Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, “Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw).” (Riwayat Muslim).

    Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan.”

    Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu – tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman ayat 14-15).

    Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam.

    Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

    Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?

    Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)

    Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.” (Riwayat Muslim)

    Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya.

    Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

    Saturday, April 14, 2007

    Sembahyang hajat dan bertawakal...

    Dalam Islam, sesuatu kejadian yang menimpa seseorang hendaklah dilihat sebagai satu musibah untuk menguji kesabaran serta kecekalan manusia dalam kehidupan mereka. Berlakunya sesuatu musibah itu, pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.

    Untuk menjadikan harapan itu suatu realiti, Islam mengajar kita supaya mendapatkan apa yang dihajati dan tindakan itu menghubungkan kita kepada Allah.

    Tindakan itu ialah berusaha dengan meminta pertolongan orang lain jika boleh, berdoa dan bertawakal kepada Allah.

    Firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong bantu untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong bantu pada melakukan dosa.” (Surah al-Maidah, ayat 2)

    Selepas berusaha, Islam mengajar supaya bermohon kepada Allah diperkenankan oleh-Nya. Sememangnya Allah menyuruh hambanya memohon kepada-Nya seperti firman yang bermaksud: “Dan berkatalah Tuhan kepada kamu; berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan menerima permohonan kamu.” (Surah Ghafir, ayat 60)

    Di samping itu, apabila adanya sesuatu hajat atau keperluan yang mendesak, sebaiknya kita menunaikan solat hajat. Imam Ghazali menjelaskan, sesiapa yang terdesak dalam suatu urusan mahupun rasa perlu dalam urusan dunia atau agama, supaya ia terlepas daripada kesempitan, hendaklah mengerjakan solah hajat.

    Seterusnya, selepas berusaha dan berdoa kepada Allah, bolehlah bertawakal kepada-Nya kerana tiada tempat untuk bergantung melainkan kepada Allah dalam menempuh kehidupan yang penuh gelora ini.

    Allah berfirman yang bermaksud: “Bukankah Allah SWT cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya.” (Surah Az-Zumar, ayat 36)

    Selepas berusaha, berdoa dan berserah kepada Allah dalam segala urusannya, insan akan rasa tenang walau apapun ketentuan yang mendatang, kerana itulah ketentuan diberikan Allah ke atasnya. Sesungguhnya sesiapa yang berserah kepada Allah, Allah akan menjaganya.

    Hal ini dijelaskan Ibn Abbas yang menyatakan, bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Jagalah Allah, nescaya Allah menjaga engkau. Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapatkan-Nya di hadapan engkau. Kenalilah Allah waktu senang, nescaya Dia mengenal engkau waktu susah. Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh umat berkumpul untuk memudaratkan engkau yang kemudaratan itu tidak ditetapkan untuk engkau, maka mereka tidak akan dapat memudaratkan engkau. Dan seandainya mereka hendak memberikan manfaat dengan sesuatu yang tidak ditetapkan untuk engkau, maka mereka tidak mampu memberikan manfaat kepadamu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

    Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
    Pensyarah Kanan Di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,
    Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Friday, April 13, 2007

    Bersederhana melakukan umrah

    Bersama Tabung Haji


    ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.”– (Surah al-Baqarah, ayat 196)

    Sabda Rasulullah yang maksudnya: “Di antara satu umrah dengan satu umrah yang lain itu adalah penebus dosa di antara tempoh kedua-duanya dan haji yang diterima (mabrur) itu tiada balasannya melainkan syurga.” – (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Dua nas di atas menggambarkan kewajipan haji dan umrah serta kelebihannya. Ini bertepatan dengan huraian hadis berkenaan kewajipan haji dan umrah serta kelebihannya dalam huraian kitab muktabar Sahih Bukhari atau Sahih Muslim.

    Pengertian haji dari segi bahasa mengqasadkan sesuatu. Haji dalam istilah syarak ialah mengqasadkan dalam hati untuk mengunjungi kaabah bagi pekerjaan nusuk di Baitullah Al-Haram dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wuquf di Arafah menurut syaratnya serta menunaikan segala wajibnya.

    Umrah dari segi bahasa bermakna ziarah, manakala pada istilah syarak, menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, saie dengan menurut syaratnya serta menunaikan segala wajibnya.

    Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai manusia, telah difardukan ke atas kamu haji. Bertanya seorang lelaki adakah setiap tahun ya Rasulullah. Maka Nabi diam, sehingga lelaki itu bertanya sebanyak tiga kali. Maka Rasulullah bersabda: Jika aku berkata ya, nescaya akan diwajibkan ke atas kamu (setiap tahun) dan kamu sekali-kali tidak mampu untuk menunaikannya.”

    Dapat difahami, fardu haji cuma sekali seumur hidup. Walau bagaimanapun wajib ibadat haji di dalam Mazhab Syafie boleh dikemudiankan. Kefarduan umrah pula adalah sama seperti wajib haji.

    Ulama berbeza pendapat mengenai bila haji difardukan dan pendapat paling tepat, haji diwajibkan pada tahun keenam Hijrah. Adapun Nabi SAW menunaikan fardu haji pada tahun ke-10 Hijrah.

    Dalam Mukhtasar Sahih Bukhari karangan Imam Zainudin Ahmad Abdul Latif al-Zubaidi terbitan Dar al-Nafais meriwayatkan: Anas pernah ditanya berapa kali Nabi SAW melakukan umrah. Beliau menjawab empat kali. Sekali ketika mengerjakan umrah di Hudaibiah yang ditegah oleh musyrikin Makkah, sekali pada tahun selepasnya juga di dalam bulan Zulkaedah seperti dalam perjanjian Hudaibiah. Sekali umrah di Ja’ranah ketika pembahagian rampasan perang Hunain.

    Bara’ bin A’zib pula meriwayatkan Rasulullah SAW menunaikan dua kali umrah dalam bulan Zulkaedah sebelum menunaikan haji pada tahun wada’.

    Percanggahan antara dua perawi di atas menampakkan seolah-olah Nabi SAW membuat umrah sebanyak lima kali, tetapi apabila dibuat pemerhatian dapat dirumuskan Nabi SAW membuat umrah secara sempurna sebanyak empat kali.

    Sekali selepas setahun perjanjian Hudaibiah, sekali ketika pembahagian rampasan perang Hunain dan dua kali ketika baginda menunaikan haji Akbar tahun ke-10 Hijrah. Umrah Nabi SAW yang pertama tidak dikira kerana ihsar atas tegahan kaum musyrikin Makkah.

    Rentetan kisah di atas juga, miqat niat umrah boleh dilakukan di Hudaibiah, Ja’ranah dan Tanaim.

    Dapatlah kita mengambil pelajaran bahawa pekerjaan umrah satu ibadat dituntut dan bersederhana ketika menunaikannya. Dikhuatiri melakukan ibadat umrah dengan cara melampau seperti melakukan dua kali sehari boleh memudaratkan kesihatan.

    Daripada Zaid bin Thabit, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekali saja (bagi seseorang Muslim yang cukup syarat-syaratnya) bolehlah dikerjakan yang mana satu dulu (sama ada haji ataupun umrah). – (Hadis riwayat al-Dailami)

    Hadis itu membawa beberapa maksud:

    l Jika seseorang itu mengerjakan ibadat haji dulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah di tahun sama maka dinamakan haji Ifrad.

    l Jika seseorang itu mengerjakan ibadat umrah dulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan ibadat haji di tahun yang sama dinamakan haji Tamattu’.

    Adapun cara mengerjakan haji dan umrah yang menjadi amalan rakyat Malaysia bolehlah dikategorikan kepada tiga perkara:

    Haji Ifrad - mengerjakan haji dulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah.

    Haji Tamattu - mengerjakan umrah terlebih dulu dalam bulan haji. Kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga.

    Haji Qiran - berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji saja atau berniat mengerjakan umrah tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan haji.

    Saturday, April 07, 2007

    Kaabah



    Rajah 1: Kaabah

    Rajah di atas menunjukkan kedudukan Kaabah mengikut arah kompas. Secara kebetulan Hajar Aswad adalah mengadap ke timur. Rukun Yamani arah ke selatan. Dan Rukun Shami ke utara. Rajah 1 di atas juga menunjukkan kedudukan Kaabah hampir2 tepat pada arah kompas.

    Wallahuaalam

    Labels:

    Sakit, musibah uji tahap keimanan Muslim

    Sakit adalah antara musibah yang Allah timpakan.

    Tetapi, ada ketikanya manusia akan berdepan dengan musibah sakit tetapi ia bukan azab ditimpakan Allah kerana kemurkaan dan kebencian sebaliknya, ia sebahagian daripada kasih sayang Allah dan perhatian-Nya kepada orang beriman.

    Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya seorang yang beriman ketika ditimpa musibah sakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang dia lakukan sebelumnya, sekali gus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

    Mungkin timbul persoalan mengapa Allah menghapuskan dosa orang Mukmin yang sedang sakit?

    Dapat disimpulkan dua sebab iaitu faktor kesabarannya dan juga sikap optimisnya ketika menghadapi menerima musibah itu.

    Oleh itu, sakit seharusnya dihadapi dan diterima sebagai ujian kesabaran dengan lapang dada dan terbuka. Bukankah Allah selalu menyebut bahawa Dia akan bersama dengan orang sabar, termasuk sabar dalam kesakitan.

    Firman Allah yang bermaksud: “...kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

    Kedua, faktor keinsafan dan kesedaran yang mula timbul apabila seseorang jatuh sakit. Masa sakit pada asasnya satu detik bagi seseorang untuk merenung, mencermin diri dan bermuhasabah terhadap segala perbuatannya yang lalu.

    Seorang Muslim sejati akan menjadikan masa sakit sebagai wadah bermuhasabah, sejauh manakah dia menurut segala perintah Ilahi dan menjauhi larangan-Nya pada saat dia sihat.

    Sakit juga isyarat bahawa manusia adalah makhluk lemah dan kerdil yang tidak dapat berbuat apa-apa, masih memerlukan hidayah serta pertolongan Allah yang Maha Berkuasa.

    Dalam menangani musibah sakit, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya melalui sabda Baginda yang bermaksud: “Bersihkanlah hartamu dengan zakat, ubatilah sakitmu dengan sedekah dan tolaklah olehmu musibah-musibah dengan doa (yang ikhlas).” (Hadis riwayat Tabrani)

    Demikian nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya berkaitan permasalahan dihadapi umatnya. Dalam hadis itu, Rasulullah SAW memberikan kunci untuk menjalani kehidupan yang mencabar ini.

    Harta amat dicari setiap insan di muka bumi ini. Oleh itu, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya supaya mencari harta sebanyak mungkin. Malah, Rasulullah SAW sendiri contoh terbaik sebagai pedagang berjaya.

    Namun, Islam mengajar umatnya bahawa harta yang diperoleh tidak akan suci melainkan selepas dikeluarkan zakatnya. Kewajipan berzakat jelas dalam al-Quran.

    Allah berfirman bermaksud: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk); dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.” (Surah al-Taubah, ayat 103)

    Sakit adalah sebahagian daripada fasa peralihan kehidupan manusia. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Berubatlah kerana tidak ada satu penyakit diturunkan Allah melainkan diturunkan juga ubat penawarnya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit tua.” (Hadis riwayat Abu Dawud & Tirmizi)

    Salah satu daripada penawar sakit adalah memperbanyakkan sedekah kerana setiap sedekah dikeluarkan mengandungi makna keberkatan dan nilai doa, lebih-lebih lagi jika sedekah disumbangkan kepada orang yang benar-benar memerlukan.

    Imam Muslim ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sentiasa mendoakan orang bersedekah dengan doanya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Rahmatilah mereka”.

    Musibah yang menimpa pada hakikatnya akibat berpunca daripada tangan manusia sendiri.

    Bukankah Allah sudah berfirman bermaksud: “Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang sudah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah al-Rum, ayat 41)

    Justeru, untuk menghindari dan menyelamatkan diri daripada musibah itu, menjadi kewajipan Muslim untuk memperbanyakkan doa supaya Allah melindungi diri kita daripada bahaya.

    Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepada-Nya dengan merendah diri (secara terang-terangan) dan secara bersembunyi, dengan berkata: Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini, nescaya jadilah kami dari orang-orang yang bersyukur.” (Surah al-An’am, ayat 63)

    INTI PATI
    Manusia diuji Allah sama ada dia insan sabar dan optimis atau mudah berputus asa serta pesimis.

    Sakit adalah antara musibah yang Allah timpakan.

    Musibah sakit sebahagian daripada kasih sayang Allah dan perhatian-Nya kepada orang beriman.

    Masa sakit adalah detik bagi seseorang merenung, mencermin diri dan bermuhasabah terhadap perbuatannya yang lalu.

    Satu daripada penawar sakit adalah memperbanyakkan sedekah.

    Untuk menghindari daripada musibah, menjadi kewajipan Muslim untuk memperbanyakkan doa supaya Allah melindungi daripada bahaya

    Sakit adalah isyarat bahawa manusia makhluk lemah, kerdil dan tidak dapat berbuat apa-apa serta memerlukan hidayah dan pertolongan Allah SWT.

    Sakit seharusnya dihadapi dan diterima sebagai ujian kesabaran dengan lapang dada dan terbuka.

    Friday, April 06, 2007

    Panduan Ringkas untuk Haji

    Haji
    Haji dilakukan setahun sekali.

    Untuk megerjakan haji ia melibatkan rukun haji dan wajib haji.

    Secara ringkas jika rukun haji tidak sempurna kerana hal tertentu ia tidak dikira haji malah dikenakan denda atau dam kerana tidak selesai serta dituntut untuk mengulang semula haji pada tahun berikutnya tanpa ditangguh. Sedangkan wajib haji jika tidak sempurna atas hal tertentu boleh ditampung dengan dam dan haji itu dikira sah.

    Rukun Haji
    Biasanya rukun haji disenaraikan seperti berikut:
    1. Niat di miqat dan mesti telah masuk bulan2 haji
    2. Wukuf di arfah
    3. Tawaf di Kaabah
    4. Sai antara Safar dan Marwah
    5. Bercukur
    6. Tertib

    Wajib Haji
    Antara perkara2 dalam wajib haji ialah:
    1. Ihram dan berpantang dalam ihram
    2. Mabit [bermalam] di Muzdalifah
    3. Melontar jumrah aqabah
    4. Mabit [bermalam] di Mina
    5. Melontar 3 jumrah pada hari2 tasyrik

    Peta lokasi
    Rajah 1 dibawah menunjukkan lokasi dan panduan dimana rukun2 haji dan wajib2 haji dilaksanakan.

























    Rajah 1 – Lokasi perjalanan Haji dan Penerangan ringkas:

    Pada peta di atas dicatatkan tarikh hari yang perlu diambil perhatian.
    Disitu dicatatkan seperti berikut:
    - Pada 8 Zulhijjah berangkat dari Mekah keArafah.
    - Tunggu disitu. 9 Zulhijjah hari wukuf.
    - Selepas tengah malam 10 Zulhijjah masuk Muzdalifah.
    - Pagi 10 Zuhijjah - melontar 7 anak batu di Jamratul Aqabah dan bercukur, bermakna sudah sah tahlul awal.
    - Mabit di Mina melibatkan bermalam selama 3 malam iaitu sebelum masuk malam2 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Tiap2 harinya pula diwajibkan melontar 7 biji batu ditiap2 jamrah bermula dengan Ula, Wusta dan Aqabah.
    ------

    Selepas berniat di miqat bemulalah rukun dan wajib haji.

    Pada 9 zulhijjah jemaah haji mesti berada walaupun sesaat di Padang Arafah. Waktu mula wukuf ialah selepas gelincir matahari atau masuk waktu zohor.

    Sebelah malamnya nanti iaitu malam 10 Zulhijjah selepas tengah malam atau lepas 12 malam barulah masuk ke Muzdalifah. Disunatkan mengutip 7 biji anak2 batu.

    Selepas subuh 10 Zulhijjah bolehlah melontar 7 biji anak batu di jamratul Aqabah sahaja di Mina.
    Selesai sahaja melontar 7 bjij anak batu digalakkan bercukur. Ini membolehkan seseorang untuk menukar pakaian ihram ke pakaian biasa ia juga dikenali sebagai tahlul awal. Tahlul awal juga bermakna setengah daripada larangan dalam ihram sudah terangkat.

    Ambil perhatian
    - Bercukur itu ialah rukun haji tetapi dilakukan semasa diMina semasa membuat wajib haji.

    Petang itu sebelum masuk 11 Zulhijjah jemaah haji diwajibkan berada di Mina untuk melakukan mabit [bermalam] di Mina. Sekurang2 mabid dikira - mesti berada separuh daripada malam. Iaitu hendaklah melepasi 12 malam.

    Selepas gelincir matahari pada hari 11 Zulhijjah mulalah majukan ke jumrah untuk melontar. Mulakan dengan melontar 7 anak batu di Jamrahtul Ula. Kemudian 7 biji batu lagi di Jamrahtul Wusta dan diakhiri dengan 7 biji batu lagi di Jamratul Aqabah. Pastikan semua batu dilontar satu persatu dan yakin masuk kedalam jamrah.

    Petangnya pula sebelum masuk 12 Zulhijjah sekali lagi berada di Mina untuk mabid malam kedua.

    Esoknya selepas gelincir matahari lontar 3 jumrah yang sama. Mulakan dengan 7 batu di Ula, 7 di Wusta dan 7 batu di Aqabah.

    Ambil Perhatian
    - Bagi yang hendak melakukan nafal awal hendaklah berniat meninggalkan Mina sebaik sahaja lepas melontar 7 batu dijamrahtul Ula, 7 batu di jamratul wusta dan 7 batu lagi di Jamratul Aqabah pada 12 Zulhijjah dan jangan datang lagi ke Mina.


    Petangnya tunggu masuk malam 13 Zulhijjah hingga sekurang2nya setengah malam atau lepas pukul 12 malam.

    Untuk kali terakhir esoknya melontar lagi seperti hari sebelumnya.

    Habis melontar hari ke3 atau 13 Zulhijjah balik ke Mekah untuk melakukan tawaf dan sai [jika belum lagi dilakukan – bagi yang masuk Mekah dahulu dengan niat Haji dan telah melaksanakan tawaf qudum. Jika tidak bersai dahulu - lengkapkan tawaf dan sai].

    Selesai sahaja semua rukun dan wajib haji seseorang itu sudah ditafrif sebagai sudah tahlul thani. Ini bermaksud kerja haji sudah sempurna dan semua larangan ihram sudah terangkat semuanya. Jadilah seseorang itu berkeadaan seperti sediakala.

    Ambil Perhatian: - Balik ke Mekah selepas 13 Zulhijjah dikatakan nafal thani.

    Wallahu 'alam.

    Labels:

    Monday, April 02, 2007

    Imam Mahadi

    Oleh Nasron Sira Rahim

    Sunnah tidak menentukan identiti penegak kebenaran insan akhir zaman

    Siapakah sebenarnya Imam Mahadi mengikut doktrin Islam dan bagaimana untuk mengenal pasti pembawa ajaran sesat yang mempergunakan nama tokoh itu?

    Bagi menjawab persoalan itu, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Profesor Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, berkata Imam Mahadi adalah tokoh yang kemunculannya akan melengkapkan tanda besar kiamat seperti sabda Rasulullah SAW: “Belum lagi terjadi kiamat sehingga bumi ini dipenuhi kezaliman dan permusuhan. Kemudian lahirlah daripada keturunanku atau keluargaku orang yang memenuhi dunia dengan keadilan dan kedamaian. Dunia dipenuhi keadilan seperti dipenuhi kezaliman dan permusuhan sebelumnya.” – (Riwayat Ahmad).

    Dr Wan Zailan berkata, kemunculan Imam Mahadi adalah sesuatu yang pasti dalam ajaran Islam malah ada kira-kira 6,000 hadis termasuk hadis sahih meriwayatkan mengenainya.

    Menerusi hadis berkenaan, kisah kemunculan Imam Mahadi dapat diceritakan seperti berikut:

    Pada hari terakhir sebelum bumi dihancurkan (kiamat), kerosakan dan kemusnahan berlaku di mana-mana; pembunuhan demi pembunuhan berterusan tanpa henti, keruntuhan akhlak dan kekejaman berjalan seiring putaran waktu.

    Muncul makhluk kejam digelar Dajal dan dengan pelbagai kekuatan sihirnya, dia mengaku sebagai Tuhan. Lalu di bawah pengaruhnya, ramai manusia syirik dan terlalu jauh meninggalkan petunjuk agama. Ajaran Allah SWT diingkari secara terang-terangan, solat dan zakat diabaikan, arak menjadi minuman kegemaran, zina dan pembunuhan pula menjadi satu keseronokan.

    Terlalu sedikit umat Islam yang berpegang teguh kepada keimanan dan suruhan Allah SWT ketika itu. Kemungkaran, kezaliman dan kesesatan mencapai kemuncak muktamadnya sehingga pelbagai usaha dilakukan golongan beriman tidak lagi mampu mengubah apa-apa.

    Penindasan dan kekufuran terus bermaharajalela tetapi golongan mukmin ketika itu tidak berputus asa dalam usaha menangani kemungkaran itu selain menadah kedua-dua belah tangan untuk terus mengharapkan pertolongan Allah SWT.

    Lalu ketika itulah Allah menunaikan janji-Nya dan seorang penyelamat diturunkan. Penyelamat itu ialah lelaki yang berasal daripada keturunan Rasulullah SAW menerusi salasilah cucu baginda, Hussain Ali; nama dan akhlaknya mulia seperti Nabi Muhammad SAW.

    Penyelamat itu akan memimpin pengikut memerangi kezaliman dan kejahatan yang diketuai Dajal, seterusnya mengembalikan kesyumulan Islam baik dari segi politik, sosial dan cara hidup ke seluruh dunia.

    Dalam usahanya itu, beliau akan berpadu tenaga dengan seorang Rasul sebelum Nabi Muhammad SAW seperti sabda baginda: “Berpalinglah Imam Mahadi dan sesungguhnya sudah turunlah Isa bin Maryam. Nabi Isa itu seolah-olah menitis air daripada rambutnya. Mahadi berkata kepada Nabi Isa: “Majulah untuk mengimami orang ramai ini.” Isa bin Maryam berkata: “Bukankah sudah diiqamatkan solat bagimu?” Kemudian Nabi Isa pun solat di belakang seorang lelaki daripada keturunanku.” – (Riwayat Tabrani).

    Demikianlah antara kisah yang akan berlaku ketika kemunculan Imam Mahadi tetapi selain urutan peristiwa itu, ada pelbagai lagi hadis yang dikaitkan dengan tokoh terbabit seperti keadaan fizikal dan peribadinya.

    Bagaimanapun, Dr Wan Zailan berkata, untuk membicarakan kisah atau perwatakan Imam Mahadi dengan lebih lanjut adalah sesuatu yang sukar, lantaran ia menjadi isu yang sentiasa menimbulkan konflik terutama membabitkan permasalahan mazhab Syiah dan Sunnah.

    Katanya, penjelasan mengenai Imam Mahadi lebih banyak dalam ajaran Syiah berbanding ahli Sunnah. Sunnah tidak menentukan identiti sebenar Imam Mahadi melainkan nama asalnya sama nama Nabi Muhammad SAW, beliau daripada keturunan Rasulullah, hidungnya mancung dan dahinya luas dan tugasnya membawa kebenaran dan keadilan untuk mengganti kezaliman dan kerosakan penghuni bumi pada akhir zaman.

    “Syiah pula menakrifkan Imam Mahadi menerusi konsep ‘Imam 12’ di mana Imam Mahadi adalah generasi ke-12 daripada keturunan Rasulullah SAW menerusi cucu baginda, Hussain bin Ali,” katanya.

    Syiah berpendapat Imam Mahadi sudah dilahirkan pada 869 Masihi (era pemerintahan Abasiyah) iaitu Muhammad bin al-Hasan al-'Askari. Tokoh itu disembunyikan daripada musuh selepas bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia empat tahun.

    Seterusnya Imam ke-12 itu dikatakan dighaibkan Allah SWT daripada penglihatan manusia dan akan kembali dijelmakan untuk memerangi Dajal dan kemungkaran pada akhir zaman.

    Konsep ghaibnya Imam Mahadi daripada pandangan manusia adalah tidak bertentangan dengan Islam dan hukum alam kerana jin juga tidak mampu dilihat manusia. Usia Imam Mahadi yang panjang serta mampu hidup ribuan tahun sehingga dijelmakan pada akhir zaman juga tidak mustahil kerana pemuda Ashabul Kahfi seperti diceritakan al-Quran mampu hidup ratusan tahun, dengan izin Allah.

    Sesetengah pengkaji percaya Imam Mahadi masih berada di dunia ini tapi tidak dilihat manusia, beliau dighaibkan Allah untuk meninjau dan mengkaji bagaimana kezaliman berleluasa di dunia ini melewati waktu seterusnya membuat persediaan mental dan fizikal untuk menghadapinya.

    Allah mampu menghapuskan kezaliman dengan hanya berkata ‘kun fayakun’ (jadi, maka jadilah). Akan tetapi Allah akan mengembalikan keadilan dan menghapuskan kemungkaran pada akhir zaman secara semula jadi iaitu dengan peperangan seperti Rasulullah berperang menentang kezaliman. Justeru, untuk memerangi kemungkaran akhir zaman yang hebat dengan pelbagai senjata pemusnah termasuk nuklear, Imam Mahadi perlu membuat persediaan.

    Dr Wan Zailan bagaimanapun berkata, membincangkan persoalan siapakah Imam Mahadi pasti akan mencetuskan isu perbezaan mazhab yang tidak berkesudahan, justeru kaedah terbaik adalah dengan meninjau falsafah kewujudannya dalam Islam.

    “Imam Mahadi adalah inspirasi golongan tertindas yang keadilan akhirnya akan menang dan mengatasi kezaliman, cuma umat Islam tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan pertolongan Allah SWT dan harus berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

    Bagaimana untuk mengenal pasti pembawa ajaran sesat yang mempergunakan nama Imam Mahadi dengan mengakui kononnya merekalah tokoh itu? Bagi menjawab persoalan itu, Dr Wan Zailan berkata:

    “Imam Mahadi tidak akan muncul pada waktu ini kerana umat Islam masih belum berusaha bersungguh-sungguh menangani kezaliman; banyak perkara mungkar berlaku tetapi umat Islam masih tidak berbuat apa-apa melainkan mendiamkan diri. Selepas berusaha bersungguh-sungguh memerangi kezaliman dan tidak berputus asa, barulah Allah mengutuskan Imam Mahadi sebagai bantuan.”

    Bagi mengelakkan pengaruh sesat golongan ini juga, seorang pengkaji Imam Mahadi pernah menulis: “Dia (Imam Mahadi) tidak mendakwa dirinya Imam Mahadi dan mengajak manusia supaya mengikutnya. Mengikut riwayat, dia sendiri pun tidak tahu yang dirinya Imam Mahadi (yang dinyatakan Allah) dan tidak suka dilantik atau dibaiat orang sebagai al-Imam, tidak suka disanjung orang.”

    Mengikut keterangan pengkaji itu lagi, manusia ketika itu dengan sendirinya akan melantik tokoh itu untuk memimpin mereka memerangi kejahatan tanpa perlu tokoh itu berkempen mendakwa dirinya Imam Mahadi malah masyarakat juga tidak mengetahui yang tokoh dilantik mereka itulah Imam Mahadi. Begitulah mulianya sikap rendah diri dan takutkan Allah SWT yang ada dalam jiwa tokoh itu ketika memegang tanggungjawab besar.

    Justeru, jika ada seseorang yang hadir ketika ini dan mengaku pula yang dia itulah ‘Imam Mahadi’, nescaya orang itu membawa ajaran sesat!

    Sunday, April 01, 2007

    Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah


    “SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)

    Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat di .

    Umat Islam seluruh dunia merayakannya Hari Keputeraan Rasulullah SAW dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, serta dijadikan cuti umum setiap tahun.

    Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cintanya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).

    Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-Ahzab: 6)

    Dalam sistem khilafah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)

    Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya’.

    Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.

    Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.

    Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah al-Ahzab: 33)

    Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)

    Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan ‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.

    Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.

    Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).

    Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.

    Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’ protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: “... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’ (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.

    Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.

    Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja.”

    Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.

    Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.

    “Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)

    Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura: 23).

    Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku.”