Kursus Haji [15] Wajib Haji Pertama
Wajib Haji
Pertama - Ihram dari Miqat
Ertinya menjatuhkan niat ihram dari miqat. Dan bermula miqat itu tertentu pada masa beribadat dan tempatnya. Dengan ini miqat terbagi kepada 2:
1. Miqat zamani bagi haji ialah dari Bulan Syawal hingga 10 hari daripada bulan Zulhijjah.
Daritu jika seseorang itu berniat ihram haji pada bulan lain daripada yang tersebut nescaya jatuhlah ihramnya ihram umrah.
2. Miqat makani bagi haji iaitu terkadang:
a. bagi hak orang yang berada pada Kota Makkah sekalipun pendatang iaitu Makkah itu sendiri.
b. bagi orang yang lain daripada hak orang Makkah adalah seperti berikut:
i. Zulhulaifah - Abyar Ali - orang yang datang dari Madinah dan Sham
ii. Juhfah - Rabi' - orang yang datang dari Mesir dan Maghrib
iii. Qarnul Manazil - Alsil Al-Kabir - orang yang datang dari jalan Alhada iaitu Wadi Muharam disana ada mesjid, iaitu miqat bagi orang yang datang dari Taib dan Najad dan Kuwait dan jalan
darat Yaman
iv. Yalamlam - Assa'diah - miqat orang yang datang dari Yaman pihak jalan laut.
v. Zat Iraq - Addaribah - miqat orang yang datang dari Mushrik dan Iraq dan Iran
Maka segala miqat yang 5 ini adalah bagi ahli2 dan bagi sesiapa yang melaluinya ketika berhadap kepihak tanah haram.
Dan jika:
1. Tiada miqat diperjalanannya, maka hendaklah ia bermiqat ditempat yang berbetulan dengan miqat pada pihak sebelah kiri atau kanannya.
2. Tiada sekali2 berbetulan dengan miqat dijalannya, maka hendaklah ia ihram 2 marhalah daripada Makkah.
3. Kediamannya adalah antara miqat dan Makkah. Maka berihramlah dia pada kediamannya.
Miqat Umrah
Adapun miqat zamani bagi umrah adalah sepanjang tahun, melainkan bagi orang haji yang masih ada lagi pekerjaan haji. Maka tiada terakad umrahnya atau tertegahlah umrah atasnya.
Dan adapun miqat makani bagi umrah iaitu terkadang:
1. bagi hak orang yang diluar tanah haram Makkah maka iaitu seperti miqat makani bagi haji.
2. bagi hak orang yang didalam tanah haram Makkah iaitu tanah halal seperti - Ja'ranah, Tanaim atau Hudaibiyah.
Sunat2nya
1. Menghilangkan segala bulu ari dan ketiak dan memotong kuku
2. Mandi kerana ihram
3. Memakai kain ihram bersih berwarna putih
4. Kemudian sembahyang 2 rakaat sunat ihram dengan membaca surah fatihah dan alkafirun pada rakaat pertama dan fatihah dan al-ikhlas pada rakaat ke-2
5. sesudah itu barulah berniat ihram serta melafadzkan dan membaca talbiah dan selawat dan doa seperti tersebut dalam buku doa
6. masuk orang yang berihram haji keMakkah sebelum wukuf
7. masuk Makkah ikut jalan Hajjun sebelah Maala
8. masuk MasjidilHaram melalui Babus salam
9. Apabila ternampak Kaabah baca doa rujuk buku dengan mengangkat tangan
10. kemudian mengerjakan tawaf qudum jika berihram ia dengan haji atau tiada langsung ia ihram atau mengerjakan tawaf umrah jika berihram ia dengan umrah.
11. Bila sudah terbit matahari hari ke-8 Zulhijjah barulah ia pergi keMina dan bermalam disana dengan menunaikan padanya sembahyang zohor, asar, maghrib, isya' dan subuh. Apabila sudah terbit matahari hari ke-9 maka teruslah menuju keArafah serta membaca doa seperti dalam buku doa.
Segala perkara yang tersebut diatas adalah dituntut bagi orang yang datangnya dari luar tanah Makkah ketika hendak berihram.
Adapun perkara2 yang dituntut bagi orang yang didalam tanah Makkah ketika hendak berihram iaitu:
1. terlebih dahulu kerjakan 3 perkara seperti diatas tadi pada pagi 8 Zulhijjah.
2. kemudian bersembahyang sunat ihram 2 rakaat diMasjidil Haram
3. pulang kerumah untuk berniat ihram haji dipintu rumah dan membaca doa, talbiah dan selawat seperti dalam buku doa.
4. kemudian pergi lagi keMasjidil Haram kerana mengerjakan tawaf wada'
5. teruskan dengan perkara 11 diatas
Perhatian
Bermula yang dituntut sewaktu keluar keMina hendaklah sesudah terbit matahari hari ke-8 Zulhijjah seperti yang telah lalu tersebutnya pada nombor 11 jika hari itu bukan hari Jumaat.
Tetapi jika berbetulan hari itu hari Jumaat maka disunatkan keluar keMina sebelum terbit fajar kerana kalau berangkat pada hari Jumaat pada tempat yang tidak dikerjakan sembahyang Jumaat diMina hukumnya haram atau makruh. Dan telah maklum bahawa mereka itu orang haji dan tiadalah ia mengerjakan sembahyang Jumaat diMina dan begitu juga diArfah kerana sembahyang itu hanya sanya dikerjakan pada tempat tempat kediaman yang tetap.

Labels: kursus haji
0 Comments:
Post a Comment
<< Home