Tuesday, February 07, 2017

Sama2 kita usahakan....

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Ada kalanya saya terfikir-ler wak...

Wak: Leh! Ada lagi yang engko fikirkan...!

Man: Saya terfikir! Apasal-ler Allah jadikan manusia!

Wak: Sebagai pengurus dunia.

Man: Wah! Kan berat kerja tu...!

Wak: Habis! Takkan nak dapat syurga sesenang itu jer....

Man: Habis apasal tuhan tak suruh jer jin ajer pengurus dunia! Sedangkan jin dan bangsanya dah dulu dari manusia....

Wak: La... Itu kehendak Allah-ler. Dia punya alam. Dia suka-ler siapa yang dia nak ciptakan. Siapa dia nak lantik jadi apa2. Semuanya kehendak dia. Apasal kita nak soal banyak2. Salah soal nanti bahaya.... Boleh jadi sampai melawan Allah. Boleh jadi kufur...

Man: Hmm... Sebetulnya kita pun tak tahu sangat apa kerja jin asalnya dulu.

Wak: Allah jadikan malaikat. Jadi hamba2nya. Yang amat patuh pada perintah. Tak ada soal-jawab. Suruh jer. Jalan. Begitu juga dengan jin. Tapi jin dan setan ada sedikit persamaan dengan manusia. Yang aku tahu. Mereka tu beranak-penak juga. Tapi... mesti ada motiv Allah jadikan jin, setan dan bangsanya tu.... Tak payah kita soal banyak2. Kita jaga jer diri kita ni.

Man: Hmmm... Kan jin yang jadi setan bila Allah announce nak jadikan manusia sebagai khalifah bumi. Dia-ler yang menentang habis2an...

Wak: Hah... Kan aku dah kata. Allah memang teliti plannya. Malaikat - no problem! Jin dan setan jadi musuh manusia. Jadi manusia ini banyak-ler dia punya obstacle. Itu-ler perjalanan ke surga yang mesti ditempuhi oleh manusia. Silap2 masuk neraka bersama setan. Itu janji Allah. Sebab manusia masuk neraka. Kerana mengikut hasutan jin dan setan dari kalangan jin dan manusia. Jadi kita kena ingat baik2. Baca selalu:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan mohon banyak2 pertolongan Allah supaya kita seboleh2nya mengikut perintah Allah sepanjang hidup kita ni....

Man: Satu lagi wak!

Wak: Ok

Man: Dari Adam yang cantik-molek. Turun-ler berbangsa2 yang bermacam2 bangsa. Hingga-ler kepada kita yang hidung penyek ni. Subhanallah.

Wak: Itu-ler kekuasaan dan kekuatan Allah. Dari yang cantik-molek boleh pula keluar bermacam2 warna. Hitam. Putih. Coklat.... Tinggi. Rendah. Mancung. Kemek. Mata bulat. Mata biru. Mata hitam. Sepet. Lagi apa! Kurus. Gemuk. Ah... macam2-ler... Ini-ler kerja Allah pada semua anak-penak dan cucu-cicit Adam ni. Tapi semestinya. Semua puak2 ini mentaati Islam. Malah ramai memilih kepada kecurangan. Lari jauh dari islam...

Man: Cakap pun lain2. Ada bahasa orang putih. Keling. China. Melayu dan entah apa2-ler. Mesti beribu2 macam. Ikut keadaan. Dan di mana mereka hidup. Seperti wak sebut. Konon dah berugama. Tapi hanya berapa peratus ajer yang Islam. Yang lain dah dihanyutkan iblis dan setan....

Wak: Ya! Allah dah jadikan bermacam2 bangsa. Jin dan setan jadi penghalang kebaikan. Akan menghasut ke neraka. Jadi yang islam kena-ler bersedia. Berlawan dengan kejahatan. Tarik sebanyak mana anak-cucu Adam kepada jalan yang sebenarnya.

Jadi pointnya sekarang. Adakah kita dapat menjaga diri masing2 dalam ujian yang menentukan markah kita untuk masuk syurga! Sebab Allah dah beri beberpa point penting sebagai panduan.

Allah dah turunkan ketua2. Nabi dan Rasul. Supaya kita jadikan apa yang disampaikan sebagai peringatan dan panduan melawan kejahatan. Kerana kejahatan adalah jalan ke neraka. Sedangkan kebaikan itulah cara ke syurga.

Man: Tapi bila dilihat pada keadaan sekarang ni. Kan kita dah nampak. Umat islam ada berapa kerat ajer. Yang lainnya kafir ajer. Yang islam asyik kena attack jer dengan iblis setan dari jin dan manusia.

Wak: Maknanya. Nampaknya dah jelas-ler dah status kita ni pada ketika ini. Ada harapan-ker kita ni? Dah boleh ukur sendiri pun. Maknanya. Amacam. Terdaya-ker kita hendak mengajak semua anak-pinak Adam kepada syiar Allah. Yang paling dekat adik-beradik. Sedara-mara. Pun amacam!

Berdoalah kita sepanjang2nya.... Minta dikeluarkan kita ni dari terikut2 gulungan kafir yang dilaknat Allah... Neraka Allah takkan kita sanggup menghadapinya.

Man: Ok... Kena usaha-ler dengan apa cara sekali pun-ler nampaknya.

Wak: Minta-ler pertlongan Allah. Formulate-ler segala method
1. untuk menahan diri dari terikut2 hasutan iblis setan jin dan manusia
2. minta pertolongan Allah supaya kita tidak terpesong dalam ugama islam sebenar
3. cuba tarik mana2 anak Adam supaya tinggalkan hasutan iblis dan syaitan
4. sama2 kita berusaha untuk kesejahteraan anak Adam

Ya Allah makbulkanlah semua permohonan yang baik dari kami. Sesungguhnya apabila kau turunkan sesuatu musibah pada kami. Itulah tanda yang kami telah mengabaikan perintah islam-mu. Ya Allah kami hanya memohon pertolongan-mu. Kerana tiada siap yang lebih kuat dan berkuasa dari-mu...

الله اعلم بالصواب

0 Comments:

Post a Comment

<< Home