Wednesday, January 31, 2007

Peristiwa pada 10 Muharram

Peristiwa penting pada 10 Muharam

# Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
# Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
# Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi d ditenggelamkan selama enam bulan.
# Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
# Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
# Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
# Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
# Nabi Isa diangkat ke langit.
# Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
# Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
# Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
# Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
# Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
# Hari pertama Allah mencipta alam.
# Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
# Hari pertama Allah menurunkan hujan.
# Allah menjadikan Arasy.
# Allah menjadikan Luh Mahfuz.
# Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Monday, January 29, 2007

Mati sudah pasti datang

KETIKA Amirul Mukminin Khalifah Umar al-Khattab RA mengadapi sakratul maut, beliau meminta kepada anaknya supaya meletakkan pipinya di atas tanah.

Umar menangis sambil berkata: "Semoga Allah mengampuniku, Wahai Tuhan Pemilik Kerajaan yang tidak akan hilang, kasihanilah orang yang kerajaannya hilang."

Mati diimpikan oleh orang beriman adalah mati shahid. Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup, di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." – Surah Ali 'Imran: Ayat 169.

Kematian lain juga akan mendapat kenikmatan tidak kurang hebatnya.

Ini dinyatakan menerusi sabda Rasulullah yang bermaksud: "Jika salah seorang di antara kamu mati, maka tampak kepadanya tempat tinggalnya setiap pagi dan petang. Jika ia ahli syurga maka ia termasuk penghuni syurga dan jika ia ahli neraka maka ia termasuk penghuni neraka. Lalu dikatakan: "Inilah tempat tinggalmu hingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat." Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ibnu Umar berkata: "Perumpamaan orang mukmin saat roh dikeluarkan daripada jasadnya adalah seperti orang yang keluar dari dalam penjara ke alam bebas. Ketika dia meninggal dunia ditampakkan kepadanya kurniaan Allah dan kemuliaan-Nya yang tak pernah dilihatnya di dunia. Tentu dia tidak mahu kembali lagi ke dunia seperti dia tidak mahu kembali ke dalam perut ibunya."

Tetapi untuk mendapatkan nikmat tersebut hanya amal seseorang sahaja yang mampu menjadi teman ketika takut dan sedih kemunculan mati.

Mata yang membaca al-Quran, lidah yang berzikir, tangan yang bekerja kerana Allah dan kaki yang tegak kerana iman.

Semua itu akan menjadi cahaya dalam kegelapan kubur hingga ke hari kebangkitan yang dijanjikan.

Puasa Asyura!

Terdapat banyak kisah yang dikaitkan dengan hari Asyura. Namun cerita yang sahih adalah peristiwa Nabi Musa a.s diselamatkan dari tentera Firaun.

Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Firaun.

Maka sabda Nabi s.a.w.: Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. (Riwayat Bukhari no: 4680).

Melalui hadis di atas kita difahami bahawa berpuasa pada hari Asyura ini memiliki kelebihan atau fadilat yang begitu besar.

Ibnu Abbas r.a. pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sehari pada hari Asyura untuk mencari kelebihan atau fadilat yang tidak ada pada hari-hari selain hari ini. (Riwayat Bukhari, no: 2006).

Sabda Rasulullah s.a.w.: Puasa tiga hari dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.
Adapun puasa hari Asyura, pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Muslim, no: 1163).

Dari Ibnu Umar r.a, dia berkata: Tidaklah seorang hamba berpuasa di dalamnya (hari Asyura) kecuali puasanya akan memberikan taufik kepadanya. (Riwayat Bukhari no: 1892).

Disunatkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. (Riwayat Imam Ahmad, no: 2047).

Saturday, January 13, 2007

Munafik

Semua sudah maklum makna munafik sebenar. Tapi secara longgar - bermuka2 pun didalam golongan munafik. Ini menunjukkan orang munafik itu ada dalam kalangan kita juga. Kita tidak akan perasan yang dia menahanmkan ciri kemunafikan kepada orang lain. Ini samalah seperti hasutan yang dilakukan oleh iblis dan syaitan terhadap orang beriman.

Menurut satu fahaman yang lebih menyeluruh - ciri2 munafik itu boleh disimpulkan merangkumi 3 entiti:
1. pemusnahan fikiran yang suci
2. pemusnahan alam sekitar
3. pemusnahan kekeluargaan yang aman

Mengambil setiap satu entiti mari lihat contoh2 mudah.

1. Merosakan fikiran.
Dalam usaha sesetengah para ugama menekankan kepada masyarakat menutup aurat - ada pula golongan yang meremeh2 kerja tersebut dengan memberikan pandangan yang sonsang mengatakan - luaran tidak melambangkan hati. Jadi sudah cukup hati penuh dengan iman walaupun tidak menutup aurat. Na'uzubillah.

Ambil kes paling mudah - bolehkah kita kata kita telah bersedekah - tetapi sesen pun tak keluar duit. Kerana mengamalkan kata2 senyum itu sedekah - jadi senyum sahaja.

2. Merosakan alam sekitar.
Ada sesetengah pula sanggup bertindak membuat sesuatu tempat pembangunan dimuka bumi ini dengan kesudahannya menarik manusia kepada melanggar peraturan Allah. Yang paling mudah contohnya - membangunkan tempat makan dan beriadhah. Segala2nya indah cantik dengan urusan ekonomi meningkat sehari demi hari. Tetapi yang menyedihkan - apabila tiba waktu sembahyang tidak pula diberhentikan perniagaan dan beramai2 mendirikan sembahyang. Malah langsung tidak menghormati kewajipan sembahyang. Tinggallah ia berlalu tanpa rasa bersala.

3. Merosakkan kekeluargaan
Dalam hal ini tidak terkecuali lelaki perempuan - tua atau muda - semuanya sama. Pergaulan tanpa batas berleluasa. Yang lelaki menarik yang perempuan kepada kerenggangan terhadap keluarga dengan membelakangkan banyak ciri2 ugama mahu pun masyarak. Yang akhirnya menyebabkan kucar-kacir institusi keluargaan islam. Segala atas dorongan ibli, syaitan dan atas dasar pemodenan serta kebaratan.

Sesungguhnya jika perkara diatas hendak dibincangkan ia cukup panjang lebar. Cukuplah sedikit itu.

Olehitu marilah sama2 berfikir positif tentang perkara munafik ini dalam garis panduan ugama. Mudah2an sama2lah kita terpelihara dari golongan ini. Ingatlah golongan ini sebenarnya akan menadap celaka diakhirat nanti.

Wallahu'alam

Monday, January 08, 2007

Tol sekitar Lembah Kelang

2007 telah menghantar satu kenaikan kadar tol baru bagi semua pengguna lebuhraya sekitar Lembah Kelang.

Yang terlibat adalah:

1. Lebuhraya Damansara-Puchong [LDP] - [Litrak] Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd.
Dari RM1 ke RM1.60 [60 sen = 60%]
Harga - RM 1.42 billion - taraf konsessi 1996 - 2030

2. Lebuhraya Shah Alam - (KESAS) KESAS Sdn. Bhd.
Dari RM1.50 ke RM2.20 [70 sen = 46.7%]
Harga - RM 1.3 billion - taraf konsessi 1993 - 2024

3. Cheras-Kajang
(Batu 9) RM1 [30 sen = 42.9%] (Batu 11) 90 sen [30 sen = 50%]
Harga - RM 336 juta - taraf konsessi 1995 - 2026

4. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
(Gombak) RM5 (RM1 = 25%) dan (Bentong) RM3 (50 sen = 20%)
Harga - RM 568 juta.Taraf konsessi 1994 - 2032

5. Guthrie Corridor Expressway.(GCE) Guthrie Corridor Expressway Sdn. Bhd.
RM1 ke RM1.40 [40 sen = 40%].
Harga RM 501 juta. Taraf konsessi 2005 - 2035,

Hujah yang diberikan untuk alasan menaikan kadar tol adalah:

1. Samy Vellu berkata kerajaan telah membayar RM1.04 billion gantirugi kepada syarikat konsessi lebuhraya untuk tahun 1999 hingga 2004.

2. Jumlah pengguna dan pendapatan syarikat konsessi lebuhraya kurang dari jangkaan dan dalam perjanjian kerajaan-konsessi [1990] segala kekurangan daripada jangkaan hendaklah dibayar oleh kerajaan.

3. Sebagai contoh LDP sepatutnya mengenakan tol RM2.10 [2007] tetapi 50sen adalah dibantu oleh kerajaan.

4. Kerajaan akan menanggung belanja sebanyak RM2.06 billion setiap tahun hingga tahun 2010 dalam subsidi tol

Sementara itu satu kajian terhadap Litrak mengatakan sebanyak 418,000 kenderaan menggunakan lebuhrayanya sehari. Ini adalah kenaikan 14.5% untuk jangka masa sepanjang 7 tahun yang lepas.

Dalam Laporan Tahunan 2006 Litrak, dinyatakan keuntungan bersih syarikat adalah RM80 juta. Ini merupakan peningkatan sebanyak 43% dari keuntungan bersih RM56 juta pada tahun 2005.

Laporan itu juga menunjukkan Litrak mencatat rekod baru dengan kutipan sebanyak RM243 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2006 berbanding dengan kutipan sebanyak RM227 juta pada tahun sebelumnya.

Pada awalnya LDP dibina bagi menampung 1 juta kenderaan setahun. Namun bilangan kenderaan telah meningkat kepada hampir 3 juta setahun.

Selamat mengucapkan Terima Kasih! kepada kerajaan yang Malaysia Boleh! ini

Rujukan : The Star, Bernama, Harakahdaily

Thursday, January 04, 2007

Niat

Wak tanya sikit. Kita digalakkan berniat apabila membuat sebarang perkerjaan. Apa pendapat wak?

Ah! itukan dah popular dikatakan orang. Amalan hendaklah didahului dengan niat. Niat yang baik diikuti dengan amalannya dapat pahala banyak. Tapi kalau niat jahat selagi belum dilakukan belum dikira dosa. Dan kiraan dosa pula satu perbuatan jahat satu dosa. Jauh beza dengan mendapat pahala - dengan satu perbuatan baik pahalanya banyak.

Tapi wak, saya rasa saya tak selalu dan tak pernah berniat apabila membuat sesuatu kerja. Manakan pahala nak dapat!

Terangkan dengan misalan!

Saya bangun pagi. Gosok gigi. Mandi. Kemas2 - pergi mesjid untuk sembahyang subuh. Semua perbuatan itu tidak pun disertakan dengan berniat. Tapi solah subuh tu niatlah macam biasa -
sahaja aku sembahyang fardhu subuh mengikut iman 2 rakyat kerana Allah ta'ala. Jadi yang dapat - pahala solah subuh sahajae nampaknya. Yang lain tu free! Macam orang puasa yang tak
menjaga dan menahan diri dengan syarat2 puasa hingga dapat lapar dan dahaga sahaja. Yang ini pula kes penat aje jugalah nampaknya kerana tidak disertai dengan niat.

Untuk menyedapkan telinga cuba amati hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang mengikut apa yang ia niatkan"
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)."
Itukan baginda bersabda dengan maksud paling tidak - setiap perbuatan sudah terembedded [cakap orang putih pulak wak ni] atau terselit niat tersembunyi.

Jadi bagaimana! Adakah harapan dapat lebih?

Imam al-Nawawi dan ramai ulama lain mentarafkan hadis ini pada martabat dan tingkat amat tinggi pada sisi ajaran Islam sehingga Imam al-Syafie dan imam mazhab lain berpendapat bahawa hadis ini merangkumi sepertiga Islam kerana setiap perbuatan manusia bergantung kepada niat yang kemudian dipertuturkan melalui lisan dan diterjemahkan melalui anggota dan praktikal.
Tapi seperkara yang diaanjurkan oleh ugama, mithal: solah -sembahyang. Hendaklahlah ia didahulu dengan lafadz niat. Niat pula dalam hati. Apa gunanya niat - ini semacam berikrar dengan lidah disaksikan dengan pendengaran oleh telinga - dan dicompute oleh otak. Tapi kalau niat dalam hati - otak sahaja yang compute.

Teringat saya wak! Masa berbual2 dengan orang diMekah banyak orang arab apabila sembahyang terus sahaja: Allahu akbar. Bila ditanya: dimana niatnya? Dijawab pula: Begitu sahaja!
Kesimpulan yang saya boleh buat - ini serupa - macam saya bangun pagi, gedebuk gedebak bila sembahyang baru nampk formaliti.

Agak2nya - saya pun tak pasti. Ugama itu suruh juga kita lafadz niat - niat dalam hati dan diikuti dengan perbuatan kerana hendak melatih kita.

Latihan apa wak?

Dahulukan setiap perbuatan dengan lafadz niat. Sebutkan perlahan2 sehingga telinga boleh dengar - entah2 anggota lain pun terdengar sama. Boleh jadi saksi yang menyokong kita nanti ketika dihisab dipadang mahsyar

Tapi kalau difikirkan! Niat dalam hati pun anggota lain pun terdengar sama. Perlu ingat wak! Badan kita walau besar mana pun secara otomatik conduction niat kita itu sampai juga
keseluruh badan.

Eh! argument ini boleh pakai juga nampaknya. Tapi kalau diamplifykan dengan tutur lidah lagi positif conductionnya bukan?

Wah wak! ini dah lepas cerita kemana ni?

Saya fikir - tentu banyak manfaat lafadz niat disertakan dengan niat dalam hati. Antaranya mungkin - disuruh kita sebut perkataan dengan dengan lidah supaya jelas mungkin kalau dibuat demikian dapat cara tak langsung memperbetulkan sebutan kita. Kalau dalam hati sepanjang2 niat - mungkin lama2 apabila kita bercakap pun macam nak jadi slur. Iaitu lama2 bila bercakap terbawa2 macam orang mengomel sampai orang lain tak faham apa sebutan kita. Nak kata tua - mungkin belum lagi.

Ada lagikah?

Lain daripada itu saya rasa - motif dengan adanya sebutan dengan lidah - kita mungkin terdorong dan dilatih secara tak sengaja untuk berniat kepada perbutan yang baik2 aje. Kalau kita sambung lagi - kalau yang berfikir panjang pula, lepas lafadz perbutan yang dibuatnya itu akan seboleh2nya dihabiskan macam sembahyang - penamatnya salam. Selagi belum selesai kerjakanlah walaupun 20 rakaat sekali pun - ditunggu juga. Itu pendapat saya sahaja - entah boleh pakai atau tidak.

Ada lagikah?

Beginilah - akhir kalam cuba teliti ayat ini pula:
"Kemudian apabila kamu membulatkan tekad (azam), maka bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang bertakwkal kepadaNya"
(Surah Ali Imran ayat 159).

Wallahualam

Rujukan: Mohd Kamel Mat Salleh

Wednesday, January 03, 2007

Tahan mulut!

Orang yang paling banyak dosa pada hari Kiamat adalah mereka yang paling banyak membicarakan hal yang tidak benar lagi lagha.

Rasulullah pernah menjawab pertanyaan apakah yang menyebabkan manusia banyak masuk
neraka. Jawab Baginda: "Mulut dan kemaluan".

Dan apabila ditanya apakah yang boleh menyelamatkan mereka daripada neraka, lantas jawabnya: "Tahanlah lidahmu dan tangisilah kesalahanmu".
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Perhatikan pula anjuran Allah:

"Dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya".
– surah al-Furqan, ayat 72.

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya". –
surah al-Qasas, ayat 55.

Bertanya seseorang kepada Umar bin Abdul Aziz: Bilakah saya hendak bercakap. Jawabnya: Apabila kamu hendak diam.

Dan bila ditanya: Bilakah saya hendak diam. Jawabnya: Apabila kamu hendak bercakap".

Wallahualam

Rujukan: Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad