Friday, February 23, 2007

Amalan hari Jumaat

Telah disebutkan hari Jumaat adalah penghulu pada segala hari dalam seminggu. Sila rujuk catetan terdahulu.

Adalah baik kalau hari itu dipenuhi seperti berikut:

1. Berpuasalah pada hari Khamis - hari sebelumnya

2. Selepas sembahyang maghrib malam Jumaat itu bacalah Yasin dan tahlil arwah

3. Tengah malam Jumaat bangun dari tidur dan lakukan - sunat tahjud dan sembahyamg hajat kemudian diikut dengan:

a. Fatihah kepada rasul 1 x














b. istighfar 10 x
c. selawat 100 x
d. bismillah 1000 x
e. pohonlah hajat kebajikan diri dan keluarga

4. Semasa dalam mesjid menunggu iman berkhutbah berzikirlah banyak2

5. Semasa khatib membaca khutbah pertama baca "bismillah .." dalam hati sebanyak yang boleh serta mendengar isi khutbah.

6. Apabila khatib duduk antara 2 khutbah berdoa dan pohon hajat.

7. Lepas asar kira2 akan masuk 1 jam atau 1/2 jam sebelum masuk waktu maghrib malam Sabtu baca "bismillah ..." dan ditamatkan dengan doa dan hajat sebaik sebelum azan.

Wallahualam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home