Monday, June 11, 2007

Kursus Haji [17] Wajib Haji ke-3

Wajib Haji ke-3

Bermalam diMina

Ertinya hadir diMina dengan qadar lebih dari setengah malam syar'ie ditiap2 malam tashrik [malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah].

Dan tujuannya ialah memperbanyakkan malam disini, terkadang ketiga2 malamnya - jika nafar thani. Terkadang 2 malam sahaja iaitu malam 11 dan 12 sahaja jika nafar awal.

Adapun makna nafar ialah turun dari Mina keMakkah dan syarat nafar awwal [pertama] ada 6 syarat:
1. Nafar ini dilakukan pada hari ke-12 sebelum tenggelam matahari

2. Keadaannya setelah sempurna kedua2 hari tashrik hari 11 dan 12 dan telah melontar pada hari raya nahar

3. Keadaannya sudah gelincir matahari

4. Telah bermalam diMina pada malam 11 dan 12

5. Bahawa berniat dengan nafar ini didalam batas Mina

6. Bahawa berniat tidak kembali semula keMina

Perhatian:

Jamratul Aqabah itu bukan ia daripada batas Mina daritu sekiranya ia terus nafar awwal sesudah melontar Jumratul Aqaba maka tiada sah nafar ini. Mesti terlebih dahulu undur ia ketempat sebelum Jamratul Aqaba.

Mengikut Al-Azraq dan AlFaakahaani bahawa batas Mina ialah dari pangkal Jumratulaqabah yang mengiringi Mina hingga keWadi Mahsar. Dan Jammratulaqabah tidak terbilang daripada Mina tetapi Wadi Mahsar adalah dalam Mina.

Sunat2nya

1. Membanyakkan sembahyang apa jua disini
2. Sering hadhir menunaikan sembahyang berjemaah diMasjid Kif
3. Membanyakkan berzikir dan membaca quraan

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home