Thursday, June 14, 2007

Kursus Haji [19] Wajib Haji ke-5

Wajib ke-5

Melontar ketiga2 jumrah pada ketiga2 hari tashrik

Waktunya 3

1. Waktu alfadhilah - apabila sudah gelincir matahari pada hari yang padanya melontar dan sebelum sembahyang zohor

2. waktu al-ikhtiar iaitu sehingga tenggelam matahari hari itu juga

3. al-jawaz iaitu hingga keakhir hari tashrik dengan tenggelamnya matahari hari 13 Zulhijjah.

Perhatian

Dan jika luput melontar hari ke-11 umpamanya, maka bolehlah dikerjakan pada hari ke-12 dengan wajib tertib iaitu didahului dengan jumratul ula, kemudian wusta dan akhirnya aqabah untuk hari yang luput itu. Kemudian setelah selesai lontarlah untuk hari yang hadir [ke-12] pula dengan tertib - ula, wusta dan aqabah.

Syarat

Bahawa syarat melontar:

1. bahawa lontaran dengan 7 kali lontaran
2. jangan mengqasadkan ketika melontar selain daripada lontaran ibadah haji
3. keadaan yang dilontar itu adalah batu
4. ketika melontar hendaklah dengan gaya melontar
5. melontar dengan tangan
6. yakin jatuh batu lontaran dalam tempat lontaran
7. mengqasadkan tempat melontar untuk lontaran
8. pada tiap2 hari tashriq hendaklah melontar mengikut terbit iaitu mulai dengan ula, wusta dan aqabah

Perhatian

Tiang batu yang tercacak ditengah2 tempat lontaran itu tidak dibilangkan sebagai tempat melontar. Daritu jangan lontar pada tiang batu itu sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Hal ini dikerjakan oleh orang jahil. Olehitu lontaran mesti kedalam kawah disekeliling tiang batu tadi.

Sunat2nya

1. mandi kerana melontar pada tiap2 hari tashriq.
Dan masuk waktu mandi itu ialah dengan terbit fajar hari melontar. Tetapi yang lebih afdal sesudah gelincir matahari.

2. mendahului melontar daripada sembahyang zohor jika sempat menunaikan sembahyang selepas melontar

3. membasuh semua batu lontaran

4. besar batu lontaran ialah sebesar kacang pol

5. membaca takbir pada setiap lontaran

6. berhadap kekiblat semasa melontar

7. melontar dengan tangan kanan

8. melontar hendaklah berturut2

9. berdoa, berzikir dan bertasbih sesudah melontar jumratul ula dan wusta sahaja.

Adapun sesudah melontar jamratulaqabah maka tiada dituntuti berdoa disitu.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home