Saturday, February 24, 2007

Tahyatul masjid

Pertama2 sekali apabila masuk mesjid dirikanlah solah sunat tahyatul masjid.

Ia dilakukan walaupun bilal sudah azan kedua menandakan khatib akan berkhutbah. Teruskan sahaja dengan tahyatul masjid.

Ada diriwayatkan:

Seorang sahabat datang lambat untuk solat Jumaat, iaitu ketika Rasulullah s.a.w sedang berkhutbah. Lalu nabi SAW bertanya kepada sahabat tersebut - adakah dia sudah menunaikan solat tahyatul masjid atau belum. Dijawab sahabat itu - belum. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh dia bangkit dan menunaikan dua rakaat yang ringan.

Walaupun ulama berselisih pendapat tentang solat dua rakaat itu sama ada ianya- solah Tahyatul Masjid atau solah qabliyyah Jumaat. Pendapat yang kuat menyatakan, ianya adalah dua rakaat Tahyatul masjid. Ini kerana, tiada dalil yang menyokong ianya sunat qabliyyah Jumaat.

Wallahualam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home