Thursday, July 26, 2007

Kursus Haji 2 [15]

Beberapa sembahyang sunat

1. Sunat wudhu' - 2 rakaat - selepas mengambil wudhu'
2. Tahyatul masjid - 2 rakaat - apabila masuk masjid
3. Ishra' - 2 rakaat - apabila matahari naik segalah
4. Dhuha - 2 ~ 12 rakaat - selepas matahari naik segalah
5. Awabin/istiharah - 6 rakaat - selepas sembahyang fardhu maghrib
6. Witir - 3 ~ 11 - selepas sembahyang isha'
7. Tahjud 2 ~ 12 - selepas tengah malam selepas tidur
8. Tasbih - 4 rakaat - siang [kecuali waktu yang diharamkan] atau malam
9. Mutlak - tiada had

Labels:

Kursus Haji 2 [14]

Amalan diMadinah

Pemergian kita menunaikan haji bukanlah untuk melancong atau makan angin. Tetapi untuk melakukan ibadat dan memohon keampunan serta keredhaan dari Allah. Oleh itu sebaik2nya kita aturkan amalan seanyak2nya kerana terlalu besar kelebihan dan fadilatnya melebihi daripada bandingan amalan ditanah air sendiri.

Dibawah ini dinyatakan serba ringkas untuk diambil perhatian dan diamalkan oleh para jemaah supaya benar2 merasa puas hati.

1. Tentukan kita terus sembahyang berjemaah dimulai dari pergi hinggalah balik seterusnya hingga bila2 masa, diMadinah, diMakkah atau ditanah air.

2. Lakukan sembahyang sunat qabliah dan ba'diah

a. * 2 rakaat dahulu daripada zohor - * 2 rakaat kemudian daripada zohor
b. 2 rakaat dahulu daripada zohor - 2 rakaat kemudian daripada zohor
c. 2 rakaat dahulu daripada asar - tiada
d. 2 rakaat dahulu daripada asar - tiada
e. 2 rakaat dahulu daripada maghrib - * 2 rakaat kemudian daripada maghrib
f. 2 rakaat dahulu daripada isyak - * 2 rakaat kemudian daripada isyak
g. * 2 rakaat dahulu daripada subuh - tiada

[*] menunjukkan sangat2 dituntut [muakad]

Labels:

Kursus Haji 2 [13]

Kelebihan Masjid Nabi

Sabda rasulullah:

1. Jangan engkau bersusah payah mengembara melainkan 3 buah masjid. Iaitu Masjidil haram, masjidku dan masjid Aqsa

2. Barangsiapa menziarahi kuburku wajib ia mendapat sufaatku

3. Tempat yang diantara rumahku dan mimbarku ialah satu kebun daripada kebun2 syurga

4. Sesiapa yang bersembahyang dimasjidku 40 kali [40 waktu] dengan tidak luput walaupun satu waktu nescaya dilepaskan daripada api neraka, azab kubur dan daripada munafik

Labels:

Kursus Haji 2 [12]

Semasa DiMadinah

1. Apabila melihat sahaja bangunan2 diMadinah bacalah doa [rujuk buku doa]

2. Pastikankan kedudukan hotel dengan Masjid Nabi - untuk mudah berulang alik.

3. Ziarah Makam Nabi didalam Masjid Nabi dengan penuh tertib sama ada bersendirian atau mengikut jurutunjuk.

4. Adab masuk masjid
a. Mandi, memakai pakaian bersih, memakai bau2an dan berwudhu'
b. masuk dengan kaki kanan dan baca doa
c. sembahyang sunat tahyatul masjid
d. datang lebih awal daripada masuk waktu supaya dapat sembahyang diRaudhah
e. jangan becakap hal2 dunia didalam masjid
f. jangan melangkah bahu jemaah yang lain atau lalu dihadapan jemaah yang sedang bersembahyang
g. jangan meninggikan suara didalam masjid atau ketika berziarah
h. memberi salam kepada rasullullah dan sahabat boleh gunakan bacaan seperti dalam tahiyat akhir

5. Ziarah perkuburan baqi'

6. Ziarah masjid2 bersejarah disekitar Madinah

7. Ziarah tempat2 bersejarah diseitar Madinah

Labels:

Wednesday, July 25, 2007

Kursus Haji 2 [11]

Dari Juddah ke Madinah

1. Beg2 akan dinaikkan kebas menuju Madinah.
2. Ikut arahan dan naik bas dengan tertib
3. Jika perlu belilah sedikit makanan yang perlu dalam perjalanan. Tetapi biasanya bas akan berhenti direstoran dipertengahan perjalanan untuk memberi ruang jemaah makan dan minum.
4. Perjalanan akan mengambil masa antara 6 - 8 jam lagi
5. Penuhi masa jaga dengan amalan doa seperti semasa dalam kapal terbang.
6. Sampai dipenginap Madinah wakil Tabung sudah sedia menunggu. Kumpulkan beg dan terus tuju bilik masing2.
7. Lelaki ditempatkan dalam bilik berasingan dengan perempuan. Oleh itu buatlah perancangan sesuai untuk suami isteri.
8. Masa menetap diMadinah diberi selama cukup mengerjakan sembahyang 40 waktu berjemaah diMasjid Nabawi. Iaitu lebih kurang 8 - 9 hari sahaja.

Labels:

Kursus Haji 2 [10]

Aturan sembahyang jama' dan qasar

Dalam perjalanan melebihi 2 marhalah kita diharuskan sembahyang jama' dan qasar.

Sembahyang yang terlibat ialah:
Zohor [2 rakaat] dengan Asar [2 rakaat]
Maghrib [3 rakaat] dengan Isya'[2 rakaat]

Cara sembahyang qasar [pendek]

1. Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor 2 rakaat qasar [menjadi imam/ma'mum] kerana allah taala.
2. Terus lakukan sembahyang seperti biasa sebanyak 2 rakaat sahaja.

Tetapi biasanya elok lakukan sembahyang jama' dan qasar.

Contoh jama' dan qasar sembahyang zohor dan asar:
1. Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor 2 rakaat qasar dan dijama'kan asar kepadanya kerana allah taala.

2. Buat sembahyang zohor hanya 2 rakaat sahaja dan salam

3. Berdiri dan niat sembahyang asar:
Niat: Sahaja aku sembahyang asar qasar 2 rakaat [menjadi imam/ma'mum] kerana allah taala
4. Kerjakan sembahyang asar 2 rakaat sahaja dan salam.

5. Untuk maghrib dan isya' seperti itu juga tetapi maghrib tidak ada qasar. Lakukan maghrib penuh.
Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib 3 rakaat dan dijama'kan isya' kepadanya kerana allah taala.
6. Kemudian sembahyang isya' 2 rakaat
Niat: Sahaja aku sembahyang isya' qasar 2 rakaat [menjadi imam/ma'mum] kerana allah taala

7. Untuk sembahyang jama' dan qasar ta'khir. Sembahyang jama' itu dilakukan dalam waktu kedua iaitu seperti asar atau isya'.

8. Niat adalah sama seperti diatas hanya tukarkan mengikut waktunya tetapi dengan syarat apabila masuk sahaja waktu yang pertama [zohor atau maghrib] dikehendaki berniat dalam hati seperti dikata:
aku akan sembahyang fardhu ini [gantikan - zohor/maghrib] dalam waktu kedua[gantikan asar/isya']

Labels:

Kursus Haji 2 [9]

Dilapangan terbang Juddah

1. Sebelum turun dari kapal terbang sediakan dokumen mustahak

2. Turun dengan tertib ikut giliran. Jangan berebut2.

3. Pemeriksaan akan dilakukan oleh pihak immigresen Arab Saudi

4. Selepas keluar dari tempat pemeriksaan lakukan sembahyang yang masih ada waktunya disitu jika belum dibuat dalam kapal terbang atau sebelum berangkat kerana adanya perbezaan masa 5.30 jam diantara Malaysia dan Arab Saudi. Pastikan apa waktu sembahyang ketika itu. Lakukan secara jama' dan qasar.

5. Setelah mendapat kembali beg2 besar kumpulkan.

6. Wakil Tabung Haji akan memberi arahan, ikut arahan2 itu.

Labels:

Kursus Haji 2 [8]

Dalam Kapal terbang

1.Eloklah suami isteri duduk bersama

2. Ikut arahan pramugari

3. Makanan akan disediakan

4. Jangan buang masa dalam kapal terbang. Elok baca amalan seperti ini.

a. Zikr
La ila haillallah [sepanjang haji habiskan sebanyak 70,000 kali]
b. Tasbih
Subhanallah ...
c. Qulhuallahu ahad .... [ sepanjang musim ini dapatkan 100,000 kali]
d. dan doa2 lain

5. Apabila kapal terbang akan sampai keudara Karnul Manazil pengumuman akan dibuat berniatlah haji atau umrah. Tetapi elok juga berniatlah 2 jam sebelum kapal terbang mendarat diJuddah. Masa penerbangan keJuddah adalah antara 8 hingga 8.30 jam.

Labels:

Kursus Haji 2 [7]

Susunan mengerjakan ihram haji dan umrah

1. Sunat mencukur bulu2 yang tidak dikehendaki dan memotong kuku.

2. Mandi sunat ihram
Niat: Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala

3. Memakai bau2an

4. Memakai pakaian ihram

a. Lelaki - memakai dua helai kain lepas sahaja [tiada seluar dalam]
b. Perempuan - pakaian seperti dalam sembahyang. Pakailah stokin tebal dan panjang.

5. Sembahyang sunat ihram 2 rakaat.

6. Selepas sembahyang berdoa
a. mengucap
b. istighfar

7. Sampai dimiqat

a. Ifrad
Niat: Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala
b. Tamattu'
Niat: Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala

8.Dengan niat tersebut kita sekarang sedang berada dalam ihram oleh itu wajiblah menjaga semua perkara2 yang terlarang semasa ihram.

9. Banyakkan Talbiah

Ya Allah Ya tuhanku
Hambamu datang menyambut panggilanmu
Engkau yang tiada sekutu
Sesungguhnya segala puji2an ni'mat dan kerajaan adalah kepunyaanmu dan tidak ada sekutu

10. Berselawat

11. Baca doa

Labels:

Kursus Haji 2 [6]

Dilapangan terbang untuk bertolak

1. Datang lebih awal ditempat perhimpunan haji [Kompleks Haji Kelana Jaya / Lapangan Terbang]
2. Kumpulkan beg2 supaya senang diperiksa dan ditimbang
3. Setelah beg diperiksa ditimbang, jemaah akan diberi tiket kapal terbang dokumen penting dan beg galas.
4. Masukkan keperluan asas seperti dokumen, ubat2 penting dan keperluan asas semasa dalam kapal terbang dan dilapangan terbang Juddah dalam beg galas.
5. Taklimat terakhir akan diberi sebelum berangkat.
5. Masuk kapal terbang dan selamat berangkat

Peringatan Akhir
1. Mereka yang mendapat penerbangan KeMadinah dahulu pakailah pakaian biasa kerana ini adalah perjalanan menziarah kota Nabi.

2. Mereka yang mendapat penerbangan keMakkah, pakailah pakaian ihram kerana inilah permulaan pekerjaan Haji Tamattu' atau Haji Ifrad.

Labels:

Saturday, July 07, 2007

Kursus Haji 2 [5]

Berangkat kelapangan terbang

1. Sembahyang sunat musafir

2. Istighfar dan berdoa

3. Baca ayat2 berikut:

a. Surah al-ikhlas 3 x

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

b. Surat al-falaq 3 x

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ


c. Surah an-nas 3x

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
مَلِكِ النَّاسِ
إِلَهِ النَّاسِ
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ



Liillafi qurashin 3 x
ayat kursi 3 x

4. apabila hendak keluar rumah baca doa

5. Baca doa apabila naik kenderaan

6. Dalam perjalanan banyakkan membaca Yalatif, Yahafidz dan tasbih

Labels:

Kursus Haji 2 [4]

Keperluan Jemaah Haji

Pakaian
1. 2 pasang kain ihran - bagi lelaki
2. 2 pasang telekong dan 2 pasang tudung [mini telekong]
3. Tali pinggang bagi lelaki
4. Capal atau selipar 2 pasang dan uncang untuknya
5. Sehelai tuala mandi dan 2 helai tuala kecil
6. 2 atau 3 pasang pakaian biasa. Bagi perempuan 4 atau 5 pasang
7. 2 pasang stokin tebal bagi perempuan - sepasang bagi lelaki
8. 2 helai seluar panjang bagi lelaki/perempuan
9. 2 atau 3 helai baju panas
10. 2 helai kain sarung untuk lelaki
11. cermin muka kecil/krim/alat jahit bagi perempuan

Alatan sembahyang
1. Sejadah seorang satu

Alatan tambahan
1. ubat2 yang biasa digunakan
2. lampu picit dan gunting kecil
3. tali untuk mengikat beg atau untuk dibuat ampai
4. beg sedang - seqadar kuasa untuk dingkat
5. marker pen dan alatan menulis
6. kitab panduan haji

Perhatian
1. Barang di atas banyak dijual diMakkah
2. Seminggu sebelum bertolak, eloklah barang2 tersebut disusun rapi dalam beg supaya tidak kelam kabut tambahan ramai saudara mara berziarah kerana mengucap selamat jalan
3. Beg hendaklah ditulis nama - No KT - Alamat Malaysia dan tandakan supaya senang dikenal
4. Barang2 yang akan digunakan semasa perjalanan seperti kain sarung, tuala kecil, alat2 bersuci, sejadah, ubat2,buku panduan haji hendaklah diasingkan dan dimasukkan kedalam beg galas yang boleh dibawa bersama dalam kapal terbang
5 Seandainya membuat khenduri, doa selamat eloklah dilakukan 3 atau 4 hari sebelum berangkat supaya tidak kelam kabut dan jaga kesihatan
6. Sebelum beredar dari rumah pastikan barang2 yang akan dibawa bersama dikumpulkan pada satu tempat supaya tidak tercicir terutama wang saku disimpan ditempat selamat

Labels:

Kursus Haji 2 [3]

Amalan untuk menjadi tetamu Allah

1. Banyakkan beristigfar

2. Banyakkan membaca penghulu istigfar

Ertinya:

Ya Allah engkaulah tuhanku. Tiada tuhan melainkan engkau. Engkaulah yang telah menjadikan aku dan aku adalah hambamu. Dan aku atas janji dan perjanjian engkau. Dan apa2 kejahatan, aku berlindung daripada engkau yang telah aku lakukan. Aku pulangkan bagi engkau dengan nikmat engkau atasku dan juga aku bertaubat dengan dosa2ku maka ampunilah bagiku. Maka tiada yang mengampuni dosa2 melainkan engkau

Banyakkan berdoa terutama lepas sembahyang

Ya Allah Ya Rabbi....

Aku bermohon berikanlah aku hidayah dan pertunjuk
Berikan aku kesihatan yang sebaik2nya ketika aku mengerjakan haji
Berikanlah aku kemudahan, pertolongan seluas2nya dimana aku berada
Berikanlah ketetapan hati yang setinggi2nya
Berikanlah aku kesabaran yang sebaik2nya
Berikanlah aku ketenangan hati, hemat yang tinggi untuk beribadat dengan seikhlasnya
Terimalah amal ibadatku dengan haji mabrur dan bertaqwa kepadamu

Labels:

Kursus Haji 2 [2]

Persiapan

1. Bersungguh2 mengumpulkan wang secara tetap. Kuatkan azam supaya hajat menunaikan rukun islam kelima ini dapat dilaksanakan

2. Mencari kawan yang sesuai serta orang yang bertanggung jawab untuk membimbing semasa kita menunaikan haji

3. Mempelajari serta cukup memahami cara2 menunaikan fardu haji dan umrah termasuk tata tertib menziarahi masjid nabi, makam rasulullah, makam sahabat2 juga ibadat yang lain2.

4. Membayar hutang2, menyempurnakan zakat, memulangkan segala amanah dan sadakah

5. Menyediakan nafkah secukupnya pada keluarga yang ditinggalkan serta menyediakan bekal yang patut untuk dibawa

6. Ikuti kursus haji dengan teliti dan bertanya kiranya kurang faham untuk dijadikan panduan waktu menuanaikan haji nanti

7. Ziarahilah ibubapa, kaum keluarga, jiran dan rakan2 serta memohon kemaafan dan mendoakan kita selamat pergi dan mendapat haji mabrur

8. Pastikan pemergian kita ke Madinah atau Makkah dahulu

9. Sebelum pergi bersihkan rumah dari patung2. Jika bela burung - lepaskan.

Labels:

Kursus Haji 2 [1]

Sepatah kata

Alhamdulillah. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada para jemaah yang telah menerima jemputan dari Allah untuk menjadi tetamu. Peluang atau hidayah pertunjuk yang diberi Allah kepada kita terlebih dahulu hendaklah kita ucapkan syukur dan mudah2an kita
senantiasa diredhaiNya. Amin

Risalah kecil ini ditulis secara apa yang berlaku. Dan akan kita lakukan dimasa kita berangkat menunaikan haji nanti hinggalah sampai balik kerumah semula.

Ia ditulis berpandukan kepada pengelaman penulis ketika menunaikan haji. Mudah2an gambaran yang ditulis ini boleh menjadi panduan dan dapat menolong para jemaah ketika menunaikan nanti.

Harapan penulis sekiranya terdapat kesilapan atau pun kesalahan silalah dapat diperbetulkan kerana yang benar itu datang dari Allah dan yang salah adalah kesilapan dan kelemahan saya
sendiri. Maaf dan terima kasih

Ikhlas dari saya
Muhammad Sabari Bin Haji Abdul Rahman
Keluang

Labels:

Monday, July 02, 2007

Kursus Haji [40] - Khatimah 20

Haji hanya sekali setahun

Dari nas kitab lama bahkan telah ijmak semua ulama' bahawa tiada boleh dikerjakan dua kali haji dalam satu tahun. Kerana sedangkan tertegah atas orang2 haji berihram dengan umrah selama mana ada lagi atasnya beberapa pekerjaan haji seperti melontar jumrah dan lain2. Inikan pula berbilang haji dalam satu masa.

Dengan ini terang sekali kesalahan sesetengah Kiai/Ustaz diSingapura yang berani berfatwa pada membolehkan mengerjakan berpuluh2 haji dalam setahun.

Demikianlah telah selesailah risalah berhubung dengan Haji.

Wallahi subhanahu wataala bissawab
Wa akhiru da' wahum anil hamdulillahi rabbil alamin

Labels:

Kursus Haji [39] - Khatimah 19

Penerima Wang Dam

Adapun wang dam yang diterima oleh syeikh dan orang2 mukim dengan tiada sifat wakilah maka setengah daripada bahagiannya diizinkan untuk disempurnakan dan sebahagian dipulangkan kepada tuannya.

Jadi wajib atas syeikh dan orang mukim menggunakan wang dam untuk membeli dan menyembelih atas nama orang yang punya. Kemudian disedekahkan daging itu mentah2 pada fakir miskin.

Dan jika disembelihkan dam itu dan tiada disedekahkan daging itu mentah2 tetapi dimasak dan bibuatkan khenduri maka jatuhlah dam itu daripada tuan yang empunya. Dan wajib atas syeikh itu menggantikan daging itu dengan yang lain untuk fakir miskin.

Oleh itu jika mengetahui tuan empunya dam akan tidak diperbuat oleh syeikh itu akan apa yang wajib atasnya, maka tidak harus diberikan kepadanya untuk menyempurnakan dam.

Dan tiada harus bagi syeikh mengurangkan harga yang diberi oleh jemaah haji kepadanya melainkan diketahui akan redha tuan punya dengan seperti bahawa zahir qasadnya untuk menyempurnakan dam sahaja, nescaya bolehlah dikurangkan harga ketika itu.

Dan wajib atas syeikh membeli kambing yang sempurna umurnya. Dan jika disembelih yang tiada sempurna umurnya nescaya tiadalah jatuh ia daripada dam.

Adapun segala dam itu hanya tertentu disembelihkannya ditanah haram sahaja, dan demikian juga pada menyedekahkannya.

Berlainan pula dengan dam ihsar. Maka wajib ia disembelih pada tempat ihsar dan disitu juga disedekahkan.

Labels:

Kursus Haji [38] - Khatimah 18

Berapa banyakkah Umrah bagi yang mengerjakan tamattu'?

Seseorang yang mengerjakan tamattu' diboleh mengerjakan beberapa umrah sebelum berihram haji. Dan tiadalah berbilang2 damnya walaupun telah ia keluarkan dam bagi sesetengah umrah diantara yang berbilang2 itu.

Kerana yang mewajibkan dam itu jatuh pada umrah yang pertama dilakukan dan diikuti dengan pekerjaan haji.

Labels:

Kursus Haji [37] - Khatimah 17

Dam tamattu' dan qiran diganti dengan puasa

Hendaklah berpuasa 3 hari diMakkah setelah berihram dengan haji dan 7 hari berpuasa dinegerinya.

Boleh dilakukan jika:
- harga dam lebih mahal daripada biasa
- tiada mencukupi wang untuk membayar dam
- atau wang cukup tetapi berkehendaki wang tersebut buat perbelanjaan masa perjalanan pulang.

Untuk melakukan pekerjaan ini disunatkan berihram dengan haji pada hari ke-5 atau ke-6 daripada Zulhijjah supaya sempurna puasanya sebelum pergi keArfah. Kerana bagi yang mengerjakan haji sunat berbuka didalam hari Arafah.

Labels:

Kursus Haji [36] - Khatimah 16

Syarat dam qiran

Ada 2 syarat

1. bukan ia ahli tanah haram - Sama seperti syarat pertama pada tamattu' di atas
2. tiada ia kembali kepada miqat sebelum ia mengerjakan pekerjaan nasak yang telah berihram ia. Atau kembali keperjalan seumpama jauh miqat walaupun dekat dengan Makkah. Atau ke perjalanan 2 marhalah daripada Makkah - seperti mana tersebut dalam bab diatas bagi tamattu'.

Maka jika ia kembali kepada miqat yang tersebut diatas sebelum wukuf diArfah nescaya gugurlah damnya.

Labels:

Kursus Haji [35] - Khatimah 15

Pengertian kepada Ahli tanah Haram

Bermula yang dikatakan ahli bagi tanah haram [hadirul masjidil haram - mastautin] ialah sesiapa yang berniat menetap diam seterusnya di Makkah atau tempat yang hampir dengan Makkah sekira2 tidak melebihi 2 marhalah dari tanah haram. Dan berlalu pula masa hingga musim panas dan musim sejuk serta qasad ia tiada akan keluar meninggalkan tempat tersebut melainkan kerana hajat.

Labels:

Kursus Haji [34] - Khatimah 14

Syarat wajib dam haji Tamattu'

Ada 4 syarat:
1. Tiada ia daripada ahli tanah haram. Dan kediamannya tidak lebih daripada 2 marhalah dari Makkah.
2. Berihram ia dengan Umrah dalam bulan2 haji
3. Tiada dikerjakan umrah seperti diatas dan haji pada tahun yang sama
4. tiada ia kembali untuk berniat ihram haji dan mengerjakan tawaf qudum seperti pada miqat umrahnya [Maksudnya: Berihram haji ia diluar Makkah kemudian ia masuk semula ke Makkah dan mengerjakan tawaf qudum].

Atau kembali ia kepada miqat yang lain sekalipun yang hampir dengan Makkah. Atau kepada miqat seumpama jauh perjalanan miqat umrahnya. Atau ke miqat sejauh perjalanan 2 marhalah daripada Makkah.

Maka apabila kembali ia kepada salah satu daripada miqat yang tersebut pada syarat ke-4 diatas sama ada sudah berihram ia dengan haji diMakkah atau kembali ia kepada miqat sebelum berihram dengan haji - nescaya tiada wajib atasnya dam.

Peringatan:
Jika ia berihram haji diMakkah kemudian ia mengerjakan tawaf wada' yang disunatkan semasa hendak berangkat ke Arafah maka ia tetap mesti membayar dam.

Labels:

Kursus haji [33] - Khatimah 13

Yang dikehendaki pada 3 masjid

Menurut Imam Nawawi dan dipersetuji oleh majmuknya, bahawa yang dikehendaki dengan masjidil haram itu iaitu kaabah dan masjid disekelilingnya. Inilah yang dipersetujui oleh kaul yang muktamad. Malah kata Imam Nawawi ia meliputi seluruh tanah haram Makkah.

Yang dikehendaki dengan masjid Madinah ialah masjid dimasa Nabi SAW tetapi mengikut jumhur ulama' ia termasuk masjid tambahan. Dan berkata Imam Ghazali ia meliputi segala tanah Madinah
Munawarah

Dan untuk masjid Aqsa itu ialah masjid dan sekitarnya sahaja.

Labels:

Kursus Haji [32] - Khatimah 12

Kelebihan 3 masjid

Adapun kelebihan sembahyang dimasjidil haram dan mengerjakan apa2 kebajikan pada tanah haram adalah seperti hadis:

kelebihan sembahyang dimasjidil haram berbanding masjid2 lain adalah melebihi 100,000 sembahyang. Dan pada masjidku iaitu 1,000 sembahyang. Dan pada masjid baitul maqdis ialah dengan 500 sembahyang

dan lagi:

satu kebajikan pada tanah haram Makkah iaitu berganda dengan 100,000 kebajikan.

dirawayatkan oleh al-Hakam

Labels:

Kursus Haji [31] - Khatimah 11

Masuk Masjidil haram

Apabila masuk keMasjidil haram hendaklah menazarkan diri beri'tikaf seumpama dikata:

demi allah atasku beri'tikaf - atau
aku bernazar bahawa beri'tikaf aku pada ini masjid selama aku berdiam padanya

Tujuan berbuat demikian ialah supaya dapat pahala akan pahala wajib. Selepas dari itu barulah berniat i'tikaf seperti dikata:

sahaja aku beri'tikaf fardu - atau
beri'tikaf aku yang dinazarkan kerana allah taala.

Labels:

Kursus Haji [30] - Khatimah 10

Beberapa perkara makruh dalam Haji dan Umrah

1. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang bertalbiah. Kerana hukumnya makruh bagi memutuskan membaca talbiah oleh itu tiada wajib pembaca talbiah menjawab salam
2. Makruh meninggikan suara semasa mengucup hajar aswad
3. Makruh meninggalkan ramal [lari2 anak] ketika tawaf
4. Makruh meninggalkan istiba' ketika tawaf dan saie. Sedangkan didalam solah adalah makruh mengerjakan istiba'
5. Makruh meninggalkan tawaf dan saie fardu kerana solah jenazah atau solah rawatib
6. makruh menahan kentut, kencing dan berak semasa tawaf
7. makruh berhenti membeli-belah semasa saie
8. makruh meninggikan suara ketika berdoa dan berzikir semasa wukuf dipadang Arfah
9. makruh mengudur kebelakang seperti yang dibuat kebanyakan orang apabila meninggalkan masjidil haram selepas tawaf wada'
10. makruh melambatkan bercukur dan tawaf rukun dihari nahar tanpa uzur
11. Makruh berkelahi
12. Makruh menggaru rambut dengan kuku atau seumpamanya jika perlu menggaru hendaklah dengan perut telunjuk dan dengan perlahan
13. makruh memandang dengan syahwat akan isteri atau seumpamanya
14. makruh menyikat rambut dan janggut kerana takut tercabut
15. makruh disisi kaul aulia melaku segala yang makruh didalam sembahyang dn dilakukan semasa ihram seperti bercekak pinggang, berjalan dengan satu kaki dan seumpama keduanya.

Labels: