Mencari pasangan - Kahwin!
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara, kecantikan, keturunan, harta dan agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya selamatlah kamu.”
Lazimnya, lelaki melihat kepada rupa paras perempuan. Tetapi Islam menekankan - carilah bakal isteri yang baik, berpegang teguh kepada agama, menjaga maruah diri dan baik akhlaknya. Mudah2an, dengan izin Allah, akan selamatlah rumah tangga yang dibina.
Jika lelaki disarankan membuat pilihan begitu, maka sudah tentu wanita juga berhak mengkaji siapakah calon suaminya, kerana seorang isteri akan tertakluk kepada suaminya sepanjang perkahwinannya.
Imam Hassan pernah ditanya oleh seorang bapa, “Dengan siapakah perlu aku kahwinkan anak perempuanku? Beliau menjawab, “Kahwinkanlah dengan lelaki yang beragama dan bertakwa. Jika dia sayang pada anakmu, dia akan melayannya dengan baik. Jika tidak sayang, dia tidak akan melayannya dengan buruk.”
Justeru, apabila Islam menyarankan supaya menilai bakal pasangan sebelum berkahwin, ini bermaksud perkahwinan adalah suatu yang dirancang, bukan berdasarkan nasib semata-mata (atau perkahwinan bukanlah satu perjudian). Ia bergantung pada usaha yang dirancang dan doa.
Persoalan utama yang perlu disoal ialah sebelum berkahwin adalah - sekiranya mereka berkahwin, bagaimana kehidupan mereka selepas berkahwin? Apa akan berlaku kepada anak yang akan lahir?
Seorang perempuan yang membuat keputusan hari ini akan memberi kesan kepada seluruh kehidupan akan datang baginya. Anak yang lahir juga akan turut menerima kesannya. Menangis hari ini adalah lebih baik daripada menangis sepanjang hayat.
Justeru, membuat pemilihan yang saksama dengan waras dan tenang sangat penting kerana ia membabitkan generasi akan datang. Islam menggariskan tatacara untuk mencari keputusan terbaik.
Allah berfirman bermaksud: “Janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan..” (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Sekiranya diketahui bahaya yang akan datang, maka jangan sama-sekali terjun ke dalamnya kerana ia akan merosakkan diri kita. Kaedah fiqh turut menegaskan, ‘menolak mudarat lebih utama daripada mengambil manfaat.’
Ini bermaksud, perkara yang mempunyai kebaikan dan kemudaratan, maka kemudaratan itu hendaklah ditolak.
Seperkara lagi yang perlu dititik beratkan adalah - menangani isu keaiban pasangan. Semua mazhab sependapat bahawa sekiranya seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki yang diketahui kecacatannya, maka haknya untuk fasakh dianggap terbatal.
Begitu juga jika keaiban/kecacatan berlaku selepas perkahwinan dan isteri menyatakan keredaannya terhadap kecacatan itu, maka pada ketika itu haknya untuk menuntut fasakh menggunakan alasan keaiban juga dianggap terbatal.
Oleh itu berhati2. Berfikir panjang. Timbang dengan waras atau mintalah nasihat kepada yang lebih arif dan berilmu.
Wallahualam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home