Saturday, June 16, 2007

Kursus Haji [29] - Khatimah 9

Khatimah 9

Tempat2 mustajab diMakkah

Telah berkata Alhassan alBasri semulia2 tabi'in, bahawa tempat mustajab berdoa pada tanah haram Makkah iaitu pada 15 tempat. Daritu ambillah peluang berdoa besungguh2 padanya

Nama tempat - Waktunya
1. Semasa tawaf - tiap2 masa
2. DiMultazam - tengah malam
3. Dibawah pancur emas - waktu sahur
4. Dalam Kaabah - Asar
5. Disisi Zamzam - tenggelam matahari
6. Atas Safa - Asar
7. Atas Marwah - Asar
8. Disepanjang Masaie - Asar
9. Makam Ibrahim - waktu sahur
10. Hari wukuf diArfah - tenggelam matahari
11. Muzdalifah - naik matahari
12. Mina - tengah malam 14 Zulhijjah
13. Jumratul ula - naik matahari
14. Jumratul wusta - naik matahari
15. Jamratul aqabah - naik matahari

Labels:

Kursus Haji [28] - Khatimah 8

Khatimah 8

Kelebihan hari Arfah

Erti hadis

Bermula semulia2 hari iaitu hari arfah. Dan apabila kebetulan ia jatuh pada hari Jumaat maka pahalanya bersamaan 70 haji dihari2 bukan hari Jumaat. Dan semulia2 doa iaitu doa hari Arfah. Dan semulia2 barang yang aku kata dan dikata oleh nabi2 sebelum aku iaitu La illa ha illallah wahdahulasharikalah. Diriwayatkan oleh Alqazwini dan inilah hadis mursil seperti kitab jami'il fawaid

Labels:

Kursus Haji [27] - Khatimah 7

Khatimah 7

Masalah salsabaul [tak hentus kencing]

Soal. Bolehkah orang yang bernyakit tak hentus kecil mengikat kemaluannya dengan ikatan mati dalam ihram?

Jawab. Bahawa tiada fidyah bagi orang yang mengikat kemaluannya dengan apa cara ikatan sekali pun kerana untuk memelihara wudu'nya dan menjauhi daripda najis pada badan dan pakaiannya.

Labels:

Kursus Haji [26] - Khatimah 6

Khatimah 6

Bertahlul dengan sendirinya

Soalan. Adakah boleh bagi orang yang telah selesai saienya bertahlul dengan sendirinya?

Jawab. Boleh. Kerana manakala sampai harus bagi orang yang berihram mencukur orang halal seperti tersebut didalam idah tentu sekali harus pula bagi orang halal mencukur rambut orang halal sama ada rambutnya sendiri atau rambut orang lain.

Labels:

Kursus Haji [25] - Khatimah 5

Khatimah 5

Tempat memakai ihram

Soalan. Dimanakah jemaah haji Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dll [semua negara dari sebelah sini] yang terbang keMakkah dengan pesawat udara dimanakah mereka memakai ihram?

Jika dilihat pada peta dunia, pesawat udara dari sebelah sini keJeddah biasanya melalui Riyad. Jadi miqatnya boleh diambil jaraknya berbetulan jauhnya dengan Qarnul Manazil atau pun boleh dianggap tidak berbetulan dengan mana2 miqat. Jika tiada berbetulan dengan mana2 miqat, maka bolehlah mereka itu boleh mengambil pada qadar 2 marhalah dari Makkah. Dari itu mereka ini boleh berihram di lapangan terbang Jeddah baru iaitu King Abdul Aziz Airport yang dibina pada 1401 hijrah kerana jauhnya dari sempadan negeri Makkah ialah 104 Km sedangkan 2 marhalah itu ialah 89 km.

Tetapi bersalahan jika pesawat terbang mendarat dilapangan terbang lama, jemaah haji mesti berihram didalam pesawat terbang kerana jarak lapangan lama cuma 75 km dari Makkah dan tidak sampai pun 2 marhalah.

Labels:

Kursus Haji [24] - Khatimah 4

Khatimah 4

Sembahyang Qasar

Apakah jarak perjalanan yang membolehkan Qasar

Jarak perjalanan yang mu'tamat disisi Imam Shafie, Hanbali dan yang masyhur bagi Maliki iaitu 4 barad atau 16 parsakh atau 89.04Km

Labels:

Thursday, June 14, 2007

Kursus Haji [23] - Khatimah 3

Khatimah 3

Tawaf

1. Hendaklah diamat2i pada akhir tawaf daripada terkurang. Oleh itu mestilah disudahi pada tempat ia dimulai. Oleh itu supaya yakin jangan terkurang maka hendaklah pada akhir tawafnya maju terus kehadapan sehingga dekat pintu Kaabah

2. Supaya jangan terlintas [niat menyingkirkan] yang menyebabkan luput syarat kesembilan sewaktu penuh bersesak tempat tawaf maka hendaklah ketika itu berwudu' secara mazhab Hanafi dengan menyapu 1/4 [seperempat] kepala supaya tiada batal wudu' bila bertemu kulit lelaki dengan kulit perempuan. Diketika itu maka [niat menyingkirkan] tersebut tentu tiada akan terlintas didalam hati sekali2

Labels:

Kursus Haji [22] - Khatimah 2

Khatimah 2

Dosa Besar dan kecil

Mazhab jamhur Assalaf dan Alhalaf berkata bahawa segala dosa itu terbahagi kepada dosa besar dan dosa kecil.

Berkata Ibnu Atoyah - bermula dosa besar itu ialah tiap2 dosa yang mewajibkan padanya had didunia atau datang padanya janji balasan dengan api neraka atau laknat Allah Subhanahu ta'ala.

Dan berkata al-Mawardi didalam petuanya - bermula dosa besar itu - dosa yang mewajibkan had didunia atau berkehendak kepada janji balasan yang kejam dari nas al-Quran atau nas hadis.

Dan bermula dosa kecil iaitu tegahan atau larangan yang sedikit atas dosa.

Dan tersebut pada tafsir al-Qurtubi, dosa kecil itu tidak akan terlepas oleh kebanyakan manusia melainkan orang yang diperlihara oleh subhanahu wata'ala.

Adapun mithal dosa besar yang ada padanya had adalah seperti membunuh, zina, liwat, mencuri dan minum arak.

Dan dosa besar yang tiada padanya had bahkan cuma terancam ia dengan janji balasan yang kejam sekali ialah seperti riba', makan harta anak yatim dan syahadat zur [palsu]

Adapun mithal dosa kecil seperti annazarah [sekali memandang yang haram], berdusta, menilik rumah orang

Labels:

Kursus Haji [21] Khatimah 1

Khatimah 1

1. Haji Mabrur

Adapun haji mabrur - iaitu tiada mencampuri akan ia oleh dosa sekalipun dosa kecil daripada mulai berihram sehingga selesai tahlul ke-2.

Ada satu kaul pula mengatakan haji mabrur itu - adalah haji makbul dan setengah daripada tandanya iaitu apabila sudah berhaji maka bertambah baik amal ibadatnya serta menjauhi ma'siat.

Berkata pula al-Hassan al-Basri haji mabrur - iaitu bilamana sudah selesai haji maka ia benci pada dunia dan gemar kepada akhirat.

Daritu disyaratkan pada haji mabrur itu:

1. menjauhi daripada segala ma'siat sama ada perkataan atau perbuatan, dosa kecil atau besar.

Jadi sesiapa yang tidak berhasil daripadanya maka rosaklah haji mabrurnya.

2. Maka haji mabrur itu menghapuskan segala dosa yang telah lalu serta dosa yang akan datang dan menjamin ia bagi mendapatnya dengan menyampaikan kepada syurga.

Bersalahan lagi bagi haji yang menghapuskan dosa:

1. ia menjadikan seseorang itu seperti baru dilahirkan oleh ibunya.

2. ia menghapuskan segala dosa yang telah lalu sahaja

Syaratnya bahawa:

a. jangan bersetubuh atau megerjakan pendahuluannya.

b. jangan mengerjakan dosa besar atau berkekalan atas dosa kecil setengahnya ialah berbantah2 dan bertengkar

Dari perbincangan diatas dapat disimpulkan bahawa haji mabrur itu berlainan daripada haji yang menghapuskan dosa.

Ada hadis mengatakan:

Sesiapa mengerjakan haji sekali maka ia telah menunaikan fardunya. Dan siapa mengerjakan haji 2 kali maka memahkotai ia oleh Tuhan. Dan siapa mengerjakan haji 3 kali maka telah
mengharamkan oleh Allah Subhanahu wataala akan badannya atas api neraka.

Labels:

Kursus Haji [20] Wajib Haji 6

Wajib ke-6

Meninggalkan segala yang haram dengan sebab ihram

Terbahagi kepada 3 bahagian:

1. Perkara yang diharamkan atas perempuan sahaja iaitu :
* menutup muka. Tetapi dimaafkan menutup sedikit daripada had muka

2. Perkara yang diharamkan atas lelaki sahaja iaitu:
a. menutup kepala
b. memakai sesuatu yang bersarung [menyarungkan sesuatu]

3. Perkara yang diharamkan atas lelaki dan perempuan iaitu:
a. memakai sarung tangan
b. memakai wangi2an
c. memakai minyak pada:
i. rambut kepala
ii. janggut
iii. pada segala bulu2 dimuka seperti kumis, bulu kening dll

* adapun bulu badan tidak haram diminyakkannya

4. menghilangkan bulu badan

5. mengerat kuku

6. jima'

7. melakukan pendahuluan jima' [berpeluk cium] atau bersentuh dengan syahwat

8. akad nikah sama ada ijab dan kabul bagi dirinya atau mewakili bagi orang lain

9. memburu binatang darat yang halal lagi liar

Peringatan

* Adalah diharamkan atas semua orang sama ada berihram atau yang halal memotong atau mencabut tumbuh2an ditanah haram yang hidup dan yang tidak memudaratkan. Melainkan tumbuh2an itu kerana hendak dimakan atau kerana ubat atau kerana mudaratnya, maka dibolehkan memotong.

* Bagi lelaki dan perempuan - menganti atau bersalin pakaian ihram dengan yang bersih untuk tawaf dan saie adalah dibolehkan dalam ihram

Perhatian

Tertentu bagi lelaki sahaja iaitu:
1. kasut [sepatu] yang boleh dipakai semasa ihram ialah - yang tidak menutup tumit dan jari2 kakinya.

Oleh itu kasut yang menutup tumit sahaja atau yang menutup jari2 kakinya sahaja tidak boleh dipakai semasa ihram. Seperti yang telah disebut oleh Sheikh Ibnu Hajar pada perbincanganya.

Bermula tali pinggang itu 2 macam.

1. Jika tali pinggang betul boleh dicerut mati seperti memasukkan hujung tali pinggang pada tempatnya setelah dimasukkan kepalanya.

2.Jika kain serban dibuat seumpama tali pinggang ia tidak boleh disimpul mati seperti tersebut dalam kitab munasik yang diambil perkataan Sheikh Ibn Hajar.

Labels:

Kursus Haji [19] Wajib Haji ke-5

Wajib ke-5

Melontar ketiga2 jumrah pada ketiga2 hari tashrik

Waktunya 3

1. Waktu alfadhilah - apabila sudah gelincir matahari pada hari yang padanya melontar dan sebelum sembahyang zohor

2. waktu al-ikhtiar iaitu sehingga tenggelam matahari hari itu juga

3. al-jawaz iaitu hingga keakhir hari tashrik dengan tenggelamnya matahari hari 13 Zulhijjah.

Perhatian

Dan jika luput melontar hari ke-11 umpamanya, maka bolehlah dikerjakan pada hari ke-12 dengan wajib tertib iaitu didahului dengan jumratul ula, kemudian wusta dan akhirnya aqabah untuk hari yang luput itu. Kemudian setelah selesai lontarlah untuk hari yang hadir [ke-12] pula dengan tertib - ula, wusta dan aqabah.

Syarat

Bahawa syarat melontar:

1. bahawa lontaran dengan 7 kali lontaran
2. jangan mengqasadkan ketika melontar selain daripada lontaran ibadah haji
3. keadaan yang dilontar itu adalah batu
4. ketika melontar hendaklah dengan gaya melontar
5. melontar dengan tangan
6. yakin jatuh batu lontaran dalam tempat lontaran
7. mengqasadkan tempat melontar untuk lontaran
8. pada tiap2 hari tashriq hendaklah melontar mengikut terbit iaitu mulai dengan ula, wusta dan aqabah

Perhatian

Tiang batu yang tercacak ditengah2 tempat lontaran itu tidak dibilangkan sebagai tempat melontar. Daritu jangan lontar pada tiang batu itu sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Hal ini dikerjakan oleh orang jahil. Olehitu lontaran mesti kedalam kawah disekeliling tiang batu tadi.

Sunat2nya

1. mandi kerana melontar pada tiap2 hari tashriq.
Dan masuk waktu mandi itu ialah dengan terbit fajar hari melontar. Tetapi yang lebih afdal sesudah gelincir matahari.

2. mendahului melontar daripada sembahyang zohor jika sempat menunaikan sembahyang selepas melontar

3. membasuh semua batu lontaran

4. besar batu lontaran ialah sebesar kacang pol

5. membaca takbir pada setiap lontaran

6. berhadap kekiblat semasa melontar

7. melontar dengan tangan kanan

8. melontar hendaklah berturut2

9. berdoa, berzikir dan bertasbih sesudah melontar jumratul ula dan wusta sahaja.

Adapun sesudah melontar jamratulaqabah maka tiada dituntuti berdoa disitu.

Labels:

Wednesday, June 13, 2007

Kursus Haji [18] Wajib Haji ke-4

Wajib ke-4

Melontar jumratul aqabah pada hari raya

Waktunya 3

1. Waktu al-fadhilah iaitu dari terbit matahari sehingga gelincirnya

2. waktu al-ikhtiar iaitu sehingga tenggelam matahari

3. waktu aljawaz iaitu dari sesudah tengah malam hari ke-10 hingga akhir hari tashrik dengan tenggelamnya matahari

Sunat2nya

1. memutuskan membaca talbiah ketika hendak melontar jumratulaqabah
2. membasuh semua batu lontaran
3. keadaanya ialah waktu dhuha
4. membaca takbir berserta tiap2 lontaran
5. berhadap kepadanya dengan mengirikan qiblat dan menganankan Mina pada hari ini [10 Zulhijjah]
6. sesudah ini barulah bercukur
7. sesudah itu memakai pakaian dan berwangi2an
8. kemudian pergi keMekah - tawaf rukun dan saie. Tetapi jika telah saie sesudah tawaf qudum maka tiada diulangi lagi.
9. Apabila selesai tawaf dan saie maka hendaklah kembali keMina sebelum waktu zohor

Perhatian

1. Bagi haji 2 tahlul yang terhenti dengan 3 perkara ini:
a. melontar jumrahtul aqabah
b. bercukur
c. tawaf dan saie

i. apabila diperbuat 2 daripada 3 perbuatan itu maka hasillah tahlul pertama
Maka dengan tahlul pertama - halallah segala yang haram dengan sebab ihram melainkan 3 perkara - jima', akad nikah dan menyentuh dengan syahwat.

ii. apabila diperbuat ketiga2 perkara diatas hasillah tahlul ke-2
Maka dengan tahlul ke-2 ini maka halallah pula yang ke-tiga2 perkara yang tertangguh tadi.

2. Bermula mengerjakan secara tertib pada 3 perkara diatas:
melontar, bercukur dan tawaf serta saie itu sunat sahaja.

Hukumnya harus mendahului bercukur atas melontar dan tawaf. Lihatlah keterangan bahagian lain.

Labels:

Monday, June 11, 2007

Kursus Haji [17] Wajib Haji ke-3

Wajib Haji ke-3

Bermalam diMina

Ertinya hadir diMina dengan qadar lebih dari setengah malam syar'ie ditiap2 malam tashrik [malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah].

Dan tujuannya ialah memperbanyakkan malam disini, terkadang ketiga2 malamnya - jika nafar thani. Terkadang 2 malam sahaja iaitu malam 11 dan 12 sahaja jika nafar awal.

Adapun makna nafar ialah turun dari Mina keMakkah dan syarat nafar awwal [pertama] ada 6 syarat:
1. Nafar ini dilakukan pada hari ke-12 sebelum tenggelam matahari

2. Keadaannya setelah sempurna kedua2 hari tashrik hari 11 dan 12 dan telah melontar pada hari raya nahar

3. Keadaannya sudah gelincir matahari

4. Telah bermalam diMina pada malam 11 dan 12

5. Bahawa berniat dengan nafar ini didalam batas Mina

6. Bahawa berniat tidak kembali semula keMina

Perhatian:

Jamratul Aqabah itu bukan ia daripada batas Mina daritu sekiranya ia terus nafar awwal sesudah melontar Jumratul Aqaba maka tiada sah nafar ini. Mesti terlebih dahulu undur ia ketempat sebelum Jamratul Aqaba.

Mengikut Al-Azraq dan AlFaakahaani bahawa batas Mina ialah dari pangkal Jumratulaqabah yang mengiringi Mina hingga keWadi Mahsar. Dan Jammratulaqabah tidak terbilang daripada Mina tetapi Wadi Mahsar adalah dalam Mina.

Sunat2nya

1. Membanyakkan sembahyang apa jua disini
2. Sering hadhir menunaikan sembahyang berjemaah diMasjid Kif
3. Membanyakkan berzikir dan membaca quraan

Labels:

Kursus Haji [16] - Wajib Haji ke-2

Wajib Haji ke-2

Bermalam diMuzdalifah

Ertinya hadir diMuzdalifah dengan qadar satu juzu' [sekejap sahaja]. Waktunya sesudah tengah malam hari ke-10 Zulhijjah

Perhatian:
1. Maksud bermalam syar'ie ialah bermula dari terbenam matahari hingga terbit fajar.

2. Bila telah masuk waktu bermalam diMuzdalifah, maka masuklah juga waktu:

a. Tawaf rukun dan saie [rukun]
b. Bercukur [rukun]
c. Melontar Jamratul Aqaba [wajib]

Sunat2nya

1. Mengambil 7 biji batu pada malam ini untuk guna melontar Jamratul Aqaba. Waktu melontar dihari Nahar - 10 Zulhijjah

2. Mandi kerana wukuf diMash'aralharam [Muzdalifah] dan masuk waktu mandi ialah sesudah tengah malam. Tetapi afdalnya ialah sesudah sembahyang subuh. Apabila sudah sembahyang subuh terus pergi wukuf diMash'aralharam dengan berdiri disitu dan mengadap kiblat serta membaca doa. Rujuk buku doa.

3. Apabila terbit matahari barulah berangkat keMina.

Labels:

Sunday, June 10, 2007

Kursus Haji [15] Wajib Haji Pertama

Wajib Haji

Pertama - Ihram dari Miqat

Ertinya menjatuhkan niat ihram dari miqat. Dan bermula miqat itu tertentu pada masa beribadat dan tempatnya. Dengan ini miqat terbagi kepada 2:

1. Miqat zamani bagi haji ialah dari Bulan Syawal hingga 10 hari daripada bulan Zulhijjah.
Daritu jika seseorang itu berniat ihram haji pada bulan lain daripada yang tersebut nescaya jatuhlah ihramnya ihram umrah.

2. Miqat makani bagi haji iaitu terkadang:

a. bagi hak orang yang berada pada Kota Makkah sekalipun pendatang iaitu Makkah itu sendiri.

b. bagi orang yang lain daripada hak orang Makkah adalah seperti berikut:

i. Zulhulaifah - Abyar Ali - orang yang datang dari Madinah dan Sham
ii. Juhfah - Rabi' - orang yang datang dari Mesir dan Maghrib
iii. Qarnul Manazil - Alsil Al-Kabir - orang yang datang dari jalan Alhada iaitu Wadi Muharam disana ada mesjid, iaitu miqat bagi orang yang datang dari Taib dan Najad dan Kuwait dan jalan
darat Yaman
iv. Yalamlam - Assa'diah - miqat orang yang datang dari Yaman pihak jalan laut.
v. Zat Iraq - Addaribah - miqat orang yang datang dari Mushrik dan Iraq dan Iran

Maka segala miqat yang 5 ini adalah bagi ahli2 dan bagi sesiapa yang melaluinya ketika berhadap kepihak tanah haram.

Dan jika:

1. Tiada miqat diperjalanannya, maka hendaklah ia bermiqat ditempat yang berbetulan dengan miqat pada pihak sebelah kiri atau kanannya.

2. Tiada sekali2 berbetulan dengan miqat dijalannya, maka hendaklah ia ihram 2 marhalah daripada Makkah.

3. Kediamannya adalah antara miqat dan Makkah. Maka berihramlah dia pada kediamannya.

Miqat Umrah

Adapun miqat zamani bagi umrah adalah sepanjang tahun, melainkan bagi orang haji yang masih ada lagi pekerjaan haji. Maka tiada terakad umrahnya atau tertegahlah umrah atasnya.

Dan adapun miqat makani bagi umrah iaitu terkadang:

1. bagi hak orang yang diluar tanah haram Makkah maka iaitu seperti miqat makani bagi haji.

2. bagi hak orang yang didalam tanah haram Makkah iaitu tanah halal seperti - Ja'ranah, Tanaim atau Hudaibiyah.

Sunat2nya

1. Menghilangkan segala bulu ari dan ketiak dan memotong kuku

2. Mandi kerana ihram

3. Memakai kain ihram bersih berwarna putih

4. Kemudian sembahyang 2 rakaat sunat ihram dengan membaca surah fatihah dan alkafirun pada rakaat pertama dan fatihah dan al-ikhlas pada rakaat ke-2

5. sesudah itu barulah berniat ihram serta melafadzkan dan membaca talbiah dan selawat dan doa seperti tersebut dalam buku doa

6. masuk orang yang berihram haji keMakkah sebelum wukuf

7. masuk Makkah ikut jalan Hajjun sebelah Maala

8. masuk MasjidilHaram melalui Babus salam

9. Apabila ternampak Kaabah baca doa rujuk buku dengan mengangkat tangan

10. kemudian mengerjakan tawaf qudum jika berihram ia dengan haji atau tiada langsung ia ihram atau mengerjakan tawaf umrah jika berihram ia dengan umrah.

11. Bila sudah terbit matahari hari ke-8 Zulhijjah barulah ia pergi keMina dan bermalam disana dengan menunaikan padanya sembahyang zohor, asar, maghrib, isya' dan subuh. Apabila sudah terbit matahari hari ke-9 maka teruslah menuju keArafah serta membaca doa seperti dalam buku doa.

Segala perkara yang tersebut diatas adalah dituntut bagi orang yang datangnya dari luar tanah Makkah ketika hendak berihram.

Adapun perkara2 yang dituntut bagi orang yang didalam tanah Makkah ketika hendak berihram iaitu:

1. terlebih dahulu kerjakan 3 perkara seperti diatas tadi pada pagi 8 Zulhijjah.

2. kemudian bersembahyang sunat ihram 2 rakaat diMasjidil Haram

3. pulang kerumah untuk berniat ihram haji dipintu rumah dan membaca doa, talbiah dan selawat seperti dalam buku doa.

4. kemudian pergi lagi keMasjidil Haram kerana mengerjakan tawaf wada'

5. teruskan dengan perkara 11 diatas

Perhatian

Bermula yang dituntut sewaktu keluar keMina hendaklah sesudah terbit matahari hari ke-8 Zulhijjah seperti yang telah lalu tersebutnya pada nombor 11 jika hari itu bukan hari Jumaat.

Tetapi jika berbetulan hari itu hari Jumaat maka disunatkan keluar keMina sebelum terbit fajar kerana kalau berangkat pada hari Jumaat pada tempat yang tidak dikerjakan sembahyang Jumaat diMina hukumnya haram atau makruh. Dan telah maklum bahawa mereka itu orang haji dan tiadalah ia mengerjakan sembahyang Jumaat diMina dan begitu juga diArfah kerana sembahyang itu hanya sanya dikerjakan pada tempat tempat kediaman yang tetap.

Labels:

Kursus Haji [14] Perbincangan

Beberapa Perbincangan

Pertama

Tawaf qudum itu tertentu bagi:
1. Orang halal [Makkah] yang tiada berihram masuk keMakkah
2. Bagi Ifrad dan Qiran yang masuk keMakkah sebelum wukuf atau sesudahnya dan sebelum tengah malam ke-10. Kerana tawaf rukun masuk waktunya ialah selepas tengah malam ke-10. Dan jika masuk Makkah selepas itu tiadalah lagi dituntut tawaf qudum

Ke-2

Bagi sesiapa yang mengkehendaki akan nasak tiada harus melalui salah satu daripada miqat2 seperti dibawah dengan ketidaan berihram. Maka sesungguhnya berihram dengannya adalah afdal.

Tetapi adalah diharuskan bagi mentakhirkan ihram daripada tempat yang jauh daripada Makkah bersamaan dengan miqat2 yang tersebut. Yang dimaksudkan dengan miqat yang tertentu itu ialah untuk memuliakan Kaabah dengan memakai ihram dalam perjalanan. Inilah nas yang tersebut dalam kitab2 munasik haji.

Tempat Miqat

Qarnul manazil - 2 marhalah dari Makkah
Yalamlam - 2 marhalah
Juhfah - 4.5 marhalah
Zulhulaifah - 10 marhalah
Zat Iraq - 2 marhalah

Ke-3

Telah berkata Ibnu Yunus bahawa segala miqat yang tersebut memang mengelilingi Kaabah.

Pendapat pengarang risalah ini:
Dengan nas diatas, harus bagi jemaah haji Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan sebagainya yang turun sementara waktu dilapangan terbang Riyad bolehlah mentakhirkan ihram sehingga sampai dilapangan terbang King Abdul Aziz Jeddah kerana tidak melalui miqat2 yang ditetapkan.

Labels:

Kursus Haji [13] Rukun ke - 6

Rukun ke-6

Tertib pada kebanyakannya

* Bahawa yang pertama dikerjakan ialah niat ihram.

* Kemudian wukuf.

* Adapun yang lain daripadanya itu boleh bercukur sebelum tawaf rukun atau sesudahnya

* Dan saie pula boleh mengiringi tawaf qudum iaitu dikerjakan sebelum wukuf lagi - atau sesudahnya.

Sunat2nya

Mendahulukan bercukur diMina sebelum tawaf rukun, hukumnya sunat muakad dan makruh dengan ketiadaan uzur

Labels:

Kursus Haji [12] Rukun ke - 5

Rukun Ke-5

Bercukur atau bergunting

Syaratnya

Menghilangkan 3 helai rambut kepala sekalipun hujung rambut. Memadai dihilangkan dengan dicabut atau dibakar atau digunting atau dicukur.

Orang yang berihram yang telah selesai mengerjakan tawaf dan saie dibolehkan bercukur/bergunting dengan sendirinya

Adapun pada mazhab Hanafi yang wajib pada bercukur itu ialah 1/4 daripada rambut kepala

Dan pada bergunting itu iaitu sekadar mengunting hujung rambut kepala jua


Sunat2nya

1. Bergunting pada perempuan dan bercukur pada lelaki

2. Suci daripada hadath kecil dan besar dan daripada najis

3. Mengadap kiblat

4. Memegang rambut apabila hendak digunting atau dicukur dan membaca takbir dan doa, lihat buku doa

5. Selesai bergunting atau bercukur bacalah doa seperti dalam buku doa

6. Menanam rambut

7. Membayar upah pada qadar yang diredahi oleh yang mengunting atau yang mencukur


Adapun perkara yang dituntut bagi yang mencukur itu:

1. Keadaan muslim dan adil
2. Suci dari hadath besar, kecil dan daripada najis

Bermula cara yang afdal pada bercukur iaitu:

1. Dimulai dari sebelah kanan pada hadapan kepala sehingga habis kebelakang kepala
2. Kemudian barulah mulai disebelah kiri pula

Bermula cara yang afdal pada bergunting ialah:

1. Digunting segala tepi rambut yang telah dihimpunkan sekadar panjang hujung jari


Perhatian
Adab bercukur tersebut disunatkan juga bagi sesiapa yang hendak bercukur sekalipun tidak didalam ihram, hanya membaca takbir tidak sunat

Labels:

Kursus Haji [11] Rukun ke -4

Rukun ke-4

Saie

Syaratnya 6 perkara:

1. Dimulai kali pertama dibukit Safa. Begitu pun juga pada kali ke-3, ke-5 dan ke-7.

2. Pada kali ke-2 dimualai di Bukit Marwah. Dan begitu juga pada kali ke-4 dn ke-6

3. 7 kali dengan yakin. Pengiraan adalah dari Safa ke Maruah dikira satu, begitu juga dari Marwah ke Safa satu lagi

4. Dilakukan sesudah tawaf rukun atau tawaf qudum

5. Memutuskan segala tempat saie dengan perjalanan antara Safa dan Maruah

6. Jangan mengqasadkan saie selain daripadanya.
Adapun jika memanggil seumpama kawan yang baru bertemu semasa saie, maka tiada sah saienya sekadar beberapa langkah seperti dalam syarat tawaf yang telah lalu.

Sunatnya

1. Naik keatas bukit Safa dan Marwah

2. Membaca zikir dan doa seperti dalam buku doa dan mengangkat tangan sebagaimana gaya berdoa biasa.
Adapun melambai2 tangan ditiap2 kali membaca takbir seperti yang dilakukan orang kebanyakan orang maka ia tidak disuruh. Itu hanyalah perbuatan jahil semata2.

3. Mengulangi doa dan zikir diatas 2 bukit tersebut sebanyak 3 kali

4. Nembaca doa sepanjang saie, lihat buku doa

5. Berjalan biasa, melainkan pada orang lelaki disunatkan berlari dalam kawasan diantara 2 lampu hijau. Jangan qasadkan berlumba2 waktu berlari tetapi hendaklah diqasadkab kerana ibadat. Jika semasa berlari diqasadkan berlumba maka batallah saienya sekadar beberapa langkah yang tersebut

6. Berwudu'

7. Berturut2 diantara satu pusingan dengan yang lain sehingga selesai

8. Menutup aurat

Labels:

Kursus Haji [10] Rukun ke-3

Rukun ke-3 Tawaf

Syarat Tawaf

Syaratnya 9 perkara:

1. Menutup aurat

2. Suci daripada hadath kecil dan besar

3. Suci daripada najis pada badan dan pakaian dan tempat tawaf

4. Dimulai daripada Rukun Hajar Aswad

5. Menjadikan Kaabah disebelah kiri. Maksudnya bukan mengadap atau membelakangi Kaabah

6. 7 keliling dengan yakin, jangan terkurang selangkah juapun

7. Keadaannya didalam Masjidil Haram serta keluar badan dan pakaian daripada Kaabah dan Shajarwan dan Hijir Ismail

8. Niat Tawaf selain daripada tawaf Haji, umrah, qudum dan wada'.
Adapun niat keempat2 ini adalah sunat.
Adapun berniat pada tawaf qudum tiada wajib atas qaul yang muktamad. Begitu juga pada tawaf wada' mengikut ulama' mutakhirin.
Tetapi disisi sebahagian qaul yang muktamad adalah wajib berniat pada tawaf qudum dan wada'.

9. Jangan diqasadkan waktu berkeliling selain daripada tawaf. Daritu, sekiranya mencepatkan langkah tawaf atau mengelak diri dengan sebab takut tersentuh perempuan yang lalu maka tiada sah tawafnya sekadar beberapa langkah itu sahaja dan jika diikuti dengan lenyap langsung niat tawaf pada ketika itu. Adapun jika tidak lenyap niat tawaf maka tiadalah mudarat tawafnya.

Perhatian:

1. Bermula aurat itu ialah antara pusat dan lutut bagi lelaki dan perempuan hamba. Dan sekelian badan selain daripada muka dan dua tapak tangan bagi perempuan merdeka. Daritu saigia bagi lelaki hendaklah kain ihramnya lebar dan panjang supaya terpelihara dari terbuka auratnya ketika tawaf. Dan bagi perempuan jangan hanya memakai stokin malahan hendaklah tutup hingga kebetis dan jangan nipis dan koyak. Bahkan jika boleh stokin hemdaklah sampai kelutut agar tepat tertutupnya aurat.

2. Orang yang disentuh perempuan hukum tidak batal wudu'nya atas sebahagian qaul Imam Shafie. Tetapi jika bertempuh lelaki perempuan sehingga bertemu kulit kedua2nya maka batal wudu'. Dan batal wudu' orang yang menyentuh.

3. Bermula rukun Hajar Aswad itu ialah kawasan diantara 2 garis khayal yang diunjurkan dari Rukun Iraqi ke Rukun Hajar Aswad dan satu lagi garisan ialah dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad seakan2 menghala Telaga Zamzam. Maka kawasan diantara 2 garisan khayal inilah
kawasan bagi dimulakan niat tawaf.

4. Adapun Shazarwan itu adalah tembuk bagi kaki Kaabah. Tingginya 2/3 hasta. Ia berada pada 3 bahagia dinding, iaitu didinding bahagian pintu Kaabah, Dinding Rukun Shami dan Rukun Yamani.

Dan adapun Hijir Ismail itu ialah kawasan separuh bulat yang bertembuk paras dada.


Sunat2 pada Tawaf

1. Berjalan kaki

2. Menyapu Hajar Aswad dan mengucupnya dan meletakkan dahi padanya. Hal ini dituntut jika tidak bersesak2. Adapun jika sesak maka disapu dengan tangan jika boleh. Jika tidak boleh kerana sesak hendaklah mengisyaratkannya dengan melambai tangan kanan kemudian
mengucupnya.

Adapun haram hukumnya jika menyakiti diri dan menyakiti orang lain kerana hendak mengucup dan menyapu Hajar Aswad.

Perhatian:

1. Sewaktu mengucup Hajar Aswad dan menyapu Rukun Yamani janganlah dibuat sambil berjalan. Hendak berhenti dan ditetapkan kaki dahulu. Dan jikalau tergelincir kaki batallah tawaf sekadar yang tergelincir itu sahaja. Jika berlaku tergelincir hendaklah kembali ke awal
tempat tergelincir dan barulah diteruskan tawaf.

a. Bagi orang yang berihram janganlah mengucup Hajar Aswad atau menyapunya kerana ia telah disapu dengan minyak wangi dan hukumnya haram melakukannya pada ketika itu.

b. Sewaktu mengucup Hajar Aswad haram memberatkan diri atas bingkai perak yang ada pada sekelilingnya bagi lelaki dan perempuan. Oleh itu berjaga bila melakukan kerja itu.

2.Menyapu Rukun Yamani

3. Membaca doa tertentu pada tempat tertentu. Rujuk buku doa.

4. Ramal ertinya berlari anak pada 3 keliling pertama. Hal ini dituntut pada tiap2 tawaf yang kemudiannya ada Saie. Iaitu pada Tawaf Haji, tawaf umrah dan tawaf qudum jika dikerjakan saie haji selepas itu.

5. Ittiba' ertinya menjadikan tengah selindangnya dibawah ketiak tangan kanan dan dua tepinya diatas bahu kiri. Hal ini dituntut pada tiap2 tawaf yang ada padanya ramal.

Bermula ramal dan ittiba' itu disunatkan pada lelaki sahaja. Bahkan ittiba' juga dituntut pada masa tawaf dan saie.

Adapun dalam sembahyang maka hukumnya makruh dilakukan ittiba'

6. Bagi lelaki dituntut hampir dengan Kaabah sekadar sehasta jika tidak bersesak2. Dan bagi perempuan hendaklah jauh daripada Kaabah sekira2 tidak bercampur dengan lelaki.

Disunatkan bagi perempuan hendaklah mengerjakan tawaf pada waktu malam

7. Hendaklah mengerjakan tawaf dengan kaedah berturut2. Begitu juga dilakukan tawaf dan saie secara berturut.

8. Sesudah selesai tawaf sembahyanglah sunat tawaf 2 rakaat dengan membaca dalam rakaat pertama, surah fatihah dan surat al-kafirun. Dan dalam rakaat ke-2, surat fatihah dan surah al-ikhlas. Selepas sembahyang bacalah doa.

Tempat yang afdal mengerjakan sembahyang sunat tawaf ialah:

a. bibelakang Makam Ibrahim

b. dalam Hijir Ismail dibawah pancur emas

c. tempat lain disekitar dalam Hijir Ismail

d. tempat bersembahyangnya Saidina Jibril alaihi wasalam iaitu dikawasan lubang yang berdampingan diantara pintu Kaabah dan Hijir Ismail. Bahawasanya lubang itu pada ketika ini telah ditutup dengan batu marmar putih dan telah diratakan dan jadi tempat tawaf.

e. kemudiannya mana bahagian disekeliling hadapan kaabah

f. dalam Masjid

g. dirumah Saiditina Khadijah - sekarang termasyhur dengan nama Maulud Saidina Fatimah radiallahu anha ataupun dikenali juga dengan nama Shara'Fatimah azzahra'. Dan ianya juga semulia tempat selepas Masjidilharam

Labels:

Tuesday, June 05, 2007

Kursus Haji [9] - Rukun ke-2

Rukun ke-2

Wukuf diArafah

Syaratnya 2 perkara:

1. Hadir ia pada bumi Arafah hal keadaannya ia muslim.

2. Bahawa hadir ia pada waktunya, iaitu
a. diantara sesudah masuk waktu zohor pada 9 Zulhijjah dan terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah, sekalipun sekejap.

Perhatian:
Bermula Masjid Ibrahim yang terkenal dengan nama Masjid Arafah bahawa hadapannya yang mengiringi Mekah adalah bukan daripada Arafah. Maka jika wukuf padanya nescaya tiada sah wukupnya. Adapun bahagian terkebelakang darinya ia adalah dalam kawasan Arafah.

Sunat2nya

1. Mandi kerana hendak wukuf diArafah dan masuk waktu mandi ini ialah terbit fajar, tetapi yang afdalnya sebelum gelincir matahari supaya jangan luput sunat bersegera wukuf selepas sembahyang zohor.

2. Masuk keArafah sesudah gelincir matahari pada 9 Zulhijjah dan bersembahyang zohor diMasjid Namirah.

3. Menghimpunkan akan malam dan siang

4.Membaca tahlil, takbir, talbiah, tasbih, qur'an dan selawat. Rujuk buku haji yang berkenaan.

5.Membaca surah ikhlas 1000 kali.










Kerana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radiallahuanhuma:
Sesesiapa yang membaca Qulhuwallah .. 1000 kali pada hari Arafah maka akan diberi akan apa yang dimintanya.

6. Berwudu' dan menghadap kiblat ketika berdoa dan lainnya.

7. Wukuf ditempat mana Nabi s.a.w berwukuf, iaitu disisi batu2 yang besar dibawah Jabal Rahmah bagi lelaki, dan ditepi batu2 bagi perempuan.

Labels:

Monday, June 04, 2007

Kursus Haji [8] - Rukun Pertama

Rukun pertama - Niat ihram

Tiga macam.

1. Ifrad - iaitu bahawa ihram ia dengan Haji pada bulan Haji. Dan setelah sempurna daripada Haji berihram ia pula dengan Umrah ditahun itu juga.

2. Tamattu' - iaitu bahawa ihram ia dengan umrah pada bulan haji. Dan setelah sempurna daripadanya, ihram ia dengan haji pada tahun itu juga.

3. Qiran - iaitu bahawa ihram ia dengan haji dan umrah pada bulan haji.
Atau ihram ia dengan umrah dan sebelum tawaf dimasukkan haji kedalamnya.

Dan yang afdal [lebih pahalanya] daripada ketiga2 macam ini ialah Ifrad. Kemudian barulah Tamattu' dan diikuti Qiran.

Dan bermula erti niat ihram - iaitu niat untuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua2nya.

Perlu diingat bagi tamattu' dan qiran wajib ia membayar dam dengan syarat2 yang tertentu. Lihat keterangan yang akan datang.

Sunat2nya

1. Berlafadz dengan niat yang dikehendakinya daripada salah satu daripada 3 macam yang tersebut.

Seperti jika haji dikata:
sahaja aku haji dan ihram aku dengan dia kerana Allah Taala.

Dan jika umrah dikata:
Sahaja aku umrah dan ihram aku dengan dia kerana Allah Taala

Dan jika Qiran dikata:
Sahaja aku dan umrah dan ihram aku dengan keduanya kerana Allah Taala

2. Membaca talbiah,









selawat dan doa. Rujuk buku haji.

3. Menyebut pada talbiah pertama yang mengiringi niatnya akan yang diniatkan.

Jika berniat haji hendaklah dikata:
labaikallahumma haji labaik...

Dan jika berniat umrah dikata:
labaikallahumma umrah labaik...

Dan jika berniat qiran dikata:
labaikallahumma haji waumrah labaik...

4. Membanyakkan membaca talbiah didalam ihram

Labels:

Kursus Haji [7] – Kaabah


Rajah 1 dibawah menunjukkan kedudukan Kaabah

Rajah 1

Rajah 2 menunjukkan pemandangan didalam Kaabah

Rajah 2

Rajah 3 menunjukkan lukisan rupa Kaabah memandang hala Hajar Aswad.

Rajah 3

Kaabah ini terletak dikawasan lapang Masjidil Haram. Berhadapan dinding pintu Kaabah terdapat telaga Zamzam dan Makam Ibrahim. Pada masa ini telaga Zamzam berada didawah lantai marmar. Tanda bulat hitam bertulis Bir Zamzam dilantai marmar ini hanyalah tanda dimana telaga itu berada.

Mengikut penyusun risalah ini satu garisan hitam berhadapan Hajar Aswad dibina pada 1404 hijarah atau 1985 Masihi. Lebar garisan hitam itu adalah lebih kurang 20 cm.

Tujuan supaya setiap orang yang hendak tawaf memulakan niat disini tidaklah tersebut didalam mana2 Manasik Haji. Bahkan ia menyusahkan bagi sesiapa yang hendak tawaf terutama sekali dimusim haji.

Wallahu ‘alam

Labels:

Sunday, June 03, 2007

Kursus Haji [6] - Hukum2 dalam pekerjaan Haji

Segala Pekerjaan haji ada 4 perkara baginya:

1. Rukun
2. Wajib
3. Sunat
4. Makruh

1. Rukun
Ertinya barang yang terhenti sah haji jika tidak mengerjakan sekeliannya. Iaitu 6 perkara.

1. Niat ihram
Lihatlah ertinya dan bahagiannya pada halaman akan datang.

2. Wukuf diArfah
Bermula syaratnya 2 perkara. Lihat keterangan pada halaman akan datang.

3. Tawaf
Bermula syaratnya 9 perkara. Lihat keterangan pada halaman akan datang. Serta perhatikanlah dengan baik atas tujuan satu2nya

4. Saie
Bermula syaratnya 6 perkara.
Lihat keterangan pada halaman akan datang.

5.Bercukur atau bergunting
Lihat syarat2nya pada halaman akan datang.

6. Tertib pada kebanyakannya
Lihat tujuannya pada halaman berkaitan

Nota:
1. Segala rukun haji yang tercatet diatas tidak termasuk wukuf adalah juga rukun bagi umrah. Hendaklah diingat tertib rukun umrah adalah mengikut satu demi satu seperti susunan.

2. Rukun yang paling payah antara semua adalah tawaf dan saie. Daritu hendaklah diperhatikan tujuannya dengan baik dan sempurna.

2. Wajib
Ertinya - apabila tertinggalkan salah satu daripadanya wajib membayar fidyah serta berdosa jika tiada uzur. Tetapi tidak mengganggu sah haji. Ada 6 perkara.

1.Ihram dari miqat lagi

Didalam masalah ini ada 3 perkara penting:
1. Erti miqat
2. Bahagiannya
3. Atas jemaah haji Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand yang datangnya keJeddah dengan pesawat udara boleh bagi mereka itu memakai ihram dilapangan terbang King Abdul Aziz yang baru. Lihatlah keterangan masalah ini dengan lengkap pada halaman akan datang.

2. Bermalam diMuzdalifah
Lihatlah perbezaan erti bermalam dengan erti bermalam diMina pada halaman akan datang.

3. Bermalam diMina
Lihat tujuannya pada halaman akan datang.
Disamping itu tersebut syarat2 nafar awal

4. Melontar Jumratul aqabah pada Hariraya Haji
Lihatlah baginya waktu dan syarat2nya pada halaman akan datang

5. Melontar jumrah yang 3 pada hari2 tashrik
Lihat waktu dan syaratnya dalam halaman berkenaan

6. Meninggalkan segala yang haram dengan sebab ihram
Lihat keterangan pada halaman yang berkenaan.

Disana didapati:
1. rupa kasut yang boleh dipakai oleh lelaki didalam ihram
2. hukum memasukkan hujung tali pinggang pada tempatnya semasa ihram. Maksudnya mempakai tali pinggang secara pakai tali pinggang keadaan biasa.

Nota:
Ada pun wajib umrah 2 sahaja
1. ihram dari miqat
2. Meninggalkan segala yang haram semasa ihram

3. Sunat
Ertinya sesiapa meninggalkannya mendapat kurang pahala dan tidak pula menggugurkan sah Haji.

Iaitu banyak.
Sesetengahnya bergantung pada rukun dan setengahnya bergantung pada wajib. Lihat keterangannya.

4. Makruh
Mendapat pahala bagi orang meninggalkan dan tiada diseksa atas orang yang mengerjakannya

Iaitu banyak.
Setengah bergantung pada rukun, pada wajib dan yang sunat. Lihat keterangan akan datang.

Labels:

Kursus Haji [5] - Haji Ifrad

Haji Ifrad

Orang yang hendak mengerjakan Haji Ifrad hendaklah masuk keMekah tak kira sama ada dia masuk mengikut Madinah dahulu atau dari Malaysia terus keMekah hendaklah berniat haji [rujuk buku]

Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah ta'ala.

Kalau dari Madinah kita berniat diBir Ali atau dipanggil Bi'run Ali. Dan kalua dari Malaysia niat didalam kapal terbang dan kena pakai ihram dari Kelana Jaya. Boleh juga memakai ihram dalam kapal terbang.

Sesudah niat banyakkan talbiah dan jaga pantang larang ihram yang 13 itu [rujuk buku].

Apabila sampai diMekah dan nampak rumah2 dibandar Mekah baca doa [rujuk buku]

1. Sampai diMekah jemaah haji akan dibawa kerumah penginapan dan berehat sementara untuk dibawa keMesjidilharam bagi melakukan TWAWAF QUDUM. Sebelum pergi kemesjid tentukan bahawa kita telah bersuci dan berwudu'.

Masuk mesjid elok daripada Babus salam. Baca doa [rujuk buku]

Jika lalu dipintu Bani Shaiba baca doa [rujuk buku]

Apabila nampak baitullah sunat bertakbir 3 x dan baca doa [rujuk buku]

Mulakan tawaf dan tawaf ini ialah tawaf qudum/selamat datang [rujuk buku]

Ya allah aku hendak tawaf baitulharam 7 keliling, tawaf qudum kerana allah ta'ala.

2. Mulakan tawaf dari sudut hajar aswad. Baca doa2 tawaf mengikut keliling dan pusingan yang telah ditetapkan supaya tidak terlupa bilangan pusingan.

Lepas tawaf baca doa multazam kemudian sembahyang sunat tawaf dibelakang makam Ibrahim ata dimana2 sahaja yang boleh.

Kemudian sunat minum air zam2 baca doa [rujuk buku]

3.Saie.
Pergi keSafar untuk mengerjakan saie. Ini ialah SAIE HAJI.

Baca doa2 saie disetiap laluan atau pusingan cukup 7 kali. Iaitu apabila sampai diMarwah JANGAN TAHLUL dan terus senantiasa kita berpakaian ihram dan menjaga pantang larang hingga 10 Zulhijjah. Sementara menunggu hari wukuf bolehlah kalau hendak lakukan tawaf lagi dinamakan Tawaf sunat.

4. Biasanya pada 8 Zulhijjah jemaah haji akan dibawa keArfah untuk berwukuf.

5 Zulhijjah selepas gelincir matahari itulah waktu wukuf. Dalam waktu wukuf ini kita disunatkan mmbaca doa2 yang telah disediakan [rujuk buku]

6. Lepas maghrib jemaah haji akan mula dibawa keMuzdalifah untuk bermalam diMuzdalifah. Ini ialah wajib haji. Dalam bermalam diMuzdalifah sunah mengambil batu sekurang2 7 biji batu atau kalau hendak cukupkan 70 biji. Lepas setengah malam jemaah haji pergi keMIna. Dan sampai diMina sebaik2nya segera melontar jumrah alaqabah.

Sesudah melontar jumratul aqabah bertahlul dan bolehlah tukar pakaian biasa. Tahlul ini dinamakan Tahlul awal. Pantang larang pada selepas tahlul awal masih wajib dijaga iaitu yang berkenaan dengan hal2 kelamin.

Jemaah haji akan ditempatkan sama ada diMuaisim atau tempat2 yang berdekatan dengan tempat melontar jumrah.

Cari peluang kalau boleh pergi keMekah untuk menunaikan TWAF IFADAH/haji/rukun. Lepas tawaf tidak perlu saie kerana sudh dibuatr dahulu. Pulang keMina lagi untuk bermalam diMina selama 2 malam atau 3 malam [wajib haji]

7. Melontar jumratul alula, alwusta dan alaqabah.
Melontar jumrah2 ini dimulai dari Alula, kemudian alwusta dan diakhiri dengan alaqabah. Waktunya yaitu pada siang hari 11 Zulhijjah mulai gelincir matahari hingga malam 12. Keterangan melontar jumrah akan dijelaskan nanti.

Nafar awal.

Bagi mereka yang sudah bermalam 2 malam kiranya hendak pulang keMekah dikehendaki melontar ketiga2 pada siang 12 Zulhijjah mulai lepas gelincir matahari. Dan mestilh berniat meninggalkan Mina. Dan meninggalkannya sebelum terbenam matahari.

Nafar Thani

Ialah mereka2 yang bermalam 3 malam diMina. Pada 13 Zulhijjah lepas gelincir matahari bolehlah melontar ketiga2 jumrah dan lepas melontar terus pulang keMekah.

Sampai dirumah tumpangan Mekah setelah berehat mereka2 yang belum menunaikan tawaf ifadah [rukun] hendaklah segera tawaf. Dan mereka2 yang telah tidak dikehendaki tawaf lagi.

Selesailah ibadat haji.

UMRAH

Setelah berada diMekah dan telah berehat kerjakanlah ibadat umrah.

Caranya:
Pergi ketanah halal sama ada keJa'ranah atau Tana'im.
Niat ihram dari sana. Balik keMekah tawaf, saie dan tahlul. Selesai - dapat 1 umrah.

Bagi mereka yang belum pernah umrah, itulah umrah wajib dan buat lagi umrah banyak2 kali ikut kemampuan masing2.

Labels:

Kursus Haji [4] - Haji Tamattu'

Haji Tamattu'

Bulan mengerjakan haji ialah mulai 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah.
Orang yang hendak mengerjakan haji tamattuk hendaklah masuk keMekah tak kira dari mana dia masuk - dari Malaysia terus keMekah atau dari Malaysia keNadinah dahulu kemudian keMekah maka hendaklah berniat ihram UMRAH. [rujuk buku tabung haji]

2. Sebaik2 lepas niat hendaklah jaga pantang larang semasa ihram [rujuk buku Tabung Haji]. Banyakkan baca talbiah.

Umrah kalau dari Malaysia didalam kapal terbang. sebelum sampai keJeddah. Biasanya diberitahu oleh juruterbang. Kalau dari Madinah niatnya ialah diBir Ali yaitu disatu tempat masih dekat dengan Madinah. Juga akan diberitahu oleh ketua rombongan atau oleh bas yang membawa kita keMekah.

Apabila sampai diMekah dan ternampak rumah2 dibandar Mekah bacalah doa [rujuk buku tabung haji].

3. Sampai diMekah jemaah haji akan dibawa kerumah penginapan dan berehat. Kemudian akan dibawa keMasjidil haram untuk Tawaf. Elok berwudu' dirumah. Dan elok masuk mesjid ikut pintu Babus salam serta doa [rujuk buku tabing haji]

Jika lalu dipintu Bani Shaiba baca doa [rujuk buku tabung haji].

Apabila nampak baitullah sunat bertakbir 3 kali. [rujuk buku]

4. Mulakan Tawaf [rujuk buku] kemudian sambung doa Multazam [rujuk buku]. Kemudian sembahyang sunat tawaf dibelakang makam ibrahim atau dimana2 sahaja yang boleh bersembahyang.

Lepas sembahyang sunat tawaf sunat minum air zam2. Air zam2 boleh didapati dimana2 sahaja. Yang baik turun telaganya jika ada kesempatan masa dan ada yang memandu. [Telaga zam2 sudah ditutup sekarang - tidak ada peluang untuk melihatnya]

Minu air zam2 dengan membaca doa [rujuk buku] dan niatkan untuk ubat sakit. Lihat hadis mengenai air zam2 [rujuk buku] yang maksudnya:

Sebaik2 air dimuka bumi ini ialah air zam2, ia mengenyangkan dan menyembuhkan penyakit.

5. Setelah minum air zam2 pergi kebukit Safar untuk melakukan Saie - yaitu rukun umrah yang ke-3 [rujuk buku]. Niat saie rujuk buku.

Setelah membaca niat saie dan bertakbir 3 kali berjalan menuju Maruah dengan membaca baca2an yang ditentukan [rujuk buku]. Baca2an atau doa2 ini elok dibaca untuk tidak atau supaya tidak lupa bilangan saie.

Apabila doa itu habis dibaca bererti tamatlah saie iaitu cukup 7 laluan. Pastikan bahawa habisnya itu berada diMarwah. Dan bacalah doa tamat saie [rujuk buku].

Lepas itu bertahlul yaini membuang atau mengunting rambut tidak kira sama ada dicukur semua, digunting sedikit. Sekurang2nya 3 helai rambut. Membuang rambut boleh digunting dengan gunting atau dicukur dengan pisau cukur atau dicabut dengan tangan - asal tanggal rambut itu dikira sah.

Dan harus hukumnya bertahlul sendiri. Tetapi elok jika minta tolong orang lain tahlulkan dengan syarat orang itu orang halal.

Selesailah ibadat UMRAH.

Sementara menunggu hari wukuf jemaah bolehlah buat UMRAH samada keJa'ranah atau Tana'im.

Labels: